23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, August 19, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

PPSMI:Hidupkan Budaya Menyelidik Sebelum Membuat Keputusan

Editor by Editor
11/10/2009
in Bicara Saintis
0 0
0
Farida
Oleh:
Prof. Dr. Farida Habib Shah
Fellow Academy of Science for Developing Countries, TWAS
Professor of Plant Molecular Biology ( Adjunct)
University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Email: farida@utar.edu.my

Saya merasa terpanggil untuk menulis tentang perkara ini dengan harapan agar isu PPSMI ini dapat diperjelaskan dan difahami dengan lebih mendalam terutamanya mengenai perbezaan utama peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan isu Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam Sains dan Matematik (PPSMI).

Isu PPSMI ini sebenarnya jauh dari isu politik, patriotisme atau sindrom takut akan kehilangan bahasa ibunda, akan tetapi ia adalah isu yang sangat penting yang melibatkan masa depan anak-anak kita. Isu ini juga mengutarakan dua perbezaan yang amat ketara iaitu kelemahan memahami sains antara jurang penduduk di bandar dan luar bandar dan kelemahan berbahasa Inggeris antara kedua kelompok tersebut.

Jelas ia adalah perbezaan isu bahasa dan pemahaman sains. Sebagai salah seorang tenaga pengajar merangkap profesor dalam bidang Biologi Molekul, saya pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai medium pengajaran) bersama dengan rakan-rakan seperjuangan yang masih berkhidmat di sana dalam pelbagai bidang sains seperti Fizik, Matematik, Astrofizik, Nanoteknologi dan sebagainya.

Di kalangan pensyarah, kami terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, sebahagiannya  merupakan produk sistem persekolahan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran di peringkat sekolah, dan sebahagiannya lagi melalui pembelajaran sains di pelbagai peringkat menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Kedua-dua kelompok ini merupakan kumpulan pensyarah yang berkaliber dan mampu berkomunikasi dengan baik memberi penerangan tentang subjek-subjek sains kepada pelajar menggunakan Bahasa Melayu.

Dari pengamatan saya, graduan-graduan sains dari UKM tidak pernah dipandang sebagai graduan yang lemah dalam penguasaan bahasa dan kefahaman tentang ilmu sains yang diajarkan. Ramai di kalangan mereka yang mempunyai pencapaian agak baik menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi seperti MSc dan PhD di negara-negara barat seperti Eropah, Australia, Amerika dan sebagainya. Kami tidak pernah sekali-kali merasakan bahawa pelajar-pelajar yang diasuh oleh kami di UKM yang menggunakan Bahasa Melayu mempunyai kelemahan dalam memahami teori dan konsep sains yang diajarkan di peringkat ijazah sarjana muda.

bantah

Kajian dan pengamatan telah lama dijalankan terhadap negara-negara lain yang menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pengajian sains dan matematik. Pelajar-pelajar dari China, Taiwan dan Jerman yang menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing dalam sains dan matematik dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka, merupakan penuntut yang cemerlang dalam bidang pengajian tertinggi peringkat kedoktoran di negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium utama pengajaran. Pelajar-pelajar ini juga tergolong sebagai pekerja-pekerja yang cemerlang dalam lapangan pekerjaan masing-masing.

Oleh yang demikian, saya ingin bertanyakan satu soalan kepada ibu bapa di luar sana terutamanya yang berada di bandar dan juga mereka yang bertanggungjawab menjalankan dasar PPSMI ini, mengapa anda begitu obses untuk mewajibkan Bahasa Inggeris diajar untuk anak-anak seawal usia 6 atau 7 tahun di sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran atau Bahasa Cina dan Tamil di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan?

Jika sekolah-sekolah Cina memutuskan untuk mengekalkan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Cina, mengapa tidak kita kekalkan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan? Mengapa perlu diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Apa yang kita boleh harapkan daripada pelajar melalui proses pengajaran sebegini? Adakah dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ia akan dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut. Atau, adakah dengan menggunakan Bahasa Inggeris, kelemahan pelajar dalam memahami sains dan matematik akan dapat dipertingkatkan?

Sebenarnya kita memerlukan sasaran yang jelas tentang keperluan menguasai Bahasa Inggeris,  seperti juga kita memerlukan halatuju konkrit dalam kurikulum Sains dan Matematik. Untuk yang pertama, PPSMI bukanlah jalan penyelesaiannya dan yang kedua ia juga perlu diperbetulkan. Sekiranya ingin melihat anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris, (dan sebenarnya kelihatan itulah punca utama kebimbangan kita), sudah tentu jawapannya ialah dengan meningkatkan pembelajaran dan pengajaran bahasa tersebut.

Salah satu kaedahnya ialah meningkatkan tempoh pengajaan Bahasa Inggeris dari 7 hingga ke 15 jam seminggu, menukar kaedah pedagogi Bahasa Inggeris, mengajar lebih banyak tatabahasa, memantapkan kemahiran komunikasi dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka yang berpendapat bahawa sains dan matematik lebih baik diajar dalam Bahasa Inggeris, sebenarnya tidak menyedari bahawa Sains dan Matematik bukanlah dipelajari dengan kaedah menghafal dan mengingati fakta. Ada sebahagian mereka yang berpandangan bahawa belajar sains dan matematik memerlukan pelajar menghafal terma-terma sains, rumus-rumus tertentu dan mengingati nama bahan-bahan kimia tertentu. Namun begitu, pandangan ini tidaklah benar.

Pembelajaran sains kini menekankan pengajaran pemahaman konsep dan proses sains tersebut dan di peringkat yang lebih tinggi, proses kognitif minda diperlukan untuk memahaminya dan penyampaian dengan lebih jelas dan berkesan tentang konsep tersebut. United States National Science Education Standards mentakrifkan, ‘literasi saintifik’ sebagai suatu keadaan yang dapat memperjelaskan konsep dan dimensi penyampaian kefahaman tentang sains itu sendiri.

Literasi saintifik dan keinginan untuk memahami sesuatu fenomena atau keadaan bermaksud para pelajar mampu memberi jawapan-jawapan yang dari persolan yang mereka ingin tahu berdasarkan pengalaman harian. Mereka sepatutnya mampu memahami sesuatu konsep sains, menerangkan fenomena alam dan menjelaskan kepada orang lain. Mampukah kanak-kanak seawal usia 7 tahun melakukan perkara ini? Bolehkah mereka kembali berfikir di dalam bahasa ibunda selepas tamat masa persekolahan di mana sepanjang hari mereka diajar dalam bahasa tersebut dalam sains dan matematik? Selain itu, bagaimana pula dengan kemampuan guru-guru dalam menyampaikan ilmu sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris? Bagaimana guru-guru ini akan dapat menyampaikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa kedua ini sekiranya mereka sendiri memahami sains dan matematik dalam bahasa ibunda?

Realitinya, untuk mencapai kecemerlangan dalam sains dan matematik sememangya agak sukar. Ia lebih sukar lagi sekiranya kedua-dua subjek tersebut diajar dalam bahasa yang bukan bahasa yang dekat di hati mereka. Banyak kajian telah dikemukakan menunjukkan bahawa peluang terbaik untuk pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik dalam sains dan matematik ialah apabila mereka belajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa apabila bahasa utama mereka tidak dimajukan, keupayaan mereka untuk berfikir secara matematik dan saintifik akan turut terjejas. Kelemahan ini semakin ketara apabila pelajar-pelajar luar bandar kelihatan bermasalah apabila cuba untuk memahami pengajaran sains dalam bahasa yang asing bagi mereka, dan mereka mesti bersaing dengan pelajar-pelajar dari bandar yang mempunyai banyak kelebihan. Selain itu, kebanyakan sekolah-sekolah dari luar bandar tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk kegunaan makmal dan sumber untuk pengajaran sains.

Pendapat peribadi saya sebagai saintis yang terlibat secara langsung dengan pelajar-pelajar baru dalam bidang Sains dan Matematik, sekiranya PPSMI diteruskan , kita bukan hanya tidak akan mencapai sasaran untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, malah pengajaran dan pembelajaran sains akan turut merudum. Dalam dunia kini, terdapat desakan terhadap pendidikan sains di negara-negara membangun dengan slogannya yang terkenal iaitu “keseronokan pembelajaran dan pengajaran sains” .

Namun, pengajaran menggunakan bahasa kedua sudah tentu akan menurunkan motivasi pelajar dalam bidang Sains dan Matematik. Ironinya, sasaran kita di Malaysia ialah untuk meningkatkan penyertaan warganya dalam bidang sains dan meningkatkan bilangan saintis atau penyelidik di kalangan populasi penduduk dengan nisbah 1 per 10,000. Ada sesetengah berpendapat sepatutnya kita menunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah untuk melihat kesan dari pelaksanaan PPSMI.

Namun kita semua sedar bahawa UPSR bukanlah penentu kecekapan berbahasa atau tahap kefahaman seseorang pelajar. Ini kerana peperiksaan, yang sedia kita maklum hanyalah pengulangan proses pembelajaran dan mengingat tentang apa yang dipelajari, namun tidak menguji tahap kecekapan berkomunikasi atau kemahiran berfikir.

Persoalan lain ialah, adakah sudah ada metodologi penyelidikan saintifik yang teratur yang dilakukan untuk mengkaji kesan PPSMI untuk lebih 6 tahun di peringkat sekolah. Kajian ini perlulah dilakukan secara saintifik dengan pengukuran hasil kajian akhirnya menggunakan teknik kualitatif dan kuantitatif bagi pelajar di akhir darjah 6, bagi memastikan polisi ini boleh terus dilaksanakan atau tidak. Jika ia telah dijalankan, kita semua patut melihat hasil kajian tersebut, dan akhirnya dapat berbincang dan mendebatkan hasil tersebut untuk penilaian. Jika ia belum dilaksanakan, masih belum terlambat untuk pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan PPSMI ini untuk melakukan penyelidikan dan mengenalpasti apa yang ibu bapa mahukan untuk anak-anak mereka.

Saya terkejut dengan nasihat dari pihak tertentu untuk tidak mempolitikkan isu PPSMI ini dan membiarkan kabinet untuk memutuskannya. (sehingga artikel ini diterjemah, Kabinet telah membuat keputusan memansuhkan PPSMI pada tahun 2012). Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa kabinet perlu mendengar pandangan ibubapa tentang perkara ini dan ia perlu dilakukan mengikut kaedah-kaedah kajian saintifik sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Banyak bukti-bukti menunjukkan bahawa, kaedah-kaedah pelaksanaan sesuatu dasar yang disertai dengan kajian mendalam dan saintifik lebih banyak diterima masyarakat umum dan lebih rasional penilaiannya dari orang ramai terhadap sesuatu dasar tersebut, berbanding sesuatu keputusan yang hanya dilakukan oleh seorang individu atas nama persetujuan kabinet atau kementerian.

Oleh yang demikian, sekiranya pihak berwajib atau sesiapa sahaja yang ikhlas dalam usaha untuk memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, berbaliklah semula kepada asas dan melihat semula kurikulum pengajian bahasa tersebut. Pihak sekolah, kementerian dan universiti seharusnya memikirkan dan menilai semula pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kurikulum mereka. Sekiranya terdapat kemungkinan masalah kekurangan guru untuk dalam subjek Bahasa Inggeris, kita sepatutnya mengambil guru-guru Bahasa Inggeris dari program American Field Services (AFS) yang telah mengajar bahasa ini di kawasan pedalaman sejak sekian lama. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media-media lain boleh berperanan dengan mengadakan lebih banyak program televisyen untuk kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris, terutamanya program-program berbentuk sains dengan 3 sarikata bahasa utama di dalam negara.

Dalam memperkatakan kedua isu ini, iaitu kecekapan berbahasa Inggeris dan pembangunan sains dan matematik di kalangan pelajar dalam negara, yang jelas melibatkan masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang, kita tidak boleh hanya membiarkan kuasa politik yang menentukannya. Sekali lagi ditegaskan,  setiap polisi yang ingin dilaksana perlu dikaji secara mendalam mengikut kaedah-kaedah saintifik yang berkesan. Semua yang terlibat dan kementerian-kementerian yang terbabit seharusnya mengadakan dialog yang terancang dan adil bagi memastikan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, seperti juga usaha untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Dan saya sekali lagi menegaskan bahawa, jelas bahawa kedua-duanya merupakan isu yang berbeza. Saya memuji usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk melihat dan mengkaji semula kedua-dua isu ini. Tidaklah salah untuk membuat keputusan menamatkan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ini sekiranya tiada keberkesanan melalui pelaksanaanya selepas dilakukan kajian secara mendalam.

Paling utama ialah, setiap keputusan dan tindakan yang diambil mestilah mengambil kira jurang yang wujud antara pelajar bandar dan luar bandar dalam pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik, dan juga keperluan meingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.


Nota:// Rencana asal ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan akhbar di News Straight Times pada 31/3/2009 di bawah tajuk 'Science and Math:Decide Only After a Proper Study. Pihak MajalahSains.Com mengambil inisiatif dengan memohon kebenaran penulis artikel (Prof Farida H.Shah) menterjemahkan kembali rencana ini ke Bahasa Melayu untuk diterbitkan di MajalahSains. Semoga bermanfaat!

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: budaya saintifikisu PPSMISaintis Melayu
ShareTweetShare
Previous Post

3 Saintis Berkongsi Hadiah Nobel Fizik 2009

Next Post

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 3

Editor

Editor

Related Posts

Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

2 weeks ago
Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71
Berita & Peristiwa

Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71

2 months ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

3 months ago
Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis
Berita & Peristiwa

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

4 months ago
Next Post
Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 3

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 3

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perubatan Jitu:Masa Depan Rawatan Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In