23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, April 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mitos Atau Fakta? Kebenaran di sebalik Tanggapan Masyarakat tentang Implan Tulang

Mitos Atau Fakta? Kebenaran di sebalik Tanggapan Masyarakat tentang Implan Tulang

Editor by Editor
04/08/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Mohd Hadizie Din1, Dr. Sharinah Ibrahim2, Dr. Vinodh Puspalingam3

¹Pensyarah & Pakar Perunding Ortopedik, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
²‘³Pegawai Perubatan, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

 

Implan tulang merupakan kaedah perubatan yang digunakan untuk membaiki atau menggantikan tulang dan sendi yang rosak, dan merupakan sebahagian daripada bidang ortopedik iaitu cabang perubatan yang memberi fokus kepada sistem pergerakan badan seperti tulang, sendi, otot dan ligamen. Istilah “orthopaedia” diperkenalkan pada tahun 1741 oleh doktor Perancis, Nicolas Andry. Bidang ini berkembang pesat semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua apabila keperluan merawat kecederaan tentera mendorong penciptaan implan seperti skru dan plat logam. Walaupun teknologi ini dianggap pencapaian besar dalam perubatan moden, ramai rakyat Malaysia masih ragu- ragu terhadap rawatan ini. Kekeliruan ini sering dipengaruhi oleh mitos dan kepercayaan lama yang berakar dalam masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk merungkai tanggapan salah yang wujud mengenai implan tulang, agar masyarakat dapat membuat keputusan rawatan berdasarkan maklumat yang tepat dan fakta yang sahih.

Mitos 1: Bomoh vs Implan

Di Malaysia, cerita tentang bomoh menyembuhkan patah tulang dengan hanya beberapa sesi urutan dan sapuan minyak herba masih menjadi kisah turun- temurun yang dipercayai. Kisah seperti, “Dulu atuk aku jatuh dari pokok kelapa, bomoh tulang boleh urut sahaja untuk sembuh dan besok dah boleh main sepak raga!” terus mengisi naratif masyarakat kita.

Namun di sebalik cerita yang menghiburkan itu, terdapat satu kepercayaan yang boleh membahayakan. Ramai yang beranggapan rawatan tradisional lebih mesra badan kerana tidak melibatkan pembedahan, ubat moden, atau ‘besi dalam badan’. Persepsi ini lahir daripada pengalaman generasi terdahulu yang kononnya pulih hanya dengan urutan dan sapuan minyak.

Kontradiksinya, kepercayaan ini tidak mengambil kira fakta penting bahawa tidak semua patah tulang adalah sama. Ada patah tulang yang ringkas dan tidak memerlukan intervensi besar, tetapi ada juga yang kompleks, melibatkan keretakan yang tidak stabil, dan tidak mungkin sembuh tanpa pembedahan serta sokongan struktur. Rawatan yang tidak tepat atau tidak selari dengan prinsip anatomi boleh menyebabkan tulang bercantum dalam posisi salah dikenali sebagai malunion. Akibatnya? Fungsi anggota badan terjejas, pergerakan menjadi terhad, dan risiko kecacatan kekal meningkat. Jadi, kalau ada pilihan antara tulang sembuh betul atau sembuh ‘ala kadar’, bukankah logik kita pilih yang lebih selamat?

Mitos 2: Petir, Guruh dan Implan

“Mesti tempat pembedahan tu sakit bila kilat menyambar. Logam tu tarik tenaga guruh!”
Mitos ini walaupun kedengaran lucu, sebenarnya dipercayai oleh segelintir pesakit. Mereka percaya bahawa logam dalam badan akan bertindak balas dengan cuaca, menyebabkan sakit di tempat pembedahan, atau lebih ekstrem lagi ia mampu menarik kilat!

Namun tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini. Tidak ada medan elektromagnetik yang cukup kuat di atmosfera untuk menyebabkan implan dalam badan bertindak balas atau menjadi ‘antenna kilat’.Memang ada sesetengah individu sensitif terhadap perubahan suhu, tetapi itu tidak eksklusif kepada mereka yang ada implan. Kebanyakan pesakit yang telah menjalani pembedahan implan melaporkan tiada kesakitan jangka panjang yang berkaitan dengan cuaca. Banyak pesakit yang pulih selepas pembedahan implan menjalani hidup aktif semula ada yang bersukan, ada yang kembali ke sawah, dan ramai juga yang mampu mendaki gunung. Ringkasnya mereka dapat kembali ke kehidupan normal.

Mitos 3: Implan dan Pemeriksaan menggunakan Medan Magnet

Sebahagian pesakit bimbang mereka tidak boleh menaiki kapal terbang selepas implan dimasukkan ke dalam badan. Ketakutan mereka adalah rentetan dari kepercayaan bahawa pengesan logam akan berbunyi, dan mereka akan disyaki membawa senjata atau barangan terlarang. Manakala, segelintir lagi pesakit bimbang bahawa implan logam akan tertarik keluar atau ‘terbakar”’ semasa melalui imbasan medan magnet seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Sebenarnya, walaupun ada kemungkinan pengesan logam berbunyi, pihak keselamatan hanya memerlukan penjelasan. Pesakit boleh membawa surat dari doktor yang menyatakan mereka mempunyai implan ortopedik. Kebanyakan pegawai keselamatan di lapangan terbang sudah biasa menangani situasi sebegini dan tidak akan menghalang perjalanan anda. Jadi, tiada sebab untuk takut melancong atau menaiki kapal terbang selepas pembedahan.

Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah implan masih bertindak balas terhadap medan magnet, akan tetapi perkembangan terkini dalam bidang sains telah menghasilkan generasi implan moden yang diperbuat daripada titanium atau aloi khas yang tidak bersifat magnetik. Ini bermakna ia selamat digunakan dalam persekitaran yang menggunakan medan magnet yang kuat seperti MRI. Pihak hospital akan memeriksa keserasian implan dengan prosedur MRI untuk memastikan ia benar-benar selamat sebelum imbasan, dan pesakit hanya perlu maklumkan kepada juruteknik bahawa mereka mempunyai implan dalam badan. Jadi, anda masih boleh mendapatkan imbasan MRI tanpa rasa takut atau panik.

Mitos 4: Implan Kekal selamanya walaupun menjadi Karat

Ramai dalam masyarakat Malaysia masih percaya bahawa implan ortopedik  yang sering dipanggil ‘besi dalam badan’ akan berkarat seperti besi biasa, dan kekal dalam badan seumur hidup. Ini adalah mitos yang tidak tepat. Implan ortopedik moden diperbuat daripada bahan tahan karat seperti titanium, keluli tahan karat perubatan, dan kobalt-Chromium. Bahan ini telah melalui ujian ketat dan terbukti selamat serta tahan dalam persekitaran badan manusia. Ia tidak akan berkarat seperti paku rumah atau pagar besi yang terkena hujan.

Implan juga tidak semestinya perlu dikeluarkan. Dalam kebanyakan kes, ia boleh kekal dalam badan tanpa mendatangkan masalah. Namun, jika timbul komplikasi seperti jangkitan, ketidakselesaan, atau tekanan pada saraf, barulah doktor akan menimbangkan untuk mengeluarkannya. Masyarakat perlu faham bahawa implan bukan ‘besi buruk’, tetapi alat perubatan canggih yang menyokong proses penyembuhan tulang. Ia membolehkan pesakit kembali aktif, bergerak bebas, dan menjalani hidup seperti biasa. Maka, jangan takut pada implan, tetapitakutlah pada mitos yang menghalang penyembuhan yang sebenar.

Mitos 5: Berpantang Makan selepas Pembedahan Implan

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita untuk mendengar nasihat seperti, “Jangan makan ayam, telur atau ikan lepas bedah  nanti luka lambat sembuh atau bernanah!” Walaupun bunyinya seperti petua orang lama yang prihatin, hakikatnya ia hanyalah mitos yang tidak disokong oleh sains perubatan moden. Realitinya, makanan seperti ayam, telur dan ikan bukanlah musuh luka malah, ia adalah ‘pencetus penyembuhan’. Jenis-jenis makanan ini kaya dengan protein berkualiti tinggi serta nutrien penting seperti zink dan vitamin yang berperanan besar dalam pembinaan semula tisu badan, mempercepatkan penyembuhan luka, dan menguatkan sistem imun. Menghindari makanan ini atas dasar mitos sebenarnya boleh melambatkan proses pemulihan.

Luka yang lambat sembuh atau bernanah selalunya berpunca daripada faktor seperti jangkitan kuman akibat penjagaan luka yang tidak bersih, atau penyakit seperti kencing manis Yang tidak terkawal bukan kerana makan ikan atau telur. Dalam erti kata lain, bakteria yang nakal itulah dalang sebenar, bukan lauk atas pinggan anda. Pakar pemakanan dan doktor bedah sebulat suara menyarankan pengambilan makanan seimbang selepas pembedahan serta menjauhi pantang larang yang tidak berasas.

Kesimpulannya walaupun sesetengah tradisi telah wujud sebagai bentuk panduan atau nasihat, setiap amalan tersebut wajar dinilai semula berdasarkan bukti saintifik dan perkembangan penyelidikan terkini agar kekal relevan dan berkesan dalam konteks dunia moden. Tubuh anda akan berterima kasih kepada anda.

 Kredit foto-sputtertarget[dot]net

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Jabatan Ortopedikmitos dan fakta implan tulangMohd Hadizie DinPakar Bedah Ortopedikpakar ortopedik USMPusat Pengajian Sains PerubatanUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

TEMURAMAH EKSKLUSIF: Profesor Madya Dr. Maizah M. Abdullah, Ketua Penyelidik Malaysia dalam OceanX Mission 2024

Next Post

Cabaran Teknologi LoRa Dalam Menyokong Revolusi Perindustrian 4.0

Editor

Editor

Related Posts

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

2 hours ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

1 day ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

2 days ago
Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia
Berita & Peristiwa

Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia

2 days ago
Next Post
Cabaran Teknologi LoRa Dalam Menyokong Revolusi Perindustrian 4.0

Cabaran Teknologi LoRa Dalam Menyokong Revolusi Perindustrian 4.0

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In