23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, March 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Siwak Bukan Sekadar Sunnah

Mudahnya Baca Jurnal

Saiful Bahari by Saiful Bahari
21/08/2018
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Siwak, bukan sekadar sunnah

Oleh : Dr Nadia Halib

Universiti Sains Islam Malaysia

Pengarang Koresponden : Dr Nadia Halib

Nota : [Berikut merupakan ringkasan jurnal oleh Nabilah Bt Nuairy, Haslinda Ramli, Ishak Ahmad, Norinsan Kamil Othman, Salihatun Md Salleh, Saiful Bahari Bakarudin dan penulis sendiri berjudul ‘ Preliminary Assessment of Salvadora Persica Whitening Effects on Extracted Stained Teeth’ yang diterbitkan oleh Journal of Applied Pharmaceutical Science  7 (12) : 121-125 pada tahun 2017].

Penampilan peribadi seseorang individu menjadi keutamaan masyarakat kini, termasuklah aspek astetik dan penjagaan gigi. Justeru bagi memiliki gigi yang bersih dan putih, permintaan terhadap produk-produk penjagaan gigi semakin meningkat. Bagi memenuhi kehendak pengguna, pengeluar produk secara berterusan membangunkan formula sesuai yang mampu membersih dan memutihkan gigi.

Dalam aktiviti seharian, keadaan gigi yang putih boleh mengalami perubahan warna kekuningan akibat pengambilan minuman seperti kopi dan teh kerana kedua nya mengandungi tannin (sebatian tumbuhan keperangan yang memberi rasa pahit) (Watts and Addy, 2001; Joiner, 2006). Perubahan warna kekuningan pada permukaan gigi boleh dibersihkan dengan beberapa kaedah termasuklah penggunaan ubat gigi pemutih dan beberapa rawatan professional oleh doktor pergigian seperti pelunturan menggunakan hidrogen peroksida, penggunaan laser dan juga radikal bebas bagi menguraikan pigmen kotoran (Sarrett, 2002). Terdapat banyak keluaran ubat gigi pemutih di pasaran. Selain kandungan biasa, ubat gigi pemutih mengandungi bahan penggilap pada peratusan yang lebih tinggi. Bahan penggilap yang biasa digunakan termasuklah mineral silika dan kalsium karbonat (Joiner, 2010). Mineral dalam bentuk kristal  tersebut bersifat menghakis yang membersihkan kotoran pada pemukaan gigi secara mekanikal.

 

Imej SEM keratan rentas Salvadora Persica
Imej SEM keratan sisi Salvadora Persica

Di sesetengah negara, masyarakatnya tidak menggunakan berus gigi sebaliknya menggunakan tumbuhan untuk tujuan membersihkan gigi. Antara tumbuhan semulajadi yang telah digunakan sebagai “berus gigi” sejak berabad-abad lamanya ialah Salvadora persica atau lebih dikenali sebagai kayu arak atau kayu siwak. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa kayu siwak mengandungi pelbagai bahan organik yang memberi manfaat kepada kesihatan oral. Kandungan sulfur, klorida dan florida nya bersifat anti-bakteria yang membantu mencegah penyakit berkaitan gusi (Al-Lafi and Ababneh, 1995; Almas et al. 1997). Namun begitu, keberkesanan kayu siwak sebagai bahan atau agen pemutih gigi belum dijalankan secara terperinci. Setakat ini, penyelidikan awal terhadap potensi tersebut menemui mineral-mineral kayu siwak dalam bentuk kristal pelbagai saiz, menyokong keberkesanannya sebagai bahan semulajadi yang setara dengan ubat gigi moden bagi membersih dan memutihkan gigi.

 

Rujukan :

Al-Lafi T and Ababneh H. The effect of the extract of the miswak (chewing sticks) used in Jordan and the Middle East on oral bacteria. Int Dent J, 1995; 45: 218–22.

Almas K, Al-Bagieh N, Akpata ES. In vitro antibacterial effect of freshly cut and 1-month-old miswak extracts. Biomed Lett, 1997; 56: 145–149.

Joiner A. The bleaching of teeth: a review of the literature. Journal of Dentistry, 2006; 34:412–9.

Joiner A. Whitening toothpastes: A review of the literature. Journal of Dentistry, 2010; 38(Suppl): e17 – e24.

Sarrett DC. Tooth whitening today. J Am Dent Assoc, 2002; 133: 1535–8.

Watts A and Addy M. Tooth Discolouration and Staining: A Review Of The Literature. Br. Dent. J., 2001; 190(6): 309–16.

Kredit Foto – virtualdentalmuseum.org

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

10 Soalan Untuk Saintis Malaysia: Dr. Airil Yasreen Mohd Yassin

Next Post

Membesarkan Anak Sindrom Down

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik
Berita & Peristiwa

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik

2 days ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

2 days ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

4 days ago
Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

4 days ago
Next Post
Membesarkan Anak Sindrom Down

Membesarkan Anak Sindrom Down

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In