23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, April 21, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

Young Sheldon & Sains 10 November: Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

Editor by Editor
10/11/2023
in Berita & Peristiwa, Fiksyen, Buku & Filem
0 0
0

Oleh: Amelia Adam

“Young Sheldon” ialah suatu siri televisyen yang menonjolkan kehidupan watak fiksyen terkenal, Sheldon Cooper bermula semasa dia memasuki sekolah menengah pada usia 9 tahun sehingga memasuki alam remaja. Siri ini merupakan prequel bagi sitkom “The Big Bang Theory”.

Siri Young Sheldon telah menunjukkan beberapa tanggapan tentang sains:

1. Sains sebagai Penyelesaian

*An Eagle Feather, a String Bean, and an Eskimo (Musim 1, Episod 10)*

Sheldon dicadangkan untuk menerima pendidikan di sebuah sekolah untuk murid pintar di Dallas. Ibunya agak keberatan untuk ‘melepaskan’ Sheldon, namun, Meemaw bersuara: “I mean, what if Einstein’s parents had held him back? We wouldn’t even have the- Well, I was gonna say atomic bomb, but there’s probably a BETTER EXAMPLE.”

Walaupun tidak menyatakan pencapaian Einstein yang lain, kata-kata Meemaw menunjukkan bahawa tentu ada kesan baik yang diterima oleh masyarakat melalui peranan ahli sains. Ketepikan bom atom, sains telah banyak memberikan manfaat sejagat melalui pemindahan darah dan inisiatif pemvaksinan.

 

2. Sains Perlu Dihebahkan dengan Menarik

*Killer Asteroids, Oklahoma, and a Frizzy Hair Machine (Musim 1, Episod 16)*

Sheldon mengamuk setelah kalah dalam Science Fair di sekolah. Barangkali kekalahan itu menyedarkan kita bahawa penerangan idea sains yang rumit memerlukan cara yang menarik, seperti aktiviti hands-on, bukannya melalui pembentangan poster semata-mata. Sheldon juga telah bercadang untuk meninggalkan sains dan menceburi seni (lakonan). Mengapa seni selalu dianggap sebagai lawan sains? Bukankah kedua-duanya, apabila digabung jalin akan menghasilkan persembahan yang menarik?

 

3. Sains dan Ahli Sains Tidak Dinilai Hanya oleh Pengiktirafan

*A Swedish Science Thing and the Equation for Toast (Musim 2, Episod 22)*

Sheldon dan Dr. Sturgis teruja menanti pengumuman Hadiah Nobel Fizik. Sheldon meramal kemenangan penyelidik neutrino. Dia juga mengajak rakan-rakannya untuk mendengar pengumuman itu, namun, ditakdirkan dia berseorangan pada waktu kejadian. Kemenangan pula memihak penemuan quark. Kita tidak boleh mengandaikan bahawa semua orang akan berminat untuk mengambil tahu tentang penemuan saintifik terkini. Kita hanya boleh berusaha untuk menghebahkannya dengan berkesan.

Dalam pada itu, ada sahaja ahli sains terkenal yang tidak pernah menerima Hadiah Nobel seperti Edwin Hubble, Vera Rubin dan Stephen Hawking. Albert Einstein pula menerima Hadiah Nobel bagi kesan fotoelektrik, bukan bagi Teori Kerelatifannya yang terkenal. Peter Higgs yang mengusulkan kewujudan suatu zarah baharu pada tahun 1964 hanya dianugerahi Hadiah Nobel pada tahun 2013.

 

4. Sains ialah Usaha Berpasukan

*A Rival Prodigy and Sir Isaac Neutron (Musim 2, Episod 2)*

Sheldon kurang senang dengan penyertaan pesaingnya, Paige dalam kelas Dr. Sturgis. Sudah biasa menjadi ‘budak pintar tunggal’ di kelas, dia tentunya tercabar dengan kehadiran Paige. Keadaan ini mengukuhkan suatu tanggapan iaitu “ahli sains ialah genius yang selalu berseorangan, tidak gemar bergaul”, walhal sains sebenarnya diusahakan secara berpasukan. Debat Einstein-Bohr dan Projek Manhattan ialah beberapa contoh bahawa sains memerlukan kerjasama, kritikan, sudut pandang yang pelbagai dan perbezaan untuk berkembang. Sains tidak akan berkembang jika perasaan kurang senang terhadap orang lain mengatasi keinginan untuk menghargai idea dan mencapai matlamat.

5. Sains Sentiasa Berdamai dengan Ketidakpastian

*Baby Tooth and the Egyptian God Knowledge (Musim 3, Episod 20)*

Sheldon berusaha untuk menghilangkan ketakutan semasa menerima rawatan gigi. Dia memikirkan sesuatu yang saintifik iaitu “unified field theory”; suatu percubaan untuk menghubungkan semua daya teras alam (daya graviti, daya elektromagnet, daya nuklear kuat dan daya nuklear lemah) dalam suatu kerangka teori tunggal. Sheldon dalam mimpinya telah menemui Thoth, dewa kebijaksanaan Mesir dan memperoleh penyelesaian terhadap unified field theory, namun, dia lupa apabila bangun dari tidur. Dalam khayalannya, Einstein memberitahu bahawa dia juga tidak berjaya menemui penyelesaian yang dicari. Einstein berkata, “Sheldon, if I was offered a choice between all the knowledge of the universe or the endless pursuit of it, I would choose the pursuit.” Sains tidak pernah selesai, ia sentiasa menjadi work in progress!

(Ini hanyalah sedikit catatan. Siri ini sememangnya menarik untuk ditonton.

10 November : Happy World Science Day for Peace and Development

Babak bagi setiap episod yang dinyatakan:

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Amelia AdamBig Bang TheoryYoung Shieldon
ShareTweetShare
Previous Post

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

Next Post

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Editor

Editor

Related Posts

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”
Berita & Peristiwa

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”

2 days ago
Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini
Alam Semulajadi

Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini

2 days ago
Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia
Berita & Peristiwa

Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia

2 days ago
Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

4 days ago
Next Post
Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In