23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, October 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

Editor by Editor
27/08/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Profesor Madya Dr. Nur Karyatee Binti Kassim

Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Jabatan Patologi Kimia,
Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM)

Apakah Penyakit Buah Pinggang Kronik?

Penyakit buah pinggang kronik atau chronic kidney disease (CKD) ialah keadaan apabila terdapat kerosakan atau kelainan pada struktur atau fungsi buah pinggang yang berterusan selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan memberikan kesan kepada kesihatan (Ministry of Health Malaysia (MOH), 2018). Buah pinggang menapis darah untuk menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair melalui air kencing. Ia turut mengawal tekanan darah, keseimbangan garam dan asid-bes, membantu pembentukan sel darah merah serta mengaktifkan vitamin D. Kerosakan buah pinggang mengurangkan keupayaan menjalankan fungsi ini beransur-ansur.

Di Malaysia, kajian populasi seluruh negara yang terkini menganggarkan bahawa 15.48% orang dewasa, atau hampir seorang daripada setiap enam orang, menghidap penyakit buah pinggang kronik. Namun, hanya sekitar 5% daripada mereka menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut (Saminathan et al., 2020). CKD sering digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana penyakit ini tidak menunjukkan gejala yang jelas pada peringkat awal. Seseorang mungkin masih berasa sihat walaupun kerosakan telah berlaku, dan penyakit boleh berkembang ke peringkat lanjut sebelum gejalanya disedari. CKD bukan sekadar satu bacaan kreatinin yang tinggi; ia boleh dikenal pasti melalui eGFR yang rendah, albumin dalam air kencing atau penanda kerosakan lain yang berterusan. Oleh itu, ujian darah dan air kencing penting untuk pengesanan awal (KDIGO CKD Work Group, 2024).

Apakah Penyebab Penyakit Buah Pinggang Kronik?

Diabetes dan tekanan darah tinggi ialah antara penyebab utama CKD kerana kedua-duanya boleh merosakkan unit penapisan buah pinggang secara beransur-ansur (WHO, 2026). Penyebab lain termasuk keradangan glomerulus, lupus, penyakit buah pinggang polisistik, jangkitan berulang serta halangan aliran air kencing akibat batu karang, pembesaran prostat atau ketumbuhan. Penggunaan ubat atau bahan yang toksik kepada buah pinggang secara berpanjangan juga boleh menyebabkan kerosakan. Sesetengah pesakit mempunyai lebih daripada satu punca (KDIGO CKD Work Group, 2024; MOH, 2018).

Apakah lima Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik?

Penyakit buah pinggang kronik dibahagikan kepada lima peringkat berdasarkan eGFR (MOH, 2018). Semakin rendah nilai eGFR, semakin berkurang keupayaan buah pinggang menapis darah.

i- Peringkat 1, eGFR ialah 90 mL/min/1.73 m² atau lebih. Fungsi penapisan masih normal, tetapi terdapat bukti kerosakan seperti albumin dalam air kencing. Pesakit biasanya belum mengalami gejala.

ii- Peringkat 2, eGFR berada antara 60 hingga 89 mL/min/1.73 m². Fungsi menurun sedikit, tetapi kebanyakan pesakit masih berasa sihat.

iii- Peringkat 3, eGFR berada antara 30 hingga 59 mL/min/1.73 m² dan boleh dibahagikan kepada 3a dan 3b. Keletihan, bengkak pada kaki, anemia atau gangguan mineral tulang mungkin mula berlaku.

iv- Peringkat 4: eGFR berada antara 15 hingga 29 mL/min/1.73 m², menunjukkan fungsi buah pinggang telah berkurangan dengan ketara. Pesakit mungkin mengalami loya, kurang selera makan, gatal-gatal atau sesak nafas.

v- Peringkat 5 ialah kegagalan buah pinggang dengan eGFR kurang daripada 15 mL/min/1.73 m². Dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan berdasarkan gejala dan keadaan klinikal pesakit.

Rajah 1. Ujian darah menganggarkan keupayaan penapisan melalui eGFR, manakala uACR mengesan kebocoran albumin dalam air kencing. Kedua-duanya saling melengkapi.

Siapakah yang patut Menjalani Pemeriksaan? 

Pemeriksaan penting bagi mereka yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular, serta individu dengan sejarah keluarga penyakit buah pinggang. Risiko meningkat dengan usia, obesiti, merokok, batu karang, penyakit autoimun seperti lupus, atau penggunaan ubat yang boleh menjejaskan buah pinggang. Kekerapan ujian bergantung pada penyakit dan keputusan terdahulu. Pesakit diabetes atau hipertensi perlu berbincang dengan doktor tentang ujian berkala walaupun tidak mengalami sebarang gejala (NIDDK, 2015).

Apakah Ujian Darah Utama untuk Buah Pinggang?

Beberapa ujian makmal biasanya dilakukan secara bersama untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kesihatan buah pinggang. Keputusan ujian perlu ditafsir berdasarkan keadaan klinikal pesakit serta dibandingkan dengan keputusan terdahulu bagi mengenal pasti sebarang perubahan dari semasa ke semasa.kesihatan buah pinggang. Keputusan perlu ditafsir mengikut keadaan pesakit dan trend terdahulu.

i- Kreatinin serum: Kreatinin ialah bahan buangan daripada metabolisme otot. Parasnya biasanya meningkat apabila fungsi penapisan buah pinggang berkurangan. Namun, kerana nilainya dipengaruhi oleh umur, jisim otot, pemakanan, senaman dan ubat tertentu, kreatinin perlu dinilai bersama eGFR dan keadaan klinikal pesakit.

ii- eGFR: Nilai eGFR dikira menggunakan paras kreatinin dalam darah bersama faktor seperti umur dan jantina bagi menganggarkan kadar penapisan glomerular. Secara umum, nilai eGFR yang lebih rendah menunjukkan keupayaan buah pinggang untuk menapis darah semakin berkurangan.

iii-Urea: Urea ialah bahan buangan daripada pemecahan protein. Parasnya boleh meningkat apabila fungsi buah pinggang berkurang, tetapi turut dipengaruhi oleh dehidrasi, pengambilan protein, pendarahan saluran penghadaman dan keadaan katabolik.

iv- Elektrolit dan bikarbonat: Natrium, kalium dan bikarbonat membantu menilai keseimbangan garam dan asid-bes dalam badan. Paras kalium yang terlalu tinggi boleh menyebabkan gangguan rentak jantung.

v- Cystatin C: Dalam keadaan tertentu, ujian cystatin C digunakan untuk mengesahkan anggaran GFR, terutama apabila bacaan kreatinin kurang tepat akibat jisim otot yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Mengapakah Ujian Air Kencing diperlukan?

Ujian darah menilai keupayaan buah pinggang menapis darah, manakala ujian air kencing dapat mengesan tanda awal kerosakan buah pinggang. Ujian yang disyorkan ialah nisbah albumin kepada kreatinin air kencing (uACR) menggunakan sampel air kencing spot, tanpa memerlukan pengumpulan air kencing selama 24 jam.

Secara umum, uACR dikategorikan sebagai A1 apabila kurang daripada 3 mg/mmol, A2 antara 3 hingga 30 mg/mmol, dan A3 apabila melebihi 30 mg/mmol. Nilai 3 mg/mmol bersamaan kira-kira 30 mg/g. Semakin tinggi albuminuria, semakin tinggi risiko kemerosotan CKD dan penyakit kardiovaskular.Namun, albuminuria boleh meningkat sementara akibat senaman berat, demam, jangkitan saluran kencing, paras gula darah yang sangat tinggi atau haid. Oleh itu, keputusan yang tidak normal perlu disahkan melalui ujian ulangan. Ujian jalur celup (dipstick) berguna untuk menyaring protein, darah dan glukosa dalam air kencing, tetapi uACR lebih sensitif untuk mengesan albumin pada paras rendah, khususnya dalam kalangan pesakit diabetes (KDIGO CKD Work Group, 2024; NIDDK, 2016).

Perlukah Berpuasa atau Membuat Persediaan Khas? 

Kebanyakan ujian kreatinin, eGFR dan elektrolit tidak memerlukan puasa, kecuali jika ujian glukosa atau profil lipid turut dilakukan. Sebelum ujian, elakkan senaman berat dan maklumkan kepada doktor tentang pengambilan daging, suplemen kreatina serta semua ubat yang digunakan kerana faktor ini boleh mempengaruhi keputusan.Bagi uACR, sampel air kencing pertama pada waktu pagi lebih konsisten, walaupun sampel rawak juga boleh digunakan. Elakkan pengambilan sampel ketika haid atau mengalami jangkitan saluran kencing. Jangan hentikan sebarang ubat tanpa nasihat doktor. Doktor akan menentukan sama ada dos atau jenis ubat perlu diselaraskan.

Adakah Kreatinin Normal Bermakna Buah Pinggang Pasti Sihat?

Tidak semestinya. Individu yang mempunyai jisim otot rendah mungkin menunjukkan paras kreatinin yang normal walaupun eGFR telah menurun. Sebaliknya, individu berotot atau yang baru melakukan senaman berat boleh mempunyai paras kreatinin lebih tinggi tanpa menghidap CKD. Oleh itu, trend keputusan, eGFR, uACR dan keadaan klinikal lebih bermakna berbanding satu bacaan sahaja.Satu keputusan yang tidak normal juga tidak semestinya menandakan CKD. Dehidrasi, jangkitan teruk, ubat tertentu atau halangan saluran kencing boleh menyebabkan perubahan sementara atau kecederaan buah pinggang akut. Doktor mungkin mengulangi ujian, membandingkannya dengan keputusan terdahulu dan mengenal pasti puncanya. Kelainan struktur atau fungsi buah pinggang yang berterusan sekurang-kurangnya tiga bulan menyokong diagnosis CKD.

Apakah Ujian Tambahan bagi pesakit CKD?

Bergantung pada tahap penyakit, ujian tambahan mungkin dilakukan untuk mengesan komplikasi CKD. Kiraan darah dan hemoglobin digunakan untuk menilai anemia kerana buah pinggang yang rosak menghasilkan kurang eritropoietin. Paras kalsium, fosfat, hormon paratiroid, vitamin D dan fosfatase alkali(ALP) pula membantu menilai gangguan mineral dan tulang. Glukosa atau HbA1c, profil lipid serta tekanan darah penting untuk menilai faktor risiko yang boleh mempercepat kerosakan buah pinggan (MOH, 2018)

Bilakah perlu mendapatkan Rawatan Segera?

Dapatkan rawatan segera jika pengeluaran air kencing berkurangan, sukar bernafas, kedua-dua kaki membengkak, muntah berterusan, kelemahan teruk, sakit dada atau kekeliruan. Darah dalam air kencing, demam berserta sakit pinggang atau kesakitan teruk akibat batu karang juga memerlukan pemeriksaan segera kerana keadaan ini mungkin menandakan kecederaan buah pinggang akut atau komplikasi serius.

Bagaimanakah kita boleh Melindungi Buah Pinggang dari Kerosakan?

Kawal tekanan darah, gula darah dan kolesterol, kekalkan berat badan yang sihat, aktif secara fizikal, berhenti merokok serta kurangkan pengambilan garam. Elakkan penggunaan ubat tahan sakit jenis ubat anti-radang bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs, NSAIDs) secara kerap tanpa nasihat doktor, terutama jika menghidap CKD, mengalami dehidrasi atau mengambil ubat tertentu. Produk herba dan “detoks buah pinggang” juga tidak harus diambil tanpa memastikan keselamatannya. Minumlah air secukupnya mengikut keperluan badan dan nasihat doktor.

Dua ujian utama untuk mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal ialah eGFR daripada kreatinin darah dan uACR daripada air kencing. Ujian kreatinin, urea dan elektrolit memberikan maklumat tambahan, tetapi tiada satu pun keputusan yang boleh ditafsir secara bersendirian. Penilaian perlu mengambil kira trend keputusan, faktor risiko dan keadaan klinikal pesakit. Individu yang menghidap diabetes, hipertensi atau mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang disarankan menjalani pemeriksaan berkala supaya kerosakan dapat dikenal pasti dan diperlahankan sebelum gejala muncul. Cegah sebelum parah!

Rujukan

  1. Kidney Disease: Improving Global Outcomes (KDIGO) CKD Work Group. (2024). KDIGO 2024 clinical practice guideline for the evaluation and management of chronic kidney disease. Kidney International, 105(4S), S117–S314. https://doi.org/10.1016/j.kint.2023.10.018
  2. Ministry of Health Malaysia. (2018). Management of chronic kidney disease in adults (2nd ed.). https://www.moh.gov.my/images/04-penerbitan/penerbitan-klinikal/panduan-amalan-klinikal/CPG%20Management%20of%20Chronic%20Kidney%20%20Disease%20Second%20Edition.pdf
  3. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. (2016, October). Chronic kidney disease tests & diagnosis. https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/chronic-kidney-disease-ckd/tests-diagnosis
  4. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. (2015, April). Identify & evaluate patients with chronic kidney disease. https://www.niddk.nih.gov/health-information/professionals/clinical-tools-patient-management/kidney-disease/identify-manage-patients/evaluate-ckd World Health Organization. (2026, April 20).
  1. Saminathan, T. A., Hooi, L. S., Mohd Yusoff, M. F., Ong, L. M., Bavanandan, S., Rodzlan Hasani, W. S., et al. (2020). Prevalence of chronic kidney disease and its associated factors in Malaysia: Findings from a nationwide population-based cross-sectional study. BMC Nephrology, 21, 344. https://doi.org/10.1186/s12882-020-01966-8

Biodata Penulis

Profesor Madya Dr. Nur Karyatee Binti Kassim merupakan Pakar Perunding Patologi Kimia dan Pensyarah Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kimia klinikal, endokrinologi dan perubatan metabolik, termasuk pentafsiran ujian makmal untuk menilai fungsi buah pinggang. Bidang penyelidikan beliau merangkumi biomarker penyakit buah pinggang kronik serta kaitannya dengan keradangan dan kesihatan mulut. Beliau turut aktif dalam pengajaran, penyelidikan, latihan profesional dan pendidikan masyarakat mengenai kepentingan ujian darah dan air kencing dalam pengesanan awal serta pemantauan penyakit buah pinggang.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: CKDdetoks buah pinggangHospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM)Nur Karyatee Binti Kassimpenyakit buah pinggang kronikPusat Pengajian Sains Pergigian dan Jabatan Patologi Kimiarawatan pesakit buah pinggangUjian kreatinin
ShareTweetShare
Previous Post

Ujian Darah untuk Penyakit Hati dan Jaundis: Apa yang Perlu Anda Tahu?

Next Post

Robot Dalam Rehabilitasi: Bolehkah Teknologi Membantu Pesakit Kembali Berdikari?

Editor

Editor

Related Posts

Ubat Tahan Sakit Semasa Kehamilan: Antara Keperluan Ibu dan Keselamatan Bayi
Berita & Peristiwa

Ubat Tahan Sakit Semasa Kehamilan: Antara Keperluan Ibu dan Keselamatan Bayi

2 days ago
Liku-Liku Evolusi Konsep Entropi
Berita & Peristiwa

Liku-Liku Evolusi Konsep Entropi

4 days ago
Autisme dan ADHD: Mengapa Ada yang Hanya Didiagnosis Apabila Dewasa
Berita & Peristiwa

Autisme dan ADHD: Mengapa Ada yang Hanya Didiagnosis Apabila Dewasa

6 days ago
Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi
Berita & Peristiwa

Audit Dalam dari Perspektif Sains & Teknologi: Wadah Solusi, Mengenalpasti Potensi

7 days ago
Next Post
Robot Dalam Rehabilitasi: Bolehkah Teknologi Membantu Pesakit Kembali Berdikari?

Robot Dalam Rehabilitasi: Bolehkah Teknologi Membantu Pesakit Kembali Berdikari?

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In