23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Adakah Bahasa itu Bukan Sains?

Adakah Bahasa itu Bukan Sains?

Editor by Editor
16/07/2024
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Irwan Affendi bin Md. Naim

Koordinator Industry, Community, Alumni Network (ICAN) & Pensyarah Asasi TESL,
Pusat Asasi UiTM Caw. Selangor Kampus Dengkil

Bahasa Bukan Sains?

Baru-baru ini dalam sebuah program wacana ilmiah di sebuah universiti tempatan, seorang peserta yang agak berumur melontar pendapatnya, “Tidak menghairankan apabila pelajar bidang bahasa mendapat keputusan cemerlang. Apa yang mereka pelajari lebih mudah dan tidak seperti bidang sains”. Pendapat peserta itu mendapat maklumbalas bercampur daripada sidang peserta lain. Ada yang mengangguk setuju, ada yang mengerutkan dahi. Bagaimana pula dengan anda?

Sebagai seorang ahli akademik yang mengkhusus dalam bidang pendidikan bahasa, saya berasa terpanggil untuk membetulkan salah faham yang tular di kalangan masyarakat ini. Benarkah bidang bahasa secara mutlak memang lebih mudah dikuasai berbanding bidang sains? Adakah bahasa dan kajian tentangnya, atau pengaplikasiannya, sama sekali tidak bersumberkan sains dan tidak saintifik?

Menurut kamus Oxford Languages, bahasa adalah

“the principal method of human communication, consisting of words used in a structured and conventional way and conveyed by speech, writing, or gesture”

Bidang kajian bahasa, lazimnya disebut linguistik pula adalah sains yang mendasari bahasa. Sebagai satu disiplin akademik, linguistik menyediakan landasan pemikiran yang saintifik dan kritikal terhadap bagaimana bahasa berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi manusia berinteraksi dan hidup dalam masyarakat.

Menurut Pitt (2018), seorang ahli psikologi dari California State University, ahli kaji bahasa sejak zaman-berzaman sentiasa melihat kajian bahasa sebagai sesuatu yang bersifat saintifik. Mereka hanya berbeza pandangan tentang ‘rupa’ bahasa; ahli linguistik nominalis melihat linguistik sebagai satu cabang sains empirikal, ahli linguistik konseptualis melihatnya lebih condong ke psikologi, manakala ahli linguistik realis melihatnya sebagai sains formal (tidak empirikal).

Sama seperti kajian bidang sains yang lain, ahli kaji bahasa menggunapakai kaedah penyelidikan yang sistematik dalam kajian mereka. Ahli kaji bahasa menggunakan pelbagai pendekatan yang bersifat empirikal untuk menganalisis wacana manusia baik wacana bertulis ataupun wacana yang dituturkan. Ini termasuk analisis fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Fonetik dan fonologi memfokuskan kepada bunyi bahasa, bagaimana bunyi dihasilkan dan bagaimana ia disusun untuk membentuk perkataan dan ayat. Morfologi pula mengkaji struktur perkataan dan bagaimana perkataan dibentuk daripada morfem, unit terkecil yang membawa makna. Sintaksis meneliti aturan perkataan dalam ayat, manakala semantik menganalisis makna dalam bahasa. Tentulah penelitian terhadap kesemua komponen ini memerlukan keahlian yang saintifik dan tidak semberono.

Bidang kajian bahasa juga melihat kepada aspek-aspek pemerolehan (acquisition) dan pembelajaran (learning) bahasa oleh manusia. Bagaimana bayi mula bertutur? Siapa yang mengajarkan bayi nahu dan tatabahasa? Adakah orang bisu berfikir menggunakan bahasa? Adakah bahasa yang lebih sukar dipelajari berbanding bahasa lain? Kesemua persoalan ini hanya dapat dijawab melalui kajian dan penyelidikan yang saintifik yang merentasi pelbagai teori psikologi dan sains neuro. Noam Chomsky, ahli linguistik moden yang memperkenalkan teori Universal Grammar pasti bingung jika ada yang masih belum percaya bahawa bahasa juga adalah sains, dan kajian tentangnya pastilah saintifik!

Dari perspektif aplikasi dalam kehidupan seharian, pengaplikasian kefahaman saintifik dalam bidang linguistik boleh membantu manusia menyelesaikan banyak masalah. Misalnya, dalam bidang pendidikan, pemahaman tentang aturan sistematik tatabahasa dan logik bahasa pertama (L1) dan kedua (L2) boleh membantu guru mengajar bahasa kepada pelajar bukan penutur jati (native speaker) dengan lebih berkesan. Dalam bidang teknologi, kajian linguistik digunakan untuk memastikan sesuatu perisian bersifat mesra pengguna, seperti identifikasi suara dan terjemahan automatik. Dalam bidang kesihatan, terapi bahasa dan pertuturan bergantung kepada prinsip-prinsip linguistik untuk membantu individu yang menghadapi masalah komunikasi. Dalam bidang pengiklanan pula, pengetahuan tentang linguistik yang diadun dengan psikologi boleh membantu peniaga ‘memancing’ lebih ramai klien dan memperoleh keuntungan yang berganda.

Selain itu, linguistik memainkan peranan penting dalam kajian tentang kebudayaan dan identiti. Melalui kajian tentang variasi bahasa dan dialek, ahli linguistik dapat memahami lebih mendalam tentang bagaimana identiti budaya dan sosial dibentuk dan dipertahankan. Ini termasuk kajian tentang bahasa minoriti, bahasa terancam, dan bahasa isyarat, yang semuanya memberikan pandangan yang kaya tentang kepelbagaian manusia. Benjamin Lee Whorf (1956) dalam kajiannya tentang kaum Hopi membuat kesimpulan bahawa struktur tatabahasa barangkali bukan hanya alat untuk memperihalkan idea. Ia adalah sebuah templat untuk pemikiran, dan memungkinkan bahasalah yang membentuk fikiran manusia, dan bukan sebaliknya.

Jelaslah bahawa bahasa, linguistik dan sains adalah cabang ilmu yang wujud bersama dan tak dapat dipisahkan. Kajian tentang bahasa memerlukan bukan sahaja analisis yang tepat dan sistematik, tetapi juga kepekaan terhadap kehalusan dan kekayaan makna yang terkandung dalam bahasa. Ahli linguistik perlu peka terhadap nuansa dan konteks dalam penggunaan bahasa, serta bagaimana bahasa mencerminkan dan membentuk dunia pemikiran manusia.

Kesimpulannya, kajian linguistik adalah sains yang kompleks dan menarik yang menawarkan pandangan mendalam tentang salah satu aspek terpenting kehidupan manusia – bahasa. Usahlah kita terus tenggelam dalam salahfaham klasik bahawa tiada langsung unsur sains dalam bahasa dan kajian mengenainya. Kekeliruan inilah yang menerbitkan mitos ‘bidang bahasa itu mudah…kerana ia bukan sains’. Lebih pekat kekeliruan kita, lebih tidak saintifik jadinya.


Rujukan:

Pitt, David (2018). What Kind of Science is Linguistics? In Martin Neef & Christina Behme (eds.), Essays on Linguistic Realism. Philadelphia: John Benjamins Publishing Company. pp. 7-20.

Whorf, B.L. (1956). Language, Thought and Reality Selected Writings by Benjamin Lee Whorf. Edited by Carrol, J.B. New York: The Technology Press of Massachusetts Institute of Technology.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: BahasaICANIrwan Affendi bin Md. NaimsaintifikTESLUiTM Dengkil
ShareTweetShare
Previous Post

Evolusi Pengurusan Penyelenggaraan Aset Pintar di Era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)

Next Post

Peningkatan kes bakteria pemakan daging (fleshing-eating bacteria) di Jepun: Punca dan Penyebaran

Editor

Editor

Related Posts

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

3 hours ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

11 hours ago
Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok
Alam Semulajadi

Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok

11 hours ago
Kanser dalam Keluarga, Adakah Saya Juga Berisiko?
Berita & Peristiwa

Kanser dalam Keluarga, Adakah Saya Juga Berisiko?

12 hours ago
Next Post
Peningkatan kes bakteria pemakan daging (fleshing-eating bacteria) di Jepun: Punca dan Penyebaran

Peningkatan kes bakteria pemakan daging (fleshing-eating bacteria) di Jepun: Punca dan Penyebaran

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In