23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, October 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ujian Darah untuk Penyakit Hati dan Jaundis: Apa yang Perlu Anda Tahu?

Editor by Editor
27/08/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Profesor Madya Dr. Nur Karyatee Binti Kassim

Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Jabatan Patologi Kimia,
Hospital Pakar, Universiti Sains Malaysia (USM)

Apakah Penyakit Hati ?

Hati ialah organ besar di bahagian kanan atas abdomen. Ia memproses nutrien, menyimpan tenaga, menghasilkan hempedu untuk pencernaan lemak, menyahtoksik bahan tertentu serta menghasilkan albumin dan faktor pembekuan darah. Penyakit hati merujuk kepada sebarang keadaan yang menyebabkan keradangan, kecederaan atau gangguan fungsi hati. Antara puncanya termasuk jangkitan hepatitis virus, penyakit hati steatotik berkaitan disfungsi metabolik (MASLD), pengambilan alkohol, penyakit autoimun, gangguan saluran hempedu, masalah genetik serta kesan ubat, herba atau suplemen tertentu (Sharma & Nagalli, 2023). Jika kerosakan berterusan, tisu hati boleh mengalami fibrosis dan akhirnya menjadi sirosis. Pada peringkat lanjut, fungsi hati boleh merosot dan risiko komplikasi seperti kegagalan hati serta kanser hati turut meningkat. Penyakit hati sering tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal; oleh itu, individu yang mempunyai faktor risiko mungkin memerlukan ujian darah dan pemeriksaan lanjut.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jaundis?

Jaundis ialah perubahan warna kuning pada putih mata, kulit atau membran mukus akibat pengumpulan bilirubin dalam darah. Bilirubin terbentuk daripada penguraian sel darah merah lama, diproses oleh hati dan disingkirkan melalui hempedu. Ia terkumpul apabila penghasilannya berlebihan, pemprosesan oleh hati terganggu atau aliran hempedu tersumbat (Gondal & Aronsohn, 2016). Punca jaundis boleh berlaku sebelum hati, di dalam hati atau selepas hati. Pemecahan sel darah merah yang berlebihan ialah contoh masalah sebelum hati. Hepatitis, kerosakan akibat ubat dan sirosis berlaku di dalam hati. Batu hempedu, penyempitan saluran hempedu atau ketumbuhan pula boleh menghalang aliran hempedu selepas hati. Oleh itu, jaundis ialah suatu tanda, bukannya satu diagnosis

Rajah 1. Kekuningan pada sklera mata merupakan salah satu tanda utama jaundis akibat peningkatan bilirubin dalam darah.

Apakah yang sebenarnya diukur dalam ‘Ujian Fungsi Hati’?

Istilah ujian fungsi hati atau liver function tests (LFT) digunakan secara meluas, tetapi tidak semua komponennya benar-benar mengukur fungsi hati (Wolf, 1999).

i- ALT (Alanine Transaminase) Enzim yang banyak terdapat dalam sel hati. Peningkatannya boleh menunjukkan kecederaan atau keradangan hati.

ii- AST (Aspartate Transaminase): Enzim yang terdapat pada hati, jantung, dan otot. Oleh itu, bacaan tinggi tidak semestinya berpunca daripada hati. Julat yang tinggi, terutamanya bersama ALT menyokong petanda masalah hati.

iii- GGT (Gamma-Glutamyl Transferase): Membantu menilai gangguan hati dan saluran hempedu, tetapi turut boleh meningkat akibat alkohol atau ubat tertentu.

iv- ALP (Alkaline Phosphatase): Enzim yang berkaitan dengan saluran hempedu dan tulang. Peningkatan ALP boleh berlaku apabila aliran hempedu terganggu, contohnya akibat batu dalam saluran hempedu. Oleh sebab ALP turut dihasilkan oleh tulang, bacaan GGT membantu menentukan sama ada peningkatan ALP lebih berkemungkinan berpunca daripada hati atau saluran hempedu.

v- Bilirubin: Bilirubin total terdiri daripada bilirubin terkonjugasi (langsung) dan tidak terkonjugasi (tidak langsung). Penilaian kedua-dua pecahan ini membantu doktor membezakan antara pemecahan sel darah merah yang berlebihan, gangguan pemprosesan bilirubin oleh hati dan masalah aliran hempedu.

vi- Albumin dan PT/INR: Albumin ialah protein yang dihasilkan oleh hati, manakala PT/INR menilai keupayaan darah untuk membeku. Paras albumin yang rendah atau PT/INR yang memanjang boleh menunjukkan fungsi sintetik hati terjejas, tetapi keputusan ini turut dipengaruhi oleh keadaan lain.

Rajah 2. Ujian LFT di makmal membantu menilai kecederaan dan fungsi hati serta mengenal pasti gangguan yang boleh menyebabkan jaundis.

Bagaimanakah Doktor Mentafsir Corak Keputusan Ujian LFT?

Keputusan LFT tidak ditafsir berdasarkan satu bacaan sahaja, sebaliknya melalui corak perubahan beberapa ujian. Peningkatan ALT dan AST yang lebih ketara berbanding ALP menunjukkan corak hepatoselular, yang mencadangkan kecederaan sel hati. Sebaliknya, peningkatan dominan ALP bersama GGT dan bilirubin terkonjugasi menunjukkan corak kolestatik akibat gangguan aliran hempedu. Sesetengah pesakit pula menunjukkan corak campuran. Paras enzim yang sangat tinggi tidak semestinya bermakna hati telah gagal, manakala peningkatan ringan tidak harus diabaikan. Penyakit hati kronik juga boleh berlaku walaupun paras enzim normal atau hanya sedikit meningkat. Oleh itu, doktor akan menilai trend keputusan, julat rujukan, gejala, usia, berat badan, pengambilan alkohol, penyakit sedia ada serta semua ubat, herba dan suplemen yang digunakan (Pratt, 2010). Jika keputusan tidak normal, ujian mungkin diulang untuk menentukan sama ada perubahan tersebut berterusan. Pemeriksaan lanjut boleh merangkumi kiraan darah lengkap, ujian hepatitis, ujian autoimun atau metabolik serta ultrabunyi abdomen. Imbasan CT, MRI atau biopsi hati hanya diperlukan dalam keadaan tertentu. Ujian darah memberikan petunjuk penting, tetapi diagnosis yang tepat memerlukan penilaian bersama sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal dan pengimejan (Thapa & Walia, 2007).

Ujian darah hati perlu ditafsir sebagai satu gambaran menyeluruh. ALT, AST, ALP, GGT dan bilirubin membantu mengenal pasti corak gangguan, manakala albumin dan PT/INR menilai keupayaan sintetik hati. Namun, satu keputusan di luar julat rujukan tidak semestinya membuktikan penyakit tertentu.Tafsiran yang tepat memerlukan penilaian bersama keputusan makmal, gejala, sejarah pengambilan ubat, pemeriksaan fizikal dan pengimejan. Jika mata atau kulit menjadi kuning, dapatkan pemeriksaan awal supaya puncanya dapat dikenal pasti dan dirawat dengan sewajarnya.

Rujukan

  1. Thapa, B. R., & Walia, A. (2007). Liver function tests and their interpretation. The Indian Journal of Pediatrics, 74(7), 663-671.
  2. Pratt, D. S. (2010). Liver chemistry and function tests. Sleisenger and Fordtran’s Gastrointestinal and Liver Disease. 9th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier.
  3. Gondal, B., & Aronsohn, A. (2016, December). A systematic approach to patients with jaundice. In Seminars in interventional radiology (Vol. 33, No. 04, pp. 253-258). Thieme Medical Publishers..
  4. W Wolf, P. L. (1999). Biochemical diagnosis of liver disease. Indian journal of clinical biochemistry, 14(1), 59-90.
  5. Sharma, A., & Nagalli, S. (2023). Chronic liver disease. In StatPearls .StatPearls Publishing.

Biodata Penulis

Profesor Madya Dr. Nur Karyatee Binti Kassim merupakan Pakar Perunding Patologi Kimia dan Pensyarah Perubatan Kanan di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kimia klinikal, endokrinologi dan perubatan metabolik, termasuk pentafsiran ujian makmal bagi penyakit hati dan gangguan metabolik. Beliau aktif menjalankan penyelidikan berkaitan biomarker makmal serta terlibat dalam pengajaran, latihan profesional dan pembangunan perkhidmatan diagnostik. Beliau turut memberikan ceramah dan pendidikan kesihatan kepada petugas kesihatan serta masyarakat mengenai kepentingan ujian makmal dalam pengesanan, diagnosis dan pemantauan penyakit.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hospital Pakar Universiti Sains MalaysiajaundisNur Karyatee Binti KassimPusat Pengajian Sains Pergigian dan Jabatan Patologi KimiaUjian Darah
ShareTweetShare
Previous Post

Titik Tengah Data Bukan Hanya Purata Biasa

Next Post

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

Editor

Editor

Related Posts

Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza
Berita & Peristiwa

Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza

19 hours ago
Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?
Berita & Peristiwa

Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?

19 hours ago
Ubat Tahan Sakit Semasa Kehamilan: Antara Keperluan Ibu dan Keselamatan Bayi
Berita & Peristiwa

Ubat Tahan Sakit Semasa Kehamilan: Antara Keperluan Ibu dan Keselamatan Bayi

3 days ago
Liku-Liku Evolusi Konsep Entropi
Berita & Peristiwa

Liku-Liku Evolusi Konsep Entropi

5 days ago
Next Post
Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Pengesanan Melalui Ujian Darah dan Air Kencing

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In