23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Rawatan Kesuburan : Kesaksamaan Dalam Menanggung Beban IVF

Info Rawatan Kesuburan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
09/11/2019
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

6 November 2019

RAWATAN KESUBURAN: KESAKSAMAAN DALAM MENANGGUNG BEBAN IVF

Pusat Kesuburan Sunway memperkasa kesaksamaan dalam penanggungan rawatan IVF sesama suami dan isteri

Petaling Jaya: Data Pusat Kesuburan Sunway menunjukkan bahawa faktor lelaki dan wanita adalah sama dalam menyumbang kepada masalah kegagalan suami isteri untuk hamil.

Menurut kajian pesakit Pusat Kesuburan Sunway, ketidaksuburan lelaki menyumbang kepada kegagalan pasangan untuk hamil adalan 33.33%, wanita 33.33% dan faktor selebihnya 33.33% tidak diketahui.

“Ini menunjukkan bahawa beban masalah kesuburan adalah sama antara lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, di Malaysia dan kebanyakan negara Asia, topik kesuburan sentiasa berpaksi kepada golongan wanita,” kata Pakar Sakit Puan dan Kesuburan Sunway Dr. Hoo Mei Lin.

Pakar Sakit Puan dan Kesuburan Sunway Dr. Hoo Mei Lin

Setelah merawat wanita selama hampir dua dekad sekarang, beliau memerhatikan bahawa wanita biasanya berusaha mencari rawatan kesuburan lebih daripada suami mereka dan “beban kemandulan sering dirasakan oleh kalangan wanita lebih daripada lelaki. Ini adalah bertentangan dengan statistik perubatan yang menunjukkan faktor lelaki dan wanita adalah sama dalam menangani masalah ini”.

Dr Hoo menerangkan bahawa masalah kemandulan wanita sering disebabkan oleh kegagalan untuk mengovulasi. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, yang paling umum ialah sindrom ovari polikistik (PCOS), faktor berkaitan usia yang membawa kepada kadar ovari yang berkurangan dan gangguan endokrin yang membawa kepada gangguan hormon.

“Apabila seseorang wanita itu tidak berovulasi, maka tidak ada telur untuk disenyawakan dan lazimnya wanita itu akan diberi rawatan seperti ubat kesuburan dan hormon untuk meningkatkan ovulasi serta pembedahan jika terdapat penyumbatan pada tiub fallopian.

“Berlainan dengan masalah kesuburan lelaki yang biasanya melibatkan ujian fizikal dan air mani sahaja, diagnosis kesuburan wanita boleh memakan masa yang lebih lama kerana ia melibatkan pemeriksaan sejarah perubatan pesakit, menganalisis kitaran ovulasi, ujian fizikal, ukuran tahap hormon dan sebagainya”, kata Dr Hoo.

 

Isu Ketidaksuburan Lelaki Memberi Kesan Negatif Kepada Rawatan IVF

“Walaupun statistik masalah kesuburan lelaki adalah sama seperti kesuburan wanita, tahap kesedaran masalah ini masih rendah di Malaysia”, kata ketua Pusat Kesuburan Sunway,” Dr Kannapan Palaniappan yang menambah bahawa seringkali masalah ketidaksuburan lelaki berpunca daripada isu pengeluaran sperma dan penghantaran sperma.

Ketua Pusat Kesuburan Sunway Dr Kannapan Palaniappan

Beliau menjelaskan bahawa masalah ketidaksuburan lelaki biasanya berlaku disebabkan oleh sperma yang luar biasa (abnormal) – jangka hayat pendek dan / atau mobiliti rendah, jumlah bilangan sperma yang tidak mencukupi serta masalah dengan ejakulasi. Penyebab masalah-masalah ini selalunya tidak dapat dikenal pasti.

Oleh itu, jika faktor lelaki dikenal pasti sebagai sebab pasangan tidak dapat hamil, pakar kesuburan sering menyarankan pasangan yang terbabit untuk menjalani bantuan teknologi pembiakan seperti persenyawaan in vitro (IVF).

“Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan sperma suami adalah angat rendah, tidak bergerak dengan lancar atau mengalami kerosakan DNA yang tinggi, hasil IVF juga akan tergugat.

“Dalam kes sedemikian, kami perlu menjalankan proses pemilihan sperma yang sihat secara manual dan kemudian menyuntikkan sperma tersebut ke bahagian pusat telur si isteri. Proses ini dipanggil kaedah Suntikan Sperma Morfologi Intracytoplasma (IMSI). Ia dijalankan oleh pakar embriologi dengan menggunakan mikroskop yang 8,000 kali lebih berkuasa daripada biasa untuk mengesan kecacatan kecil di bahagian kepala sperma yang tidak boleh dikesan melalui cara suntikan Intracytoplasma yang biasa,” katanya.

 

Kaedah Yang Kurang Invasif Menjana Hasil Yang Lebih Baik

Tidak semua embrio mempunyai potensi penempelan. Menurut pakar embriologi kanan Pusat Kesuburan Sunway Yee Siew Yin, embrio dengan jumlah kromosom yang abnormal boleh menjejaskan proses penempelan.

“Oleh itu apabila memantau perkembangan embrio, teknologi yang lebih moden yang kurang invasif boleh meningkatkan kadar kejayaan penempelan”.

pakar embriologi kanan Pusat Kesuburan Sunway Yee Siew Yin

“Teknologi pengimejan terkini yang kami gunakan mampu mengumpul imej yang berkualiti tinggi dan memantau perkembangan embrio dalam masa nyata. Dengan ini, kami tidak perlu lagi mengeluarkan embrio daripada inkubator setiap kali kami memantau perkembangannya,” katanya sambil menambah bahawa teknik ini membolehkan pakar embrilogi memerhatikan tahap-tahap perkembangan embrio yang penting dan membantu mereka mengenal pasti embrio yang sihat dan berkebarangkalian yang lebih tinggi untuk membolehkan si isteri hamil dengan jayanya.

 

Meningkatkan Saluran Rawatan Kesuburan Komuniti

Sejajar dengan pengumuman belanjawan Malaysia 2020 baru-baru ini yang membolehkan pengeluaran KWSP dan pengecualian cukai untuk rawatan kesuburan, Pusat Kesuburan Sunway ingin mewujudkan lebih banyak saluran ilmu dan rawatan mengenai topik kesuburan di kawasan Lembah Klang.

“Tahap kesedaran kesuburan lelaki masih rendah dan seperti dijelaskan oleh pakar kesuburan kami, kualiti sperma boleh menjejaskan kejayaan penempelan embrio.

“Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan kumpulan pakar kesuburan kami untuk menganjurkan forum-forum awam mengenai topik kesuburan secara percuma. Kami juga akan melakukan kesuburan secara percuma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesuburan Sunway, Woon Ming Ming sambil menambah bahawa Pusat Kesuburan Sunway juga akan memberi diskaun IVF khas seperti pakej IVF yang terdiri daripada prosedur makmal dan pakar, perundingan dan ubat serendah RM13,999.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kesuburan Sunway, Woon Ming Ming

 

Pusat Kesuburan Sunway juga akan memperluaskan liputannya ke Pusat Pakar Sunway Damansara di Kota Damansara dan Pusat Perubatan Sunway Velocity di Cheras selain Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway. Dengan perkembangan yang sama, Pusat Kesuburan Sunway menyambut dua pakar kesuburan baru – Dr Farah Azura Ab Rahman dan Dr Hoo Mei Lin.

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi Cynthia Lee at +60 19 370 7200 atau emel cynthia@ceritastrategies.com.my

 

Kredit Foto : shutterstock

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Info Rawatan KesuburanIVFmasalah kesuburanPusat Kesuburan Sunway
ShareTweetShare
Previous Post

Penerima Anugerah 2020 Breakthrough Prize in Mathematics

Next Post

Rahsia Letupan Tindakbalas Liar Logam Natrium dan Air Terungkap

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Potensi Nematod Sebagai Kawalan Serangan Kumbang Palma Merah
Alam Semulajadi

Potensi Nematod Sebagai Kawalan Serangan Kumbang Palma Merah

14 hours ago
Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

2 days ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

2 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Rahsia Letupan Tindakbalas Liar Logam Natrium dan Air Terungkap

Rahsia Letupan Tindakbalas Liar Logam Natrium dan Air Terungkap

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In