23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, November 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penanaman Cendawan Tiram: Menyemarakkan Minat dalam Pertanian Bandar

Penanaman Cendawan Tiram: Menyemarakkan Minat dalam Pertanian Bandar

Editor by Editor
09/08/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Ainnur Fateha binti A Hamid, Prof. Madya Ts. Dr. Suganthi Appalasamy, Nivaarani Arumugam, Iman Batrisyia binti Manarus Maddin & Hemaharshni Nagarajan

Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli

 

Pernahkah anda mendengar peribahasa ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’? Peribahasa ini sering dikaitkan dengan cendawan kerana ia memerlukan tahap kelembapan yang tinggi untuk hidup dan berkembang. Cendawan, tidak seperti tumbuhan atau haiwan, tergolong dalam kumpulan kulat yang unik kerana mampu menghasilkan jasad buah atau dikenali sebagai ‘fruiting body’.

Kenali Cendawan Tiram

Berdasarkan kajian dari portal MyAgro (2019), terdapat 17 jenis cendawan yang boleh ditanam secara komersil di Malaysia. Antara yang paling popular adalah cendawan tiram, dikenali juga sebagai oyster mushroom. Cendawan tiram terdiri daripada beberapa jenis seperti cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulmonarius) dan cendawan tiram putih (Pleurotus florida). Genus Pleurotus, yang merangkumi cendawan tiram, terkenal dengan kandungan nutrisi yang tinggi dan penggunaannya yang meluas dalam masakan serta perubatan.

Kajian oleh Naraian et al. (2016) mendapati bahawa Pleurotus mempunyai rasa dan aroma yang unik, selain kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin, mineral, dan fiber. Cendawan ini bukan sahaja menyelerakan tetapi juga menyihatkan.

Penghasilan Cendawan Tiram

Penanaman cendawan tiram tidaklah sukar dan boleh dijadikan hobi yang menguntungkan. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini secara komersil, menghasilkan bongkah cendawan sendiri adalah langkah yang disyorkan. Berikut adalah langkah-langkah penting dalam penghasilan dan penjagaan cendawan tiram:

  1. Penghasilan Bongkah Cendawan

Menyediakan bahan dan memastikan kadar sterilasi yang tinggi adalah penting untuk menggalakkan pertumbuhan cendawan yang bebas dari penyakit.

  1. Proses Sterilisasi

Pensterilan yang tepat memastikan bongkah cendawan bebas daripada pencemaran.

  1. Suntikan Benih

Proses ini melibatkan kaedah memasukkan benih cendawan ke dalam bongkah yang telah disterilkan.

  1. Proses Pematangan Bongkah

Bongkah perlu dibiarkan matang di bawah keadaan yang terkawal sebelum cendawan mula tumbuh.

  1. Penjagaan Rumah Cendawan

Rumah cendawan harus dikawal kelembapan, suhu, dan pengudaraan untuk memastikan persekitaran yang ideal.

  1. Proses Pengumpulan Cendawan Segar

Cendawan yang telah matang perlu dikumpulkan dengan berhati-hati untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran.

  1. Pembungkusan dan Pengredan Cendawan Segar

Cendawan perlu dibungkus dan digred mengikut kualiti sebelum dipasarkan

Penjagaan Cendawan Tiram di Rumah

Bagi yang ingin menanam cendawan tiram di rumah, anda boleh membeli bongkah cendawan matang dari pengusaha cendawan. Terdapat banyak platform jualan atas talian yang menawarkan bongkah cendawan ini. Berikut adalah beberapa tips penting untuk penjagaan bongkah cendawan di rumah:

  • Kelembapan Tinggi: Pastikan kawasan sekitar bongkah cendawan mempunyai kelembapan yang tinggi.
  • Cahaya Sederhana: Elakkan kawasan yang terlalu cerah.
  • Pengudaraan yang Baik: Pastikan pengudaraan mencukupi.
  • Suhu Terkawal: Suhu tidak melebihi 31°C.
  • Pencegahan Penyakit: mengawal bongkah cendawan dari jangkitan kulat.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menikmati hasil cendawan tiram yang segar dan berkualiti tinggi. Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam usaha penanaman cendawan tiram anda.

 

Rujukan:

Cendawan. (2019). http://portal.myagro.moa.gov.my/ms/doa/iplt/Pages/Mushroom.aspx

Mca, G., & Sc, K. (2021). Nutritional and medicinal benefits of Oyster (Pleurotus) mushrooms: a review. Fungal Biotec, 1(2), 65–87. https://doi.org/10.5943/funbiotec/1/2/5

Naraian R, Singh MP, Ram S. (2016). Supplementation of basal substrate to boost up substrate strength and oyster mushroom yield: an overview of substrates and supplements. Int J Curr Microbiol App Sci 5, 543–553.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: cendawan tiramFakulti Sains Bumi UMKSuganthi Appalasamyteknik penanaman cendawan tiramTs Dr Suganthi AppalasamyUMK
ShareTweetShare
Previous Post

Pendekatan 'One Health' dan Ancaman Kerintangan Antimikrob di Malaysia: Menghadapi Cabaran Kesihatan Global

Next Post

Revolusi Tenaga – Bakteria Sebagai Sumber Elektrik

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

1 week ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

2 weeks ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

2 weeks ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

2 weeks ago
Next Post
Revolusi Tenaga – Bakteria Sebagai Sumber Elektrik

Revolusi Tenaga – Bakteria Sebagai Sumber Elektrik

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In