23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknologi Hijau- Rawatan Air Sisa Toksik Perindustrian MenggunakanTumbuhan Tempatan

Teknologi Hijau- Rawatan Air Sisa Toksik Perindustrian MenggunakanTumbuhan Tempatan

Editor by Editor
17/02/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Kimia, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Ir. Mai Zainatun Nufus² & Prof Ir.Dr. Siti Rozaimah Sheikh Abdullah²
¹Pelajar PhD Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM
²Pensyarah dan Penyelidik Jabatan Kejuruteraan Kimia & Proses, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM
Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan (CESPRO)

Tidak dapat dinafikan kemajuan dan perkembangan sektor industri negara akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Namun, ia lebih bererti kepada kita semua apabila impak terhadap alam sekitar dapat diatasi dengan lebih awal dan efektif. Ini kerana dalam jangka masa panjang, kemerosotan kualiti alam sekitar akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Pelepasan air sisa perindustrian tanpa diolah ke dalam sumber air akan mencemarkan sungai dan persekitaran. Pelajar pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ir. Mai Zainatun Nufus berkata antara punca penurunan kualiti air adalah dari aktiviti perindustrian yang lazimnya menggunakan bahan mentah bertoksik seperti pewarna sintetik, pelarut dan reagen berkepekatan tinggi. Oleh itu, adalah amat penting agar pihak industri membuat pilihan yang tepat bagi bahan mentah yang akan diproses demi memelihara alam sekitar yang bersih dan selamat.

Beliau yang telah melawat ke salah sebuah pusat pembuatan kimono di negara Jepun baru-baru ini mendapati kebanyakan pengusaha fabrik di negara tersebut menggunakan pewarna fabrik berasaskan tumbuh-tumbuhan di samping mempunyai sistem pengolahan air sisa yang cekap dan pusat-pusat kitar semula bagi pembuangan bekas atau sisa pewarna.

Foto 1 : Penulis melawat pusat pembuatan kimono di Kyoto, Jepun.
Foto 2 : Penulis dan rakan penyelidik lain mencuba teknik Kyo-Yuzen untuk mewarna fabrik kimono.

Sistem pengolahan air sisa industri diperlukan bagi menyingkirkan bahan toksik sebelum air sisa tersebut dilepaskan ke saliran awam atau badan air yang berhampiran. Walau bagaimanapun, kos pemasangan dan operasi sistem pengolahan tersebut adalah agak tinggi. Justeru, para penyelidik kini giat mengkaji teknologi alternatif seperti fitoremediasi, satu teknologi mengguna pakai tumbuhan dengan dibantu oleh mikrob pada zon akar tumbuhan, yang bukan sahaja mudah dilaksanakan malah lebih murah. Baru-baru ini, para penyelidik turut melahirkan rasa bersyukur apabila YAB PM telah mengumumkan akan memperkasakan program penyelidikan dan teknologi hijau dengan memanfaatkan hasil cukai karbon semasa pembentangan Belanjawan 2025.

Menurut Prof. Ir. Dr. Siti Rozaimah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM, teknologi fitoremediasi atau fitoteknologi merupakan satu kaedah menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk menyingkirkan bahan toksik yang terdapat dalam air. Tumbuhan dengan kerjasama mikroorganisme (kulat, yis, bakteria) yang hidup pada persekitaran akar tumbuhan dapat mencerna pencemar dan mengubahkannya ke dalam bentuk yang lebih mudah dan tidak bertoksik, dan boleh digunakan sebagai sumber pertumbuhan tumbuhan. Dalam kes logam berat yang tidak boleh didegrasi, tumbuhan dengan bantuan mikrob dapat menstabilkan kehadiran logam pada zon akar atau mengubah ke dalam bentuk yang tidak toksik dan seterusnya menompok ke dalam bahagian akar, batang atau daun. Melalui mekanisme yang dinyatakan ini (Rajah 1), persekitaran tercemar samada dalam medium air atau tanah akan bebas dari unsur pencemar, dan seterusnya sumber air bersih dapat dikekalkan serta pemulihan dan penggunaan tanah bagi sektor pertanian dapat diteruskan.

Foto 3- Prof Ir. Dr. Siti Rozaimah dari Fakulti Kejurteraan dan Alam Bina, UKM

Malaysia merupakan sebuah negara tropika yang kaya dengan khazanah tumbuhan yang belum diterokai sepenuhnya tentang kemampuan mereka dalam merawat, menyingkir, mengurai, mengubah atau menompok pencemar. Putrajaya yang dibangunkan berdasarkan konsep tanah bencah olahan (constructed wetlands) merupakan satu model yang baik bagi membuktikan kemampuan tumbuhan tempatan merawat air sehingga terhasilnya air yang bersih di Tasik Putrajaya. Sudah ada penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik tempatan untuk menentukan potensi tumbuhan akuatik emergen dan terapung tempatan seperti tumbuhan menderong (Scirpus grossus), colok cina (Typa angustifollia), rumput gedabong (Phragmatis karka), purun (Lepironia articulata), lakum air (Ludwigia octavalvis), keladi bunting (Eichhornia crassipes), kiambang itik (Azolla pinnata dan Lemna minor), kiambang air (Pistia stratiotes). Rajah 2 menunjukkan beberapa gambar tumbuhan tempatan yang telah diselidik mampu menyingkir pencemar hidrokarbon, logam berat, mikroplastik, air sisa tekstil / batik, air sisa kumbahan, larut resap, air sisa akuakultur dan efluen sawit. Akar tumbuh-tumbuhan dan sistem vaskular tumbuhan tersebut berupaya menjerap bahan toksik dan melaksanakan mekanisme penyahtoksikan seperti pengekstrakan, penstabilan, penompokan, translokasi, penguraian, perkumuhan atau pemeruapan. Secara umum, fitoteknologi sudah lama diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, negara Eropah, Jepun dan China dan telah terbukti keberkesanannya. Ia merupakan kaedah alternatif yang berpotensi tinggi untuk dikaji lebih lanjut dan diperluaskan kegunaannya di dalam negara ini yang amat kaya dengan tumbuhan hijau.

Rajah 1-Mekanisme tumbuhan merawat pencemar

Rajah 2- Tumbuhan tempatan yang berpotensi sebagai tumbuhan perawat
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: CESPROFKABJKKPMai Zainatun Nufusrawatan airSisa Toksik PerindustrianSiti Rozaimah Sheikh AbdullahTeknologi Hijauteknologi hijau tumbuhan trempatan
ShareTweetShare
Previous Post

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Center of Technology (C-Tech), Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh

Next Post

Mikrob dalam Pertanian Lestari

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

17 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Mikrob dalam Pertanian Lestari

Mikrob dalam Pertanian Lestari

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In