23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengubah Ahli Kimia Tradisional Menjadi Wira Penyelamat Bumi

Mengubah Ahli Kimia Tradisional Menjadi Wira Penyelamat Bumi

Editor by Editor
29/01/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Kimia, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Ts. ChM. Dr. Shamsul Bin Zakaria

Pensyarah Kanan,
Fakulti Sains dan Teknologi Industri,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

 

Berada di dalam bilik mesyuarat bersama panel teknikal Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) bagi membincangkan penambahbaikan Supply Chain Certification Standard (SCC) baru-baru ini, saya mendapat satu kesedaran yang mendalam. Semasa kami memperincikan konsep teknikal seperti model rantaian bekalan Mass Balance (MB), persoalan besar muncul di fikiran saya, sejauh manakah pelajar kita di institusi pengajian tinggi faham akan bahasa kelestarian ini?

Sebagai pensyarah untuk kursus Oleochemistry yang sudah sekian lama menjadi teras dalam program Kimia Industri di UMPSA, saya melihat satu jurang yang melebar dalam kefahaman konsep kelestarian dikalangan pelajar. Para pelajar sudah cukup terkehadapan dalam ilmu teknikal kimia dan telah diiktiraf oleh badan pengiktirafan di Malaysia seperti Institut Kimia Malaysia (IKM) dan Malaysian Board of Technology (MBOT).  Sebagai contoh, pelajar kita mahir dalam reaksi esterifikasi, pemangkinan, dan analisis spektroskopi. Namun, elemen kelestarian seperti jejak karbon (carbon footprint), hak asasi manusia dalam rantaian bekalan, dan kesan ekologi sesuatu proses kimia, sering kali sekadar menjadi nota sampingan atau satu bab terakhir yang tidak sempat dihabiskan.

Rajah1: Di sebalik hamparan hijau, industri sawit yang tidak terkawal meninggalkan jejak pencemaran yang menjejaskan kualiti udara dan sumber air kita.(Imej dihasilkan oleh Gemini)

Pengajian mengenai proses penapisan minyak sawit, misalnya, mungkin mengajar cara mencapai hasil produk yang maksimum, tetapi kurang dalam mendalami bagaimana untuk mengukur dan mengurangkan pelepasan gas metana daripada kolam efluen kilang. Kesedaran inilah yang mendorong saya untuk terjun lebih mendalam ke bidang kelestarian sejak tahun 2021 lagi. Ianya bermula daripada kursus asas kefahaman konsep ESG, (Environment, Social and Governance), bengkel analisis kitaran hayat (Lifecycle Assessment, LCA), sehinggalah ditauliahkan sebagai SIRIM ESG Professional. Bagi saya literasi kelestarian dikalangan pelajar sains dan teknologi bukan lagi satu pilihan atau nilai tambah, tetapi satu kemahiran teras yang wajib dikuasai sebelum bergelar graduan.

Rajah 2: Asas masa depan mampan melalui kerangka ESG. (Imej dihasilkan oleh Gemini)

Celik Teori Sains Tapi ‘Buta’ kelestarian? Realiti Pahit Bakat Muda Kita

Cabaran literasi pada konsep kelestarian dalam kalangan bakat muda Malaysia adalah satu isu besar yang disokong oleh data yang cukup membimbangkan. Laporan LinkedIn Global Green Skills Report 2024 mengesahkan bahawa kadar transisi ke arah ekonomi hijau boleh terjejas dengan teruk sekiranya penawaran tenaga kerja berkemahiran dalam kelestarian tidak dipercepatkan. Laporan tersebut mengatakan bahawa kenaikan jumlah “bakat hijau” dalam tenaga kerja semakin meningkat di seluruh 48 negara yang dikaji, namun lonjakan permintaan industri terhadap kemahiran ini berkembang hampir dua kali ganda lebih cepat berbanding penawaran bakat sedia ada. Jurang yang ketara antara kenaikan jumlah “bakat hijau” yang tersedia pada kadar 12.3% setahun dan iklan jawatan yang memerlukan kemahiran ini adalah sekitar 22.4%. Laporan ini memberi amaran tentang krisis kekurangan kemahiran hijau yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Ketidakseimbangan yang nyata ini bermakna graduan berisiko tinggi untuk menjadi “buta kelestarian”. Mereka celik dari segi teori teknikal secara mendalam, tetapi tidak berupaya mengaplikasikannya dalam konteks kelestarian yang kini menjadi darah daging operasi industri global. Graduan mungkin boleh mereka bentuk carta alir proses kimia, tetapi gagal mengukur jejak karbon produk (Product Carbon Footprint, PCF) atau memahami implikasi peraturan sempadan karbon (Carbon Border Adjustment Mechanism, CBAM) Kesatuan Eropah (EU) terhadap daya saing eksport negara yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2026 yang lalu.


Resipi UMPSA: Membawa ‘Carbon Lifecycle’ dari Industri ke Dewan Kuliah

Menyedari hakikat yang genting ini, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengambil langkah proaktif dan progresif. Hasil perbincangan strategik bersama Industrial Advisory Panel (IAP) yang dianggotai oleh wakil-wakil dari industri, kami melahirkan kursus Carbon Lifecycle yang mula diperkenalkan kepada pelajar pada awal Oktober 2025 yang lalu. Kursus ini bukan sekadar reaksi terhadap tren, tetapi satu respon strategik untuk membina asas yang kukuh.

Reka bentuk kursus ini sengaja direka untuk membentuk interdisiplin dan membina kefahaman holistik kepada pelajar. Antara keunikan dan inovasi kursus ini termasuklah:

1- Elektif Terbuka dan Kolaboratif

Kursus ini tidak terhad kepada pelajar Kimia Industri sahaja. Ia sengaja dibuka kepada pelajar Bioteknologi Industri, Teknologi Bahan, dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Hal ini mewujudkan simulasi dunia sebenar di mana ahli kimia perlu bekerjasama dengan pakar bioproses, pakar formulasi bahan terbaharu dan pakar keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk menyelesaikan masalah kelestarian secara menyeluruh.

2- Teknologi Hijau di Hujung Jari Pelajar

Kurikulum tidak berhenti pada pemahaman teori sahaja. Ia menekankan teknologi seperti Carbon Capture, Utilization, and Storage (CCUS), serta metodologi LCA yang menjadi tulang belakang kepada pelaporan kelestarian. Pelajar mendapat pendedahan secara hands-on menggunakan perisian industri seperti pemodelan data karbon dalam IDEMAT, memberikan mereka kemahiran teknikal yang terus boleh digunapakai.

3- Menguasai Bahasa Rahsia Pasaran Global

Pelajar didedahkan juga secara mendalam kepada cara membuat pelaporan karbon mengikut standard ISO 14064 (pengurusan gas rumah hijau) dan GHG Protocol Corporate Standard. Ini adalah bahasa sebenar yang digunakan oleh syarikat multinasional dan permintaan pasaran. Mereka belajar untuk membezakan antara Skop 1, 2, dan 3, serta memahami kepentingan pengesahan (verification) dan perakuan (certification) dalam memastikan kredibiliti data yang digunakan.

Rajah 3: Seorang ahli kimia masa hadapan yang mengintegrasikan kepakaran saintifik dengan prinsip kelestarian dalam setiap inovasi. (Imej dihasilkan oleh Gemini)

Dari Audit Bilik Asrama ke Sasaran Net-Zero 2030

Kursus Carbon Lifecycle ini dijangka akan berfungsi sebagai pemangkin baharu dalam ekosistem Eco-Campus UMPSA. Ia bukan sahaja satu entiti yang boleh diketepikan, tetapi sebagai satu komponen penting yang melengkapi dan memperkasakan inisiatif universiti yang kini berada di tangga ke-62 dunia dalam UI GreenMetric World University Rankings 2024.

Di peringkat individu, para pelajar ini boleh diintegrasikan ke dalam projek hijau universiti, seperti mengaudit pelepasan karbon dari asrama, kafeteria, atau makmal. Data yang mereka kumpulkan boleh menyumbang secara langsung kepada sasaran UMPSA yang mensasarkan untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (Net Zero Carbon Emissions) menjelang 2030. Oleh itu, mereka sendiri menjadi agen perubahan dari dalam secara tidak langsung.

Di peringkat penyelidikan, kursus ini akan merangsang projek tahun akhir yang berorientasikan kelestarian. Contohnya, penyelidikan dalam pemangkin baru untuk biodiesel tidak lagi hanya mengukur hasil yang optimum, tetapi juga mengira jejak karbon keseluruhan proses dari ladang ke tangki (well-to-tank). Ini meningkatkan kualiti dan relevan penyelidikan mereka dengan agenda global.

Di peringkat komuniti dan industri, graduan yang dilengkapi dengan kemahiran ini menjadi jambatan yang sangat berharga. Mereka bukan sahaja boleh diserap oleh syarikat yang ingin meningkatkan skor kelestarian mereka, malah mampu berkhidmat sebagai perunding dalaman atau pakar teknikal untuk badan pensijilan seperti SIRIM atau RSPO, memenuhi keperluan bakat yang berpengetahuan dan kompeten dalam kelestarian yang akhirnya memberi manfaat kepada negara.

Selamat Tinggal ‘Tukang Masak’ Makmal, Selamat Datang Arkitek Kelestarian

Perjalanan saya daripada seorang pengajar kimia tradisional kepada pakar teknikal RSPO dan pendidik ESG menyedarkan saya bahawa peranan pensyarah di institusi pengajian tinggi kini telah melalui satu transformasi paradigma. Kita bukan lagi sekadar penyampai formula dan teori dari buku teks dan nota dari powerpoint, tetapi mentor, fasilitator, dan arkitek minda yang bertanggungjawab menyediakan graduan untuk menghadapi cabaran sebenar. Bukan hanya sekadar untuk mengubah industri di Malaysia kepda lebih berdaya saing, tetapi untuk menyelamatkan bumi untuk kemakmuran generasi akan datang.

Kita kini sedang membina satu jambatan yang kukuh antara kepakaran sains dengan tuntutan ekonomi hijau dan ekosistem perniagaan global. Dunia tidak lagi hanya memerlukan ahli kimia yang bijak mencampur bahan, dunia kini menantikan ‘arkitek kelestarian’ iaitu pemikir yang mampu memimpin dengan ilmu yang komprehensif, etika yang teguh, dan kesedaran kepada kelestarian alam sekitar yang tinggi. Mereka adalah generasi yang akan mentakrifkan semula kejayaan sesebuah institusi atau syarikat, bukan sahaja pada keuntungan dan hasil, tetapi pada keseimbangan dengan alam sekitar, keadilan sosial, dan tadbir urus yang telus. Inilah misi kami sebagai pensyarah, dan inilah tanggungjawab kolektif kita bersama dalam sistem pendidikan tinggi untuk memastikan tiada graduan kita yang tertinggal dalam era kelestarian ini.

Kredit foto utama-McMaster Uni

Rujukan:

  1. (2024). Global Green Skills Report 2024. LinkedIn Economic Graph.
    https://economicgraph.linkedin.com/content/dam/me/economicgraph/en-us/global-green-skills-report/green-skills-report-2023.pdf 
    (Sumber ini memaparkan data paradoks antara permintaan dan penawaran kemahiran hijau di Malaysia)
  1. European Commission.(2023). Carbon Border Adjustment Mechanism (CBAM). https://taxation-customs.ec.europa.eu/carbon-border-adjustment-mechanism_en
    (Laman web rasmi yang menjelaskan peraturan CBAM Kesatuan Eropah yang dinyatakan berkuat kuasa pada 1 Jan 2026)
  2. UI GreenMetric (2024). World University Rankings 2024 – UMPSA Performance.https://ui.ac.id/rankings/overall-rankings-2024
    (Sumber yang memaparkan kedudukan UMPSA dalam ranking universiti lestari global)
  3. UMPSA News. (2024, 11 Februari).UMPSA terima Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. https://news.umpsa.edu.my/awards/umpsa-terima-anugerah-bandar-rendah-karbon-2023
    (Sumber yang memaparkan UMPSA yang mensasarkan untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (Net Zero Carbon Emissions) menjelang 2030)

 

Biodata Penulis: 
Ts. ChM. Dr. Shamsul Bin Zakaria merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), seorang Certified SIRIM ESG Professional, dan Pakar Teknikal RSPO. Beliau kini fokus kepada integrasi teknologi rendah karbon dan analisis kitaran hayat (LCA) dalam kurikulum pendidikan tinggi.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ahli kimia tradisionalcarbon capturecarbon footprintESGjejak karbonKelestariankesihatan pekerjaanKimia HijauMBOTSDGShamsul Bin ZakariaTeknologi HijauUMPSA
ShareTweetShare
Previous Post

Peranan Bakau Sebagai ‘Hentian dan Rehat’ Untuk Burung Pengembara

Next Post

Antara Salji, Ural dan Ilmu: Sebuah Catatan Pengalaman Penyelidikan Akademik dari Minden ke Atyrau

Editor

Editor

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

2 days ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

2 days ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

4 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

7 days ago
Next Post
Antara Salji, Ural dan Ilmu: Sebuah Catatan Pengalaman Penyelidikan Akademik dari Minden ke Atyrau

Antara Salji, Ural dan Ilmu: Sebuah Catatan Pengalaman Penyelidikan Akademik dari Minden ke Atyrau

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In