23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Risiko Mendaki: Tingkat Kesedaran Elak Kemalangan

Risiko Mendaki: Tingkat Kesedaran Elak Kemalangan

Editor by Editor
07/02/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis :
Nurfarhana Khairi (Pelajar Siswazah),

Gs. Dr. Azita Ahmad Zawawi
Pensyarah Kanan, Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia

 

Mendaki gunung: Risiko persekitaran dan risiko manusia

Aktiviti mendaki bukit atau gunung merupakan salah satu aktiviti riadah yang kini menjadi tren semasa. Selain keindahan lanskap, minat dan keperluan psikologi, kepelbagaian kualiti sumber rekreasi, serta kemudahsampaian memberi pengaruh besar terhadap perkembangan aktiviti pendakian gunung di Malaysia.  Bukit-bukau dan kawasan pendakian berhampiran bandar, dan mempunyai aksesibiliti yang mudah semestinya menjadi tarikan kepada pendaki. Sesuatu pendakian yang dilakukan secara berhemah dengan perancangan teliti seharusnya mendatangkan manfaat, namun semakin meningkat populariti aktiviti ini, semakin kerap pula kedengaran insiden serta kemalangan berkaitan aktiviti pendakian.

Setiap aktiviti pendakian mendedahkan peserta kepada risiko, tidak kira seberapa berpengalaman anda dalam aktiviti tersebut. Tahukah anda bahawa kebanyakan insiden ‘malang’ yang berlaku semasa aktiviti pendakian gunung adalah berpunca daripada kurangnya kesedaran pendaki sendiri? Kajian oleh Goldenberg dan Martin (2007) menekankan tentang dua faktor utama risiko iaitu faktor persekitaran dan faktor manusia. Tahukah anda bahawa antara kedua faktor ini, faktor manusia memberi pengaruh yang lebih tinggi terhadap terjadinya sesuatu kemalangan? Tahukah anda bahawa risiko insiden bagi pendakian ‘balik-hari’ (day trip) adalah lebih tinggi berbanding ekspedisi jangka panjang (multi-day hikes)?

Dalam konteks ini, faktor persekitaran merujuk kepada elemen cuaca, persekitaran yang agak asing, bencana alam dan haiwan berbisa, manakala faktor manusia boleh dihuraikan melalui i) tahap pengetahuan, kesedaran dan pengalaman pendaki, ii) etika dan amalan pendakian serta iii) persediaan (fizikal dan peralatan). Pengetahuan tentang kawasan pendakian merangkumi status kawasan, jenis struktur muka bumi, sejarah insiden lampau, dan juga risiko sedia ada perlu diberi penekanan.

Bukit Tabur dan kekerapan insiden kemalangan–apa puncanya?

Salah satu lokasi pendakian yang menawarkan kemudahan aksesibiliti dan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur adalah Bukit Tabur, yang terletak di Taman Melawati.  Kawasan yang dicirikan oleh rabung batu kapur ini merupakan antara permatang kuarza tertua di dunia dan diakui menawarkan pengalaman bermakna kepada pendaki. Dari segi pentadbiran, sejak tahun 2016 sehingga kini, laluan pendakian di Bukit Tabur telah ditutup atas arahan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, masih terdapat golongan pendaki yang melanggar arahan pihak pentadbir kawasan, dan sehingga kini insiden kemalangan terus direkodkan di laluan pendakian ini.

Pada tahun 2020, sebuah kajian tentang tahap pengetahuan dan kesedaran pendaki terhadap risiko pendakian di Bukit Tabur telah dijalankan. Melalui kajian ini, didapati secara amnya tahap kesedaran pendaki bagi kesiapsiagaan keselamatan adalah tinggi, namun penilaian keseluruhan menunjukkan bahawa daripada 468 orang responden, hanya 50 – 60% pendaki yang mempunyai pengetahuan yang tepat tentang kawasan pendakian ini. Data ini menyokong pernyataan bahawa faktor manusia memberi sumbangan yang lebih besar kepada insiden kemalangan di kawasan pendakian.

Melalui kajian ini, komponen yang terlibat bagi menilai tahap pengetahuan pendaki merangkumi pengetahuan mengenai keadaan topografi, cuaca, struktur vegetasi, dan aksesibiliti serta keadaan jalur pendakian. Bagi elemen kecerunan, kesukaran denai, struktur vegetasi dan aksesibiliti, penilaian purata menunjukkan hanya 55% pendaki memberi jawapan yang tepat. Pengetahuan tentang keadaan tanah menunjukkan tahap paling rendah dengan hanya 38.5% responden memberi jawapan yang tepat. Maklumat yang tidak tepat tentang struktur tanah di kawasan pendakian akan menyebabkan pemilihan kasut dan peralatan pendakian yang tidak sesuai dan seterusnya mendatangkan risiko yang lebih tinggi kepada pendaki.

Selain itu seramai 44.4% pendaki juga menyatakan bahawa tahap kesukaran atau cabaran denai pendakian Bukit Tabur adalah rendah. Pandangan pendaki tentang tahap cabaran pendakian secara langsung mempengaruh persediaan mereka. Mason et al. (2013) menyatakan kategori pendaki sebegini akan melakukan ‘kesilapan’ dalam persediaan kerana menganggap laluan pendakian mempunyai risiko yang rendah, lalu mengambil mudah beberapa perkara penting seperti tidak membawa peralatan sokongan dan alat bantuan kecemasan. Bentley dan Page (2008), serta Heggie dan Heggie (2012) dalam kajian mereka merumuskan bahawa kumpulan pendaki ini dianggap terlalu memandang tinggi kemampuan fizikal mereka dan pada masa yang sama memandang remeh cabaran pendakian yang kemudiannya akan membawa kepada kecederaan.

Selain itu, disebabkan kemudahan aksesibiliti, sebilangan besar pendaki menyatakan tiada keperluan menggunakan perkhidmatan malim gunung, apatah lagi membuat laporan masuk di balai polis berhampiran. Pendaki perlu mempunyai kesedaran bahawa pendakian singkat di kawasan berkecerunan tinggi dengan struktur topografi yang dinamik boleh menjadi lebih mencabar berbanding pendakian yang panjang di kawasan lebih rata. Dalam banyak keadaan, ukuran jarak tidak boleh dijadikan penanda aras risiko.

Hubung-kait antara pengalaman dan tahap kesedaran pendaki

Penilaian yang dijalankan oleh Nurfarhana (2020) juga menunjukkan bahawa pengalaman serta tahap pendidikan tidak mempengaruhi kesedaran dan amalan kesiap-siagaan keselamatan seseorang pendaki. Keputusan ini disokong oleh Eagly dan Chaiken (1993) yang menyatakan bahawa konsistensi tingkah laku seseorang adalah hasil daripada pembentukan personaliti dan dorongan motivasi.

Pendakian selamat bermula dari kesedaran.

Antara langkah kawalan risiko yang boleh dilakukan oleh pendaki adalah meningkatkan pengetahuan tentang kawasan pendakian dan juga menggunakan perkhidmatan malim gunung yang berdaftar.  Pendaki yang bijak seharusnya mempunyai pemahaman jelas tentang kategori dan tahap risiko sesebuah aktiviti atau lokasi, supaya pendakian yang dilakukan tidak menjadi sia-sia. Kesimpulannya, dalam mencari kepuasan pengembaraan, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan. Tidak dinafikan aktiviti lasak ini sememangnya mendedahkan pendaki kepada pelbagai risiko namun dengan adanya kesedaran, pengetahuan dan rasa tanggungjawab, kawalan risiko dapat dilakukan. Dalam aspek ini, pengetahuan tentang lokasi pendakian, status kawasan, dan tatacara pendakian selamat perlu diberi keutamaan.

Ayuh para pendaki – Sedari kelemahan, tingkatkan pengetahuan dan utamakan keselamatan. Pendaki cermat, ekspedisi selamat.

Laluan denai Bukit Tabur telah di tutup sejak tahun 2016.

Risiko persekitaran di sepanjang laluan pendakian di Bukit Tabur
Mendaki di kawasan bercerun tinggi semestinya mendedahkan pendaki kepada pelbagai risiko

Rujukan:

Bentley, T. A., & Page, S. J. (2008). Scoping the extent of adventure tourism accidents. Annals of Tourism Research, 28(3), 705-726.

Eagly, A. H., & Chaiken, S. (1993). The psychology of attitudes. Wadsworth Cengage Learning.

Goldenberg, M. and Martin, B. (2008). Hiking and backpacking. Champaign, Il. Human Kinetics

Heggie, T. W., & Heggie, T. M. (2004). Viewing lava safely: an epidemiology of hiker injury and illness in Hawaii Volcanoes National Park. Wilderness & Environmental Medicine, 15(2), 77-81.

Mason, R. C., Suner, S., & Williams, K. A. (2013). An analysis of hiker preparedness: A survey of hiker habits in New Hampshire. Wilderness & Environmental Medicine, 24(3), 221-227.

Nurfarhana, K., (2020). Hikers’ awareness of risk and safety: The case of Bukit Tabur. Bachelor Thesis. Universiti Putra Malaysia

 

ARTIKEL LAIN DAR PENULIS
Aplikasi Geospatial Dalam Sektor Perhutanan: Lebih dari Sekadar Fungsi Pemetaan

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Bukit Taburmendaki gunungrekreasiriadah
ShareTweetShare
Previous Post

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

Next Post

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

4 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In