23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Center of Technology (C-Tech), Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Center of Technology (C-Tech), Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh

Editor by Editor
17/02/2025
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Dr. Siti Munirah Mohd¹ & Amirul Asyraf Mohamad Zhahir²
¹Education & Advance Sustainability (EdAS), Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia.
²Pelajar Ph.D, Fakulti Sains & Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia

Pada 16 Januari 2025, pasukan penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Dr. Siti Munirah Mohd (KPI, USIM), bersama ahli kumpulan penyelidik lain, Dr. Mohd Ilias M Shuhud (FST, USIM), Dr. Nurhidaya Mohamad Jan (KPI, USIM) dan Dr. Shafinah Kamarudin (UPM) bersama pelajar Ph.D ketua penyelidik, Amirul Asyraf Zhahir (FST, USIM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Center of Technology (C-TECH), Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menghadiri bengkel Internet of Things (IoT) yang diadakan di C-TECH, PUO. Bengkel ini menjadi platform penting untuk memahami inovasi dan aplikasi IoT terkini yang berpotensi menyokong usaha penyelidikan di institusi yang melibatkan penggunaan teknologi. Dalam program ini, para peserta didedahkan kepada pelbagai teknologi dan pendekatan terkini yang dapat diadaptasi dalam pelbagai bidang, termasuk pertanian pintar, automasi, dan analitik data yang memfokus kepada pendidikan TVET di Malaysia. Bengkel ini dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Internet of Things (IoT), yang menerangkan konsep asas IoT serta kepentingannya dalam pelbagai industri moden. Para peserta didedahkan kepada aplikasi IoT yang semakin meluas dalam bidang seperti pertanian pintar, pemantauan tenaga, automasi industri, dan pengurusan bandar pintar. Penerangan ini membantu peserta memahami bagaimana teknologi ini dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam sektor yang berbeza.

Antara aktiviti utama bengkel ini termasuk:

  1. Pengenalan kepada IoT, merangkumi konsep asas dan kepentingannya dalam pelbagai industri. 
  2. Pengenalan kepada alat-alat yang digunakan dalam pembangunan IoT, termasuk sensor, mikropengawal, dan platform pengkomputeran awan. 
  3. Pengenalan kepada laman web berkaitan yang menyokong pembangunan IoT, seperti platform pengurusan data dan perisian sumber terbuka. 
  4. Penghasilan pengaturcaraan dalam aplikasi IoT bagi membolehkan peserta memahami cara membangunkan sistem IoT sendiri. Aktiviti ini melibatkan pembangunan aplikasi mudah yang berinteraksi dengan peranti IoT dan penghantaran data secara langsung. 
  5. Demonstrasi cara memindahkan kod pengaturcaraan dari komputer riba ke Arduino set bagi tujuan ujian dan pelaksanaan sebenar. Peserta turut diberi peluang untuk mencuba sendiri proses pemindahan data dan menguji keberkesanan sistem IoT yang dibangunkan. 

Selain daripada aspek teknikal, bengkel ini turut menekankan kepentingan keselamatan siber dalam pembangunan IoT. Dengan peningkatan penggunaan peranti yang saling berhubung, keselamatan data dan privasi pengguna menjadi aspek kritikal yang perlu diberi perhatian. Para peserta dibimbing mengenai amalan terbaik dalam memastikan sistem IoT yang dibangunkan selamat daripada ancaman siber. Bengkel ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami lebih lanjut tentang keperluan industri terhadap teknologi IoT. Dengan adanya sesi diskusi bersama, peserta dapat mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi dalam penerapan IoT di dunia sebenar. Isu seperti integrasi teknologi, kos pembangunan, serta cabaran teknikal dalam persekitaran industri menjadi antara topik yang dibincangkan.

Gambar 1-Pihak PUO menerangkan teknologi yang ada di Politeknik Ungku Omar

Selanjutnya, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pasukan C-TECH, yang terdiri daripada Dr. Muhammad Ridzuan Idris, Dr. Muhammad Razuan Abdul Razak dan En. Shaifol Ifrad Ibrahim. Fokus utama perbincangan adalah untuk meneroka potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan pergabungan teknologi, seperti IoT, sains data, dan teknologi kuantum. Perbincangan ini merangkumi strategi untuk mengintegrasikan IoT dengan teknologi kuantum dalam usaha mempercepatkan analisis data yang lebih kompleks. Dengan perkembangan pesat dalam bidang sains data dan kecerdasan buatan, kedua-dua institusi melihat peluang besar untuk membangunkan penyelidikan yang boleh membawa impak besar kepada industri tempatan dan global. Idea-idea seperti penggunaan sensor pintar dalam pertanian, pengurusan tenaga yang lebih cekap, dan automasi sistem perindustrian menjadi topik utama perbincangan. Perbincangan turut menekankan integrasi kemahiran teori dan eksperimen antara kedua-dua institusi yang dapat memperkukuhkan ekosistem penyelidikan negara. Dengan adanya kolaborasi antara universiti dan institusi teknikal seperti PUO, penyelidikan bukan sahaja dapat memperkaya pengetahuan akademik tetapi juga menghasilkan inovasi yang dapat dimanfaatkan oleh industri dan masyarakat.

Gambar 2-Pasukan penyelidik dari USIM dan UPM bersama Pihak PUO dan Pelajar Ph.D

Sehubungan itu, sesi lawatan ke pusat C-TECH memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri beberapan peralatan teknologi yang dibangunkan di PUO untuk digunakan dalam pengajaran dan penyelidikan di PUO. Teknologi yang dibangunkan ditunjukkan kepada peserta yang melibatkan pengecaman imej yang menggunakan IoT. Lawatan ini juga tidak hanya memberikan peluang untuk bertukar pandangan dan pengetahuan, tetapi juga membuka pintu untuk usahasama yang lebih erat dalam penyelidikan multidisiplin. Kolaborasi seperti ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkasakan penyelidikan yang lebih inovatif dan bersifat aplikatif, selari dengan keperluan industri masa kini. Secara keseluruhan, lawatan rasmi ini telah mencapai objektifnya untuk mempelajari ilmu IoT di kalangan para peserta dan secara tidak langsung membina potensi jaringan kerjasama di antara  USIM dan PUO dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi. Dengan adanya inisiatif sebegini, diharapkan lebih banyak projek penyelidikan bersama dapat dijalankan pada masa hadapan.

Ketua penyelidik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan melalui pemberian geran penyelidikan Kod Penyelidikan: PPPI/TRANSLASIONAL/KPI/USIM/18924.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Education & Advance Sustainability (EdAS)Kolej PERMATA InsanSiti Munirah MohdUniversiti Sains Islam MalaysiaUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi: Perspektif dari Rantaian Bekalan Mampan

Next Post

Teknologi Hijau- Rawatan Air Sisa Toksik Perindustrian MenggunakanTumbuhan Tempatan

Editor

Editor

Related Posts

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi
Alam Semulajadi

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi

21 minutes ago
Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

40 minutes ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Next Post
Teknologi Hijau- Rawatan Air Sisa Toksik Perindustrian MenggunakanTumbuhan Tempatan

Teknologi Hijau- Rawatan Air Sisa Toksik Perindustrian MenggunakanTumbuhan Tempatan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In