23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Nanoteknologi Melampaui Kesediaan Pengguna

Editor by Editor
25/01/2010
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Untuk makluman pengunjung, sekarang ini (25 – 27 Januari) sedang berlangsung ISESCO International Workshop and Conference on Nanotechnology (IWCN 2010) di Hotel Equatorial Bangi anjuran Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) and Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)….…...Editor MajalahSains.Com

 

nanoant

Rencana Oleh : Prof Dr. Saifollah Abdullah dan Dr. Mohamad Rusop

[ Pensyarah dan penyelidik Nanoteknologi di UiTM Shah Alam ]

PERKEMBANGAN nanoteknologi kini sedang mendapat tempat bukan sahaja dalam penyelidikan malahan penghasilan produk bagi tujuan kormesial. Pada masa kini berpuluh ribu produk yang dihasilkan berasaskan nanoteknologi telah pun memasuki pasaran. Di Malaysia produk-produk berasaskan nanoteknologi juga telah mula memasuki pasaran walaupun mungkin jumlahnya masih agak kecil. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sama ada golongan peniaga dan pengguna telah bersedia dengan kehadiran produk-produk sedemikian. Nanoteknologi telah mendapat tempat terutamanya di kalangan saintis dan ahli teknologi di awal tahun 90-an. Penghasilan produk nanoteknologi mula diperkenalkan dan dipasarkan seiring dengan penyelidikan dan inovasinya. Berbekalkan keyakinan yang tinggi dari para saintis, ahli teknologi dan para pelabur, penghasilan produk nanoteknologi berkembang terlalu cepat sehingga melampaui kesediaan para pengguna terutamanya bagi produk kegunaan umum. Hanya golongan tertentu sahaja dapat merasakan kehadiran nanoteknologi dan hasilannya terutamanya golongan saintis ataupun ahli teknologi sendiri misalnya dalam penggunaan peralatan penyelidikan dan peranti -peranti berasaskan nanoteknologi. Manakala kebanyakan masyarakat pengguna keseluruhannya tidak mengetahui akan kehadiran nanoteknologi walaupun produk nanoteknologi telah pun berada di pasaran. Nanoteknologi berbeza dengan teknologi sebelumnya, kebanyakan produk berasaskan nanoteknologi menggunakan perkataan nanoteknologi atau nano bagi penjenamaannya. Misalnya produk kecantikan atau makanan ia akan menggunakan perkataan ‘berasaskan teknologi nano begitu juga dengan produk-produk kegunaan seharian yang lain. Oleh itu amatlah penting bagi pengguna mengetahui kewujudan nanoteknologi sebelum dapat menerima produk nanoteknologi untuk digunakan. Senario ini berlaku di seluruh dunia lebih-lebih lagi di negara-negara sedang membangun. NanotechnologyImage Usaha-usaha harus dijalankan bagi memberi pendidikan, pengetahuan dan pendedahan kepada produk-produk berasaskan nanoteknologi agar rakyat Malaysia dari semua golongan dapat menghargai, mengguna dan manfaatkan produk hasilan yang amat dialu-alukan ini. Golongan peniaga dari peringkat pelabur, pembuat sehinggalah ke peringkat peruncit dan jurujual mestilah mempunyai pengetahuan asas mengenai produk beraraskan nanoteknologi. Dengan sedikit pengetahuan mereka akan lebih cepat untuk membantu penerimaan pengguna terhadap produk berasaskan nanoteknologi dan diharapkan dapat membantu meningkatkan bilangan pengguna. Di peringkat awal pengenalan dan pemasaran produk-produk nanoteknologi ini golongan peniagalah yang amat penting dan mestilah mengambil inisiatif sedemikian. Masyarakat pengguna juga amat penting diberi pengetahuan mengenai kelebihan produk-produk nanoteknologi agar mereka berminat untuk menggunakannya sebagai pilihan terkini. Berasaskan teori dan penyelidikan bahawa produk-produk nanoteknologi dipercayai mempunyai banyak kelebihan dan keberkesanannya berbanding produk biasa. Sejajar dengan aspirasi untuk memberi ilmu pengetahuan ke atas produk-produk nanoteknologi serta melaksanakan hasrat murni ini, di peringkat awal ini Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri atau persatuan-persatuan peniaga disaran untuk menubuhkan pusat-pusat pameran dan jualan setempat bagi produk-produk berasaskan nanoteknologi. Pusat-pusat ini mestilah dirangka supaya menerapkan konsep pendidikan agar masyarakat mengetahui akan kewujudan nanoteknologi dan produk-produk berasaskan teknologi ini. Pusat ini merupakan sebuah pusat pameran dan jualan bagi produk-produk nanoteknologi. Produk-produk akan dipamerkan dan juga bagi tujuan jualan untuk jangkamasa tertentu sebelum memasuki pasaran di seluruh negara. Produk-produk baru akan dipamerkan pula bagi menggantikan produk-produk terdahulu. Sebagai sebuah galeri pameran produk nanoteknologi yang berkonsepkan pendidikan, informasi sesuatu produk mestilah di- sediakan dengan jelas terutamanya dari segi konsep penggunaan nanoteknologi dan mekanisme bagaimana nanoteknologi berfungsi dalam penggunaan produk tersebut. Keistimewaan boleh diwujudkan berbanding dengan pusat setempat atau galeri pemeran yang biasa diwujudkan dengan menyediakan pakar, saintis dan profesional nanoteknologi di tempat ini. Mereka akan memberi penerangan dan kefahaman mengenai nanoteknologi yang digunakan di setiap produk yang dipamerkan. Di samping itu juga mungkin boleh diadakan mini seminar di pusat ini bagi menerangkan konsep asas nanoteknologi. Sealiran dengan perkembangan penyelidikan dan inovasi dalam bidang nanoteknologi banyak produk-produk prototaip dan produk berskala makmal yang telah dihasilkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi atau pusat-pusat penyelidikan. Saranan konsep pusat setempat ini haruslah diambil kira dengan bersungguh-sungguh agar Malaysia dapat mewujudkan masyarakat pengguna yang celik sains dan teknologi. Ia juga diharap dapat memberi menfaat kepada negara dari segi ekonomi, sosial dan perkembangan sains dan teknologi terutamanya bidang nanoteknologi. Catatan Editor://  Rencana ini pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2008 dan dimuatkan kembali ke MajalahSains.Com dengan izin.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kegunaan nanoteknologinanoteknologiSaintis MelayuTeknologi
ShareTweetShare
Previous Post

Profesor Dr. Shahidan Radiman: Sains Islam Wacana Baru Ilmu

Next Post

Kimia Pusat Segala Sains

Editor

Editor

Related Posts

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

4 weeks ago
Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik
Alam Semulajadi

Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik

1 month ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 months ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 months ago
Next Post
Kimia Pusat Segala Sains

Kimia Pusat Segala Sains

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In