23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, November 16, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ada apa dengan Farmakologi dan Toksikologi?

Editor by Editor
27/12/2016
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Razinah Sharif,
Universiti Kebangsaan Malaysia

“Dr tahu tak ada di petaling Street, kita boleh dapat ‘injection’ untuk vitamin C dan kolagen, murah pula tu.”

“Dr, betulke Tabita itu bahaya, saya tengok ramai je pakai.”

“Dr, betul ke kita boleh buat kosmetik sendiri?”

“Dr, betul ke tonik tu bahaya, saya tengok ada kedai jual, banyak je testimoni mereka.”

 

Aduh! banyak betul persoalan dari pelajar usai mengajar mereka berkenaan Farmakologi dan Toksikologi Pemakanan.

Tajuk ini merupakan tajuk yang ditakuti pelajar namun perkara penting yang perlu diketahui dan dipelajari, bukan semata untuk mendapat A dalam peperiksaan, malah mendapat ilmu baru yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Kajian PhD

Ilmu Farmakologi sebenarnya berteraskan ubatan yang dimakan. Dalam topik ini, lazim pelajar akan mengetahui mekanisme setiap ubatan yang dimakan dan kesan buruk ubatan jika ada. Tujuan bukan untuk bersaing dengan Dr perubatan and Ahli Farmasi, namun kini, masyarakat Malaysia, terutama di luar bandar lebih gemar mengambil ubatan sendiri untuk merawat penyakit. Ramai kurang jelas akan kesan sampingan lain yang mungkin diperoleh. Teringat dalam kajian PhD saya terdahulu, kami menemui kesan sampingan terhadap DNA apabila sel limfosit manusia diberikan amaun zink yang tinggi. Ini jelas menunjukkan jika sebarang sel mempunyai amaun nutrien yang berlebihan, ia boleh menyebabkan kesan sampingan.

Corak yang sama ditemui dalam manusia, di mana, orang yang mempunyai lebih zat makanan cenderung untuk mempunyai kesan sampingan terhadap DNA. Ini amat berkait dengan prinsip asas kesihatan dan pemakanan yang diterapkan dalam ajaran Islam, biar bersederhana, hatta sebarang zat dan nutrient. Walaupun perlu dan baik, namun ia boleh menyebabkan kerosakan jika berada dalam keadaan berlebihan. Begitulah juga dengan senaman. Antara kajian saya terdahulu turut mengaitkan bagaimana mereka yang bersenam secara berlebihan dengan mengejut boleh menyebabkan kecederaan kepada otot dan sel dalam tubuh. Sebarang perkara jika dilakukan dengan berlebihan, jelas akan mendatangkan onar sebenarnya.
Bagi tajuk Toksikologi Makanan pula, ia adalah lebih dekat dengan pelajar. Pelajar didedahkan dengan pelbagai bahan yang boleh menyebabkan kesan ketoksikan dan konsep asas toksikologi. Pelajar didedahkan tentang isu ‘Red Tide’ iaitu Laut Merah di Sabah dan Pangkor di mana menyebabkan keracunan alga dalam makanan laut. Pelajar juga didedahkan tentang bahana penggunaan bahan aditif dalam makanan yang lazim menyebabkan kesan ketoksikan kepada manusia. Timbul isu dalam salah satu penyelidikan saya terdahulu yang mengaitkan salah satu produk belacan yang dikaji mempunyai aras arsenik yang tinggi dan penggunaan Rhodamine B sebagai pewarna terlarang yang sepatutnya digunakan dalam industri tekstil. Juga, ditemui dalam penyelidikan saya, belacan yang terbaik pastinya datang dari Sabah kerana kurang kesan ketoksikan berbanding yang lain kerana kandungan udang/protein yang lebih tinggi berbanding produk makanan lain.

Waspada kosmetik

Umum, kini, banyak pengeluar produk kecantikan dan kosmetik berlumba-lumba mengeluarkan produk sendiri. Namun mereka kebanyakannya kurang arif dengan kajian yang perlu dilakukan sebelum mengkomersilkan produk mereka. Ketiadaan akta untuk sebarang penjualan suplemen di Malaysia menyebabkan industri ini bertumbuh umpama cendawan selepas hujan.

Mengikut piawai sebenar, sebarang produk yang berada di pasaran, samada kosmetik atau suplemen, yang diberikan kepada manusia, perlu dikaji terlebih dahulu akan kesan sampingan mereka. Perkara ini tidak mengambil masa yang pendek malah mungkin mengambil masa bertahun lamanya. Oleh itu penyelidikan sebenarnya perlu dilakukan dan sebenarnya industri pembuatan kosmetik sendiri tanpa penyelidikan adalah meragukan.

Dalam bidang ini juga, pelajar didedahkan dengan kontaminasi makanan yang lazim berlaku seperti dari residu pestisid dan hasil migrasi bahan plastik dan polysterene yang lazim akan berlaku dengan lebih pantas akibat haba. Itulah punca mengapa kita tidak digalakkan untuk meletakkan air mineral di dalam kereta dan dibiarkan untuk minum. Gusar kerana ia boleh menyebabkan migrasi kontaminan dari bahan plastik yang digunakan.

Kaitan makanan terproses dengan risiko penyakit kanser turut dibincangkan dalam topik ini. Terlalu banyak kajian yang mengaitkan pengambilan makanan ini dengan penyakit kanser terutama dengan kanser kolorektal. Makanan terproses seperti nugget dan burger lazim mempunyai nilai lemak yang tinggi dan pengambilan makanan tinggi lemak bukan sahaja.

Semakin banyak perkara dipelajari, semakin takut rasanya untuk makan sesuatu yang tidak sihat kerana ia memang jelas boleh menyebabkan kesan sampingan kepada kesihatan. Bidang toksikologi dan farmakologi makanan tampak ampuh, namun perkara ini dekat kepada masyarakat dan perlu diambil perhatian untuk memastikan informasi berkenaan topik ini sampai kepada masyarakat.

Nah, menarik tak bidang ini? Satu topik penting untuk pelajar dalam bidang Sains Pemakanan. Sebenarnya, semua ilmu itu menarik, dan semakin mendekatkan kita pada Pencipta.

Catatan :// Penulis merupakan pensyarah dalam bidang Farkamologi dan Toksikologi Makanan, di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setiap minggu beliau cuba mengelak dari makan makanan terproses dan makanan lain yang memudaratkan kerana beliau tahu akan bahaya yang akan muncul nanti. Penulis masih mencuba untuk mengelak dari makan nugget, dan berjaya, sekarang impian beliau adalah untuk menjauhi dari makan burger.

Kredit foto– likesuccess.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bahaya makanan diprosesfarmakologitoksikologi
ShareTweetShare
Previous Post

Mengeksploitasi Tragedi Kehidupan dan Saintis Muda

Next Post

Sains, Bakat dan Masa Depan Negara

Editor

Editor

Related Posts

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

4 days ago
Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

2 weeks ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

3 weeks ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

3 weeks ago
Next Post
Sains, Bakat dan Masa Depan Negara

Sains, Bakat dan Masa Depan Negara

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In