23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Andre Geim dan Konstantin Novoselov : Pemenang Hadiah Nobel Fizik 2010

Editor by Editor
05/10/2010
in Berita & Peristiwa
0 0
0

 

Gambar 1 : Andre Geim (kiri), Konstantin Novoselov (kanan)

Oleh : Mohd Faizal Aziz

 

 

Jika Einstein, Dirac, Bohr, Heisenberg dan saintis seangkatan dengan mereka menggunakan pensel untuk menulis persamaan dan melakukan kajian yang hebat tentang Teori Relativiti dan Mekanik Kuantum, sehingga menghantar mereka ke podium Anugerah Nobel, pensel juga mempunyai hubungan rapat dengan penerima Hadiah Nobel Fizik 2010 walaupun dalam bentuk yang berlainan.

 

Andre Geim, 51 dan Konstantin Novoselov, 36 kedua-duanya dari University of Manchester, United Kingdom berkongsi hadiah paling berprestij ini dari The Royal Swedish Academy of Sciences yang diumumkan semalam ( Selasa  5 Oktober 2010) berikutan kajian mereka tentang bahan graphene. (" for groundbreaking experiments regarding the two-dimensional material grapheme" )

 

Pensel secara umum diperbuat daripada grafit, iaitu karbon yang akan meninggalkan bekas berwarna hitam apabila digoreskan di atas kertas disebabkan atom-atomnya mudah terpisah. Grafit dikenal pasti sebagai pengalir arus elektrik yang sangat baik. Karbon adalah bahan asas dalam setiap kewujudan makhluk di muka bumi ini. Jasad fizikal kita ini juga sebenarnya terdiri daripada berbilion-bilion atom karbon yang bergabung membentuk sel-sel badan manusia. Secara mudah, di mana-mana sahaja adalah  karbon.

 

Andre Geim menggunakan suatu permukaan yang melekat (adhesif) untuk melekatkan lapisan grafit yang sangat nipis, setebal beberapa lapisan atom yang dikenali sebagai graphene. Penyelidikan terhadap graphene menemukan beberapa fenomena yang sangat mengkagumkan. Artikel pertama yang muncul membicarakan tentang graphene ialah dalam majalah Science pada bulan Oktober, 2004 berjudul Discovery of Graphene. Sejak dari itu, ia menarik minat ramai saintis untuk mengkaji dan mengetahui lebih mendalam tentang bahan yang baru ditemui tersebut. Dari satu sisi, sifat-sifat eksotik graphene membolehkan para saintis menguji teori-teori asas bidang fizik. Di sisi yang lain pula, banyak aplikasi baru dapat dihasilkan melalui penemuan bahan-bahan baru rentetan penemuan graphene terutamanya dalam bidang elektronik.

 

Gambar 2 : Graphene

Kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Andre Geim dan dibantu oleh pelajar di bawah penyeliaanya, Konstantin Novoselov memperlihatkan bagaimana arus elektrik mengalir pada graphene kerana adanya aliran elektron melalui struktur atom karbon. Namun begitu, elektron-elektron tersebut tidak menunjukkan sifat-sifat seperti biasa yang diamati pada bahan lain. Antara sifat menarik graphene ialah, aliran elektronnya tidak berubah walaupun berada pada suhu yang lebih rendah. Graphene juga mempunyai sifat-sifat mekanikal yang sangat kuat dan berketahanan tinggi.

 

Senarai aplikasi yang dapat dihasilkan menggunakan graphene terlalu banyak. Ia dijangka akan membuka suatu lembaran baru dalam bidang penyelidikan bahan dan penghasilkan peranti elektronik. Geim dan Novoselov dalam satu temubual bersama wartawan menyatakan bahawa, bidang penyelidikan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kedua mereka telah lama bekerjasama  menjalankan kajian. Konstantin Novoselov mula terlibat dalam penyelidikan bersama Andre Geim ketika beliau memulakan pengajian PhD di Belanda. Beliau kerapkali mengikuti Gleim ke United Kingdom menjalankan penyelidikan di sana. Kedua mereka melibatkan diri dalam bidang fizik sejak dari awal di negara asal mereka di Russia. Novoselov dan Andre Gleim kini menjawat jawatan sebagai Profesor di University of Manchester.

 

Sumber :// http://nobelprize.org/nobel_prizes/physics/laureates/2010/        

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: hadiah nobel fizikIMEN-UKMKomunikasi sainsKomunikasi Sains MalaysiaLaporan Berita SainsmajalahsainsMohd Faizal Azizpegawai sainsPenulisan Sains PopularRencana Sains PopularSains PopularUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Karl Pearson (1857-1936) : Tokoh Matematik dan Intelektual Serba Boleh.

Next Post

Dalam Kenangan : Prof. Madya Dr. Zainol Abidin Abd. Rashid (1962-2006)

Editor

Editor

Related Posts

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan
Berita & Peristiwa

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

7 days ago
Next Post
Dalam Kenangan : Prof. Madya Dr. Zainol Abidin Abd. Rashid  (1962-2006)

Dalam Kenangan : Prof. Madya Dr. Zainol Abidin Abd. Rashid (1962-2006)

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In