23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, October 14, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Program Sungai Angkat SK Sungai Rual Ke Arah Melestarikan Sungai

Info Program Kelestarian Alam

Saiful Bahari by Saiful Bahari
15/05/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Dr Nor Shahirul Umirah binti Idris
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

 

PROGRAM SUNGAI ANGKAT SK SUNGAI RUAL, JELI, KELANTAN KE ARAH MELESTARIKAN SUNGAI

Sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Namun begitu, masih ramai antara kita yang melupakan akan kepentingan sungai dan ini telah menyebabkan kemusnahan yang serius. Di Malaysia, sebanyak 5 % daripada lembangan sungai telah dikategorikan sebagai tercemar teruk, manakala 42 % adalah sungai tercemar dan hanya 53 % sahaja yang dikelaskan sebagai sungai bersih. Ini berikutan masih kurangnya pendidikan dan kesedaran orang ramai tentang kelestarian sungai dan bagaimana menguruskan sungai bagi memastikan kualiti air sungai adalah terjamin.

Dana Penjagaan Sungai Kebangsaan merupakan inisiatif yang ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Global Environment Centre (GEC) berperanan menyokong organisasi tempatan dan pertubuhan tidak berkepentingan untuk meneruskan aktiviti / projek mereka bagi memastikan sungai terus terpelihara.  GEC percaya inisiatif yang mereka wujudkan ini dapat memberikan motivasi kepada komuniti supaya menjadi masyarakat yang lebih prihatin disamping menyediakan platform kerjasama di antara kerajaan, korporat dan orang ramai.

Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli telah terpilih dalam menjayakan inisiatif yang diwujudkan oleh GEC ini. Program Sungai Angkat melibatkan penyertaan dari pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan di mana 100 % pelajar di sekolah ini adalah terdiri daripada orang asli. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan direncanakan dengan tujuan utama mendidik para pelajar mengenai pentingnya memulihara sungai daripada tercemar. Sungai yang terpilih dalam program ini adalah Sungai Rual,  iaitu sungai utama dan menjadi sumber air bagi penduduk di sekitarnya.

Setiap aktiviti yang dirancang adalah mengikut tahap penerimaan pelajar di SK Sungai Rual, ini adalah kerana pelajar di sekolah ini adalah merupakan komuniti orang asli yang tingal berdekatan. Oleh yang demikian, aktiviti yang disusun adalah lebih santai dan berkonsepkan permainan. Antara aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya adalah “Hari Pendidikan Alam Sekitar”, penubuhan pusat pembelajaran berkonsepkan cintai sungai kita dan gotong royong membersihkan sungai yang melibatkan penyertaan dari pelajar SK Sungai Rual dan komuniti orang asli di perkampungan Sungai Rual.

Hari Pendidikan Alam Sekitar adalah merupakan aktiviti pertama yang dijalankan di bawah program Sungai Angkat. Aktiviti ini  adalah merupakan kerjasama antara Kelab Sinergi Lestari, Fakulti Sains Bumi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dan Kepujian (Seni Halus), Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan serta “Sustainable Initiative Unit”, Fakulti Sains Bumi, UMK. Objektif utama aktiviti ini adalah mendidik pelajar SK Sungai Rual mencintai sungai secara santai dan lebih bersifat mudah difahami. Terlebih dahulu pelajar sasaran didedahkan mengenai punca-punca yang menyebabkan sungai tercemar dan langkah yang perlu diambil bagi memulihara sungai daripada tercemar. Pendekatan yang digunakan bukanlah pelajar diberikan syarahan ataupun ceramah, sebaliknya aktiviti permainan yang lebih berkesan dan pelajar sasaran lebih cepat memahami apa yang cuba disampaikan.

Melalui program Sungai Angkat ini juga, pusat pembelajaran berkonsepkan cintai sungai kita telah ditubuhkan di SK Sungai Rual. Selain buku ilmiah, pusat pembelajaran ini juga dilengkapi dengan buku serta permainan berkonsepkan alam sekitar. Program ini berlangsung selama 7 bulan bermula Oktober 2019 sehingga April 2020, serentak dengan pemantauan Sungai Rual secara berkala bagi melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Seramai 15 orang pelajar telah terpilih untuk turut serta semasa proses pemantauan sungai. Pemantauan sungai adalah secara in-situ, iaitu menggunakan YSI Multiparameter untuk merekod bacaan parameter fizikal dan kimia kualiti air.  Sewaktu sesi pemantauan kualiti air dilakukan di Sungai Rual, pelajar sasaran diberikan pendedahan mengenai bacaan-bacaan parameter kualiti air yang boleh dikategorikan sebagai tidak selamat.

Program Sungai Angkat diakhiri dengan aktiviti gotong royong membersihkan Sungai Rual secara besar-besaran melibatkan pelajar sasaran bersama komuniti orang asli di perkampungan Sungai Rual. Dianggarkan kira-kira 100 orang komuniti orang asli turut serta melakukan gotong royong membersihkan sungai tersebut. Diharapkan penganjuran aktiviti seperti ini dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya memulihara sungai daripada tercemar. Program Sungai Angkat dianggap telah berjaya dan objektif program telah tercapai berikutan penglibatan komuniti orang asli bersama-sama membersihkan sungai. Walaupun Sungai Rual dikategorikan sebagai sungai yang tidak tercemar berdasarkan keputusan analisis kualiti air, diharapkan program ini dapat mendidik masyarakat setempat kepentingan memelihara dan memulihara sungai untuk generasi akan datang.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan antara aktiviti Program Sungai Angkat.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Nor Shahirul Umirah binti IdrisFakulti Sains BumiInfo Program Kelestarian AlamSungai RualUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Kepentingan Memahami Struktur Protein Dalam Memerangi Dan Mengawal Sesuatu Wabak

Next Post

Jangkitan Parasit Pada Haiwan Kesayangan, Risikonya Terhadap Manusia Dan Langkah Pencegahan Yang Dianjurkan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Hubungan Kaedah Green dengan Supersimetri Kuantum #MudahnyaBacaJurnal
Berita & Peristiwa

Hubungan Kaedah Green dengan Supersimetri Kuantum #MudahnyaBacaJurnal

13 hours ago
Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman
Berita & Peristiwa

Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman

19 hours ago
Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik
Berita & Peristiwa

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

3 days ago
Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik
Berita & Peristiwa

Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik

5 days ago
Next Post
Jangkitan Parasit Pada Haiwan Kesayangan, Risikonya Terhadap Manusia Dan Langkah Pencegahan Yang Dianjurkan

Jangkitan Parasit Pada Haiwan Kesayangan, Risikonya Terhadap Manusia Dan Langkah Pencegahan Yang Dianjurkan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In