23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Robot Dalam Rehabilitasi: Bolehkah Teknologi Membantu Pesakit Kembali Berdikari?

Robot Dalam Rehabilitasi: Bolehkah Teknologi Membantu Pesakit Kembali Berdikari?

Editor by Editor
27/08/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz Bin Hanafi

Jabatan Perubatan Rehabilitasi,
Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM)

Mengapa Teknologi Robotik digunakan dalam Rehabilitasi?

Strok, kecederaan otak traumatik dan kecederaan saraf tunjang boleh menyebabkan seseorang kehilangan sebahagian keupayaan untuk bergerak, berjalan atau menggunakan tangan. Kesan ini boleh menjejaskan aktiviti asas seperti makan, mandi dan berpakaian serta keupayaan untuk kembali bekerja dan menjalankan peranan dalam keluarga.

Antara prinsip penting dalam neurorehabilitasi ialah latihan yang berulang, mencukupi dari segi intensiti, khusus kepada fungsi yang ingin dipulihkan dan berorientasikan tugasan. Teknologi robotik boleh membantu latihan dilakukan secara lebih konsisten dan terkawal, khususnya apabila jumlah ulangan yang tinggi diperlukan.

Apakah sebenarnya Robot Rehabilitasi?

Robot rehabilitasi merangkumi peranti mekanikal dan elektronik yang direka untuk membantu, membimbing atau memberi rintangan kepada pergerakan pesakit semasa latihan. Ia boleh digunakan untuk anggota bawah, khususnya latihan berdiri dan berjalan, serta anggota atas bagi melatih pergerakan bahu, siku, pergelangan tangan dan tangan. (Nicora, 2025)

Robot bukan mesin yang menggantikan ahli terapi. Ia merupakan alat tambahan yang digunakan bersama penilaian klinikal, terapi konvensional dan latihan fungsi sebenar.

Rajah 1. Proses rehabilitasi robotik Teknologi robotik membantu pesakit melakukan latihan pergerakan secara berulang dan terkawal, manakala kemajuan pesakit dipantau bagi membolehkan latihan disesuaikan mengikut keupayaan serta matlamat pemulihan.

Bagaimanakah Robot boleh membantu Pemulihan Otak?

Salah satu konsep utama dalam neurorehabilitasi ialah neuroplastisiti, iaitu keupayaan sistem saraf untuk berubah dan menyesuaikan diri selepas kecederaan. Selepas strok atau kecederaan otak, rangkaian saraf yang masih berfungsi boleh mengalami penyusunan semula. Latihan yang berulang dan mempunyai tujuan membantu memberikan rangsangan kepada sistem saraf untuk mempelajari semula sesuatu pergerakan.

Robot boleh membantu pesakit mengulangi pergerakan secara konsisten. Walau bagaimanapun, lebih banyak latihan tidak semestinya sentiasa lebih baik. Intensiti perlu disesuaikan dengan tahap kecederaan, keletihan, keadaan perubatan dan matlamat individu.

Adakah Robot boleh Membantu Seseorang Berjalan Semula?

Robot anggota bawah dan exoskeleton boleh digunakan dalam latihan berdiri dan berjalan bagi pesakit terpilih. Peranti ini boleh membantu pergerakan sendi dan corak berjalan supaya latihan dapat dilakukan secara lebih tersusun.

Walau bagaimanapun, penggunaan robot tidak bermaksud semua pesakit akan kembali berjalan secara bebas. Hasil pemulihan bergantung pada lokasi dan keterukan kecederaan sistem saraf, kekuatan otot, kawalan batang tubuh, keseimbangan, fungsi kognitif, keadaan sendi dan tahap kecergasan.

Teknologi HAL di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Teknologi rehabilitasi robotik bukan lagi sesuatu yang hanya terdapat di luar negara. Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian telah menyediakan Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik (Robo-Rehab) sejak tahun 2020. Perkhidmatan ini menggunakan teknologi Hybrid Assistive Limb (HAL) daripada Cyberdyne, Jepun sebagai sebahagian daripada program rehabilitasi untuk pesakit yang sesuai, termasuk pesakit strok dan kecederaan otak traumatik. (Bernama, 2020)

HAL ialah sistem robotik boleh pakai yang menggunakan isyarat bioelektrik berkaitan niat pesakit untuk bergerak dan memberikan bantuan pergerakan yang bersesuaian. Pendekatan ini membolehkan pesakit terlibat secara aktif dalam latihan pergerakan.

Bagi pesakit strok dan kecederaan otak traumatik, teknologi HAL boleh digunakan sebagai terapi tambahan kepada rehabilitasi konvensional untuk membantu latihan fungsi seperti berdiri dan berjalan, bergantung pada keadaan serta matlamat setiap pesakit. Ia bukan pengganti fisioterapi atau rawatan rehabilitasi biasa, tetapi satu alat yang boleh diintegrasikan ke dalam program rehabilitasi multidisiplin.

Pengalaman HPUSM dalam penggunaan teknologi ini turut membuka ruang kepada penyelidikan tempatan untuk memahami bagaimana rehabilitasi berbantukan teknologi boleh mempengaruhi pemulihan fungsi dan proses neuroplastisiti selepas kecederaan sistem saraf.

Rajah 2. Teknologi Hybrid Assistive Limb (HAL) digunakan dalam Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia bagi menyokong latihan pergerakan dan pemulihan fungsi pesakit.

Bagaimana pula dengan Pemulihan Tangan?

Robot anggota atas boleh membantu pesakit melakukan latihan mencapai, menarik, menolak atau menggerakkan tangan secara berulang. Sesetengah sistem memberikan bantuan apabila pesakit tidak mampu menyelesaikan pergerakan sendiri, manakala sistem lain memberikan rintangan apabila pesakit semakin kuat.

Namun, matlamat akhirnya bukan supaya pesakit mahir menggunakan robot. Peningkatan yang dicapai semasa latihan perlu diterjemahkan kepada aktiviti sebenar seperti memegang cawan, menggunakan sudu, memakai pakaian dan melakukan tugasan harian.

Adakah Rehabilitasi Robotik sesuai untuk semua orang?

Tidak. Sebelum menggunakan robot, pasukan rehabilitasi perlu menilai kekuatan otot, julat pergerakan sendi, spastisiti, keseimbangan, tahap kesedaran, fungsi kognitif dan keadaan perubatan lain. Matlamat pesakit juga perlu jelas.

Persoalan yang lebih penting bukanlah “Adakah robot ini canggih?”, tetapi “Adakah teknologi ini membantu mencapai matlamat yang penting kepada pesakit?”

Robot atau Fisioterapi: yang mana lebih baik?

Robotik dan terapi konvensional tidak semestinya perlu dilihat sebagai dua rawatan yang bersaing. Ahli fisioterapi dan ahli terapi carakerja menilai fungsi, memilih latihan, melatih aktiviti kehidupan sebenar, memantau keselamatan dan mengubah program mengikut perkembangan pesakit.

Robot pula boleh membantu latihan berulang secara konsisten, memberikan sokongan mekanikal dan merekodkan prestasi. Pendekatan yang lebih sesuai ialah mengintegrasikan teknologi dengan rehabilitasi konvensional apabila terdapat indikasi yang sesuai.

Bagaimana dengan Realiti Maya, Teknologi Boleh Pakai (wearable) dan Telerehabilitasi?

Robotik hanyalah satu daripada pelbagai teknologi dalam rehabilitasi. Virtual reality (VR) dan augmented reality boleh menghasilkan persekitaran simulasi yang lebih interaktif. Teknologi Boleh Pakai pula menggunakan sensor untuk mengukur parameter seperti corak berjalan, postur dan kadar denyutan jantung. Telerehabilitasi dan aplikasi digital membolehkan sebahagian pemantauan serta latihan diteruskan dari rumah.

Rajah 3. Ekosistem teknologi rehabilitasi. Gabungan teknologi robotik, realiti maya (VR/AR), peranti boleh pakai (wearable), telerehabilitasi dan kecerdasan buatan (AI) membantu menyediakan latihan yang lebih tersusun dan diperibadikan bagi meningkatkan fungsi, kebebasan dan penyertaan pesakit dalam kehidupan harian.

Apakah Peranan Kecerdasan Buatan?

Kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) berpotensi membantu menganalisis data prestasi pesakit daripada robot, sensor pergerakan dan penilaian klinikal. Pada masa hadapan, pendekatan ini mungkin menyokong personalised rehabilitation atau precision rehabilitation.

Walau bagaimanapun, keputusan klinikal tidak seharusnya diserahkan kepada algoritma semata-mata. Data teknologi perlu ditafsirkan bersama pemeriksaan klinikal dan penilaian fungsi oleh pasukan rehabilitasi.

Bolehkah kita Mengukur apa yang berlaku Dalam Otak?

Selain mengukur kekuatan dan fungsi, penyelidikan neurorehabilitasi turut menilai pengimejan dan biomarker untuk memahami perubahan biologi semasa pemulihan. Antaranya termasuk brain-derived neurotrophic factor (BDNF), yang berkaitan dengan neuroplastisiti, serta kaedah pengimejan seperti functional magnetic resonance imaging (fMRI) dan diffusion tensor imaging (DTI). (Noor, 2026)

Namun, biomarker dan pengimejan tidak menggantikan persoalan yang paling penting: adakah pesakit benar-benar berfungsi dengan lebih baik dalam kehidupan harian?

Apakah Cabaran Penggunaan Robotik?

Kos peralatan, penyelenggaraan, latihan kakitangan dan akses merupakan antara cabaran utama. Tidak semua pusat rehabilitasi mempunyai kemudahan robotik dan tidak semua pesakit memerlukannya.

Lebih penting, penggunaan teknologi tidak boleh menyebabkan rehabilitasi menjadi terlalu berpusat kepada mesin sehingga matlamat sebenar pesakit terpinggir. Teknologi yang paling canggih sekalipun hanya bernilai jika ia membantu pesakit mencapai sesuatu yang bermakna dalam kehidupannya.

Siapakah yang menentukan Program Rehabilitasi?

Rehabilitasi kekal sebagai rawatan multidisiplin. Doktor rehabilitasi bekerjasama dengan ahli fisioterapi, ahli terapi carakerja, jururawat, ahli terapi pertuturan dan bahasa, ahli psikologi atau neuropsikologi serta profesional kesihatan lain.

Apabila teknologi robotik digunakan, pasukan ini menentukan matlamat, memilih pesakit yang sesuai, menetapkan intensiti latihan, memantau keselamatan dan menilai sama ada peningkatan semasa latihan benar-benar diterjemahkan kepada fungsi harian. Pesakit dan keluarga juga perlu terlibat dalam proses membuat keputusan.

Robotik membawa peluang baharu dalam dunia rehabilitasi. Keupayaannya untuk membantu latihan dilakukan secara berulang, intensif dan terkawal menjadikannya alat yang berpotensi menyokong pemulihan selepas strok, kecederaan otak dan kecederaan saraf tunjang.

Namun, teknologi bukanlah matlamat akhir rehabilitasi. Robot mungkin membantu seseorang menggerakkan kaki beratus kali, sensor boleh mengukur setiap langkah dan AI boleh menganalisis data. Kejayaan sebenar berlaku apabila peningkatan tersebut membantu pesakit bangun dari katil, berjalan, makan sendiri, kembali bekerja, bersama keluarga dan mengambil bahagian semula dalam masyarakat.

Rujukan

  • Nicora, G., Parimbelli, E., Mauro, M. C., Falchini, F., Germanotta, M., Fasano, A., … & Quaglini, S. (2025). Healthcare practitioners and robotic-assisted rehabilitation: understanding needs and barriers.Journal of NeuroEngineering and Rehabilitation, 22(1), 78.
  • (2020, September 14). Hospital Universiti Sains Malaysia first to adopt HAL technology. Astro Awani. astroawani.com. https://international.astroawani.com/malaysia-news/hospital-universiti-sains-malaysia-first-adopt-hal-technology-261378
  • Noor, R. A. M., Ibrahim, H. A., Ahmad, W. M. A. W., Hanafi, M. H., Mustapha, M., Ponnuraj, K. T., & Kassim, N. K. (2026). Association of peripheral blood brain-derived neurotrophic factor (BDNF) levels with the use of technology-assisted stroke rehabilitation: a systematic review and meta-analysis.

Biodata Penulis

Prof. Madya Dr Muhammad Hafiz Bin Hanafi ialah Pakar Perubatan Rehabilitasi dan Pensyarah Perubatan di Universiti Sains Malaysia. Bidang klinikal dan penyelidikan beliau merangkumi neurorehabilitasi, rehabilitasi selepas strok dan kecederaan otak traumatik, teknologi rehabilitasi serta pemulihan fungsi. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dan syarahan dalam bidang neurorehabilitasi di pelbagai persidangan serta program ilmiah, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Jabatan Perubatan RehabilitasiMuhammad Hafiz Bin HanafiPusat Pengajian Sains Perubatan dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM)teknologi Hybrid Assistive Limb (HAL)Teknologi rehabilitasi robotik
ShareTweetShare
Previous Post

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

Next Post

Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?

Editor

Editor

Related Posts

Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting
Berita & Peristiwa

Survivorship Bias dalam Data: Apa yang Tidak Kita Lihat Mungkin Lebih Penting

2 hours ago
Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?
Berita & Peristiwa

Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?

2 hours ago
Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing
Berita & Peristiwa

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

3 hours ago
Ujian Darah untuk Penyakit Hati dan Jaundis: Apa yang Perlu Anda Tahu?
Berita & Peristiwa

Ujian Darah untuk Penyakit Hati dan Jaundis: Apa yang Perlu Anda Tahu?

4 hours ago
Next Post
Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?

Mengapa Rehabilitasi Penting untuk Kembali Menjalani Kehidupan Selepas Strok atau Kecederaan Otak Traumatik?

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In