23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, March 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidikan UKM – Barah Payudara

Editor by Editor
25/10/2013
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0
Kanser payudara

Penyelidikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa penggunaan hanya satu kaedah bagi mendapatkan data untuk mengesan gen yang menyebabkan barah payudara adalah tidak tepat.

Pengarah Institut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI) Prof Dato' Abdul Rahman Jamal berkata kajian beliau menunjukkan bahawa satu siri ujian analisis genomik integratif boleh memberi kejayaan yang lebih untuk mencari gen yang berkaitan dengan barah payudara.
 
Prof Rahman berkata demikian ketika membentang kertas kerjanya bertajuk Membedah Barah Karsinogenesis Payudara Melalui Analisis Genom Integratif, pada penutup persidangan kedua Sistem Biologi Rantau Asia (ARCSB), di sini hari ini. Ia dianjurkan bersama oleh Institut Biologi Sistem (INBIOSIS).

[Baca: Susu Ibu Tingkatkan Kepintaran Bayi]

 
Prof Rahman, yang juga Profesor Hematologi Pediatrik, Onkologi dan Biologi Molekul, menyatakan bahawa beberapa artikel telah melaporkan data dari kajian profil tunggal pada kumpulan yang berbeza daripada pesakit menunjukkan keputusan yang berbeza, sekali gus memberi kesimpulan yang salah.
 
Beliau berkata kajian yang dijalankan pada peringkat molekul boleh memberi gambaran yang lebih tepat mengenai perkembangan penyakit itu
 
Gen adalah zarah dalam sel-sel, yang terkandung dalam kromosom dan diperbuat daripada DNA (asid deoksiribonukleik). DNA mengandungi arahan untuk membina protein yang mengawal struktur dan fungsi semua sel-sel yang membentuk tubuh.
 
Beliau menjelaskan bahawa satu kumpulan ujian pesakit barah payudara telah dianalisis melalui beberapa kaedah termasuk metilasi DNA, ekspresi gen dan bilangan salinan variasi (CNV). CNV ialah satu bentuk struktur perubahan dalam satu genom DNA yang mempunyai bilangan salinan yang terlalu berlebihan pada satu atau lebih bahagian DNA. CNV mungkin menunjukkan kehadiran sel-sel yang menghasilkan barah.
 
Metilasi DNA adalah satu proses yang memainkan peranan penting dalam pembangunan hampir semua jenis kanser. Gen adalah proses di mana maklumat daripada gen digunakan dalam sintesis produk gen berfungsi.

[Baca: Kenali Penyakit Disleksia]

 
Prof Rahman bersama seorang lagi penyelidik, Dr Norfilza Mokhtar telah melakukan kajian terhadap 87 orang wanita yang berusia purata 55.9 tahun. Oleh sebab tisu biasa payudara sukar didapati, mereka menggunakan nisbah 1:3 tisu norma dengan tisu barah. Setiap satu daripada set data dibandingkan secara berpasangan, diikuti dengan analisis integratif ketiga-tiga set data.
 
Beliau membuat kesimpulan bahawa kajian menunjukkan bahawa ketepatan tertinggi ujian gen kanser telah diperolehi oleh analisis integratif ketiga-tiga set data apabila dibandingkan dengan ujian yang dilakukan secara pasangan.
 
Beliau mengakui lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk memberikan hasil yang lebih tepat secara perangkaan. Penyelidik dengan peralatan yang lebih canggih yang terdapat di negara maju mungkin boleh membantu.
Walau bagaimanapun, bentuk rawatan yang terbaik untuk penyakit barah ialah pencegahan. Beliau menasihati wanita berusia empat puluh tahun ke atas menjalani pemeriksaan mamogram. Mamografi adalah proses menggunakan tenaga sinar-X rendah untuk memeriksa payudara dan digunakan sebagai ujian diagnostik. Matlamat mamografi adalah untuk mendapat pengesanan awal wujudnya kanser payudara.
 
Kira-kira 5% hingga 10% daripada kanser payudara berlaku dari keturunan apabila gen tidak normal diturunkan daripada ibu bapa kepada anak mereka.
 
Prof Rahman berkata bahawa mengkaji gen yang menyebabkan kanser payudara agak mencabar kerana ia adalah suatu penyakit yang sangat berbeza dan mempunyai banyak kepelbagaian dari segi sifat. Ini bermakna ia melibatkan pelbagai jenis gen berinteraksi antara satu sama lain yang menghasilkan ciri-ciri yang agak kompleks dan berlainan.
 
Barah payudara adalah kanser yang paling kerap melanda wanita di di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia bagaimana pun menyebabkan kematian pada kadar yang lebih tinggi di negara ini berbanding negara maju. Ini adalah kerana pesakit di Malaysia kebanyakkannya mendapatkan rawatan hanya pada saat-saat akhir.
 
Kira-kira 30 orang peserta dari Amerika Syarikat, Belgium, China, Australia, Filipina, Singapura dan Malaysia telah hadir di  persidangan ARCSB kedua itu. Lebih daripada 20 kertas penyelidikan telah dibentangkan.

Sumber : Portal Berita UKM
Foto: truthonpot.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: barah payudaraIMBIOSISpenyelidikan barah payudarapenyelidikan UKMUMBI
ShareTweetShare
Previous Post

Memanfaatkan Tenaga Terbuang dari Tubuh Manusia

Next Post

Kurangkan Gula - Hindari Diabetes

Editor

Editor

Related Posts

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

23 hours ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

23 hours ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

4 days ago
Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia
Berita & Peristiwa

Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia

6 days ago
Next Post
Kurangkan Gula – Hindari Diabetes

Kurangkan Gula - Hindari Diabetes

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In