23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, January 30, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Alga dan Lumut: Adakah sama kedua-duanya?

Alga dan Lumut: Adakah sama kedua-duanya?

Editor by Editor
11/04/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dr. Nur Farah Ain Zainee & Dr. Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi,
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pernahkah anda melihat dinding bangunan lama dan/atau dinding akuarium yang berwarna hijau cerah dan hijau gelap? Dinding yang berwarna hijau dan kelihatan kotor ini sering dikaitkan dengan istilah lumut pada permukaan tersebut. Namun, tahukah anda bahawa warna hijau tersebut sebenarnya adalah alga. Alga dan lumut kedua-duanya merupakan tumbuhan peringkat rendah bersama-sama dengan paku pakis, yang mana ketiga-tiga tumbuhan ini membiak melalui penyebaran spora. Namun, lumut dan alga tidak mempunyai tisu vaskular, berbeza dengan paku pakis yang mempunyai struktur vaskular yang lengkap.  Alga tidak mempunyai akar, batang dan daun yang jelas seperti tumbuhan peringkat tinggi yang lain. Lumut pula tidak mempunyai akar sebenar tetapi mempunyai struktur seakan-akannya dikenali sebagai rizoid yang berfungsi untuk perlekatan pada substrat. Walaupun lumut tidak mempunyai struktur akar seperti tumbuhan bervaskular, namun ia berupaya untuk tumbuh di atas substrat yang keras seperti atas permukaan batu dan batang pokok, yang mana tidak mampu ditembusi oleh akar tumbuhan bervaskular.

Alga

Alga adalah kumpulan Talofit (thallophyte) iaitu organisma unisel yang memerlukan persekitaran lembap dan cahaya matahari yang cukup untuk menjalankan proses fotosintesis. Keadaan lembap dan berair pada permukaan dinding menyebabkan alga hidup dan tumbuh dengan baik. Warna hijau pada permukaan lembap tersebut disebabkan oleh kehadiran pigmen klorofil yang menyerap cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. Namun, kadangkala terdapat juga dinding yang kelihatan seperti warna jingga dan keperangan. Ini juga adalah alga daripada kumpulan yang berlainan yang memiliki pigmen yang berlainan.

Kebiasaannya alga ditemui di persekitaran akuatik seperti tasik, sungai, lopak air, longkang, dan lain-lain. Alga yang hidup di habitat tersebut tergolong dalam alga akuatik. Berbeza dengan alga terrestrial (daratan), alga ini kebiasaannya mudah ditemui pada permukaan pokok, dinding, longkang, pasu dan batu. Faktor yang menyebabkan kehadiran alga tersebut adalah tekstur permukaan, yang mana semakin kasar tekstur semakin mudah alga tumbuh pada permukaan tersebut. Ini boleh dikaitkan dengan kehadiran air yang terkumpul pada lekukan dan rekahan permukaan tersebut. Terdapat beberapa spesies alga yang hidup sebagai alga terrestrial, antaranya ialah Botryococcus, Nostoc, Oscillatoria dan lain-lain.

Lumut

Jika diperhatikan dengan mata kasar, alga dan lumut kelihatan seakan-akan sama. Namun, jika diteliti dengan lebih jelas menggunakan kanta pembesar, permukaan koloni alga agak licin, manakala koloni lumut pula mempunyai permukaan yang agak kasar. Hal ini kerana alga menghasilkan mukus dan lendiran yang menyebabkan permukaan tersebut menjadi licin. Manakala, lumut diibaratkan seperti pokok yang mini, koloninya pula kelihatan seperti hutan mini. Sebagai contoh, situasi ini boleh diperhatikan di sekitar longkang yang terdedah kepada cahaya matahari. Tumbuhan yang terdapat di atas permukaan longkang yang tidak terkena air ialah lumut (Hyophyla involuta), manakala tumbuhan yang ada dalam air longkang tersebut pula ialah alga hijau (Chlorophyceae).

Istilah lumut berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud tumbuhan hijau yang kecil.  Walaupun begitu, lumut juga boleh dijumpai dalam pelbagai warna tetapi masih berasaskan warna hijau seperti hijau-keputihan, hijau-keperangan, hijau-kekuningan dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, Leucobryum dikenali sebagai lumut putih yang banyak ditemui di hutan tanah rendah dan juga tanah tinggi di Malaysia. Warnanya yang agak keputihan disebabkan oleh lapisan sel leukosisnya yang lebih banyak berbanding sel klorosis. “Leuco” bermaksud putih, manakala “Chloro” bermaksud hijau. Kebiasaannya lumut boleh dijumpai di semua habitat di dunia kecuali di dalam laut, hal ini disebabkan oleh kemampuannya untuk menyerap air dan menahan kekeringan, namun ia tidak rintang kepada kemasinan air laut. Ia mampu hidup subur di kawasan lembap, teduh, serta berhampiran dengan sumber air seperti air terjun dan sungai. Ia juga lebih banyak ditemui di hutan tanah tinggi berbanding hutan tanah rendah disebabkan oleh suhu yang rendah yang turut mempengaruhi pertumbuhan lumut.

Jadi, hasil daripada perkongsian ini diharapkan agar para pembaca yang bijaksana lebih cakna dan tidak keliru lagi dengan istilah alga dan lumut pada masa akan datang.

Kredit imej-Innovation News Network

Rujukan:

Fabio R. 2011. Terrestrial green algae: Systematics, biogeography and expected responses to climate change. Publisher: Cambridge University Press.

Manuel, M.G. 1981. A generic moss flora of Peninsular Malaysia and Singapore. Federation Museums Journal, New Series 48: 175-188.

Terlova E.F., Holzinger A., Lewis L.A.. Terrestrial green algae show higher tolerance to dehydration than do their aquatic sister-species. Microb Ecol. 2021 Oct;82(3):770-782.

Vashita, B.R. 1979. Bryophyta. New Delhi: S. Chand & Company LTD.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: algaFSTlumutUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Karbon Biru Senjata Bumi Melawan Perubahan Iklim

Next Post

Sebatian Kimia Penyebab Kanser dikesan dalam Barang Permainan dan 'headphone'

Editor

Editor

Related Posts

Mengubah Ahli Kimia Tradisional Menjadi Wira Penyelamat Bumi
Alam Semulajadi

Mengubah Ahli Kimia Tradisional Menjadi Wira Penyelamat Bumi

1 day ago
Peranan Bakau Sebagai ‘Hentian dan Rehat’ Untuk Burung Pengembara
Alam Semulajadi

Peranan Bakau Sebagai ‘Hentian dan Rehat’ Untuk Burung Pengembara

3 days ago
Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari
Alam Semulajadi

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari

5 days ago
Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

5 days ago
Next Post
Sebatian Kimia Penyebab Kanser dikesan dalam Barang Permainan dan ‘headphone’

Sebatian Kimia Penyebab Kanser dikesan dalam Barang Permainan dan 'headphone'

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In