Saintis Paling Tua di Australia dibenarkan Bertugas

Saintis tertua di Australia, Dr. David Goodall yang berusia 102 tahun berjaya dalam tuntutannya untuk dibenarkan bertugas semula di pejabatnya di Universiti Edith Cowan (ECU), Barat Australia.

Sebelum ini pihak universiti mengarahkan Goodall bertugas di rumahnya bermula tahun depan selepas kehadirannya di universiti itu menimbulkan kebimbangan tentang keselamatannya.

ec
Mercu tanda Edith Cowan University, Perth Australia

Namun, pihak universiti memutuskan Goodall boleh meneruskan tugasnya di universiti tersebut selepas mengesahkan telah memperoleh pejabat yang lebih selesa dan berdekatan de­ngan rumah saintis berkenaan.

“Kami gembira berjaya mencari jalan penyelesaian untuk Goodall terus bertugas di Ibu pejabat ECU,” kata Naib Canselor ECU, Steve Chapman.

Saintis berkenaan telah menghasilkan lebih 100 kertas kerja dalam bidang ekologi sepanjang 70 tahun perkhidmatannya dan kini bertugas tanpa gaji sebagai penyelidik kehormat bersekutu.

Menurut laporan portal BBC, pada Ogos lalu, Goodall di­arahkan oleh pihak universiti untuk meninggalkan pejabatnya selepas kakitangan universiti mela­hirkan kebimbangan tentang keselamatannya.

Tindakan itu mengecewakan Goodall yang baru-baru ini terpaksa berhenti dari kegiatan tea­ter yang turut menjadi minatnya, akibat masalah penglihatan yang semakin kabur dan menyukarkan beliau untuk memandu.

“Saya berharap dapat terus bekerja,” katanya.

Sumber – ABC.net.au

Berikan Komen Anda Di Sini

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.