23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, January 5, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Fiksyen Sains Melayu Dalam Leksikon Ledang

Editor by Editor
07/05/2015
in Fiksyen, Buku & Filem
0 0
0

Oleh – Nisah Haron

KETI­KA menu­lis tesis sarjana sastera beberapa tahun yang lalu, sengaja tajuk Fiksyen Sains dalam Cerita-cerita Lipur Lara dipilih dan tesis itu ditulis dengan penuh keyakinan bahawa orang Melayu mempunyai idea yang sangat terkehadapan dan semua itu dirakam dengan cara-cara yang tersendiri.

Orang Melayu berfikir dan berkata-kata secara konotatif, sebagai kebalikan kepada denotatif, iaitu menggunakan kiasan dan ibarat. Mereka tidak menyuarakan pendapat secara langsung kerana menjaga aib dan air muka orang lain. Lantas, bahasa Melayu pun menjadi amat kaya dengan peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan kerana semua ini lahir daripada pemikiran orang Melayu yang bersifat konotatif.

Misalnya, peribahasa ‘tidak hilang bisa ular yang menyusur akar’, bukanlah merujuk kepada seekor ular secara harafiah. Malah, peribahasa ini menyebut perihal kehebatan yang tidak hilang apabila orang yang hebat merendahkan diri.

Atas premis tersebut, tesis itu ditulis bahawa sastera Melayu tradisional turut menggunakan pendekatan yang sama, iaitu setiap patah kata yang ditulis tidaklah menggambarkan sesuatu perkara itu secara literal, sebaliknya, ada sesuatu yang lebih dalam maksudnya mahu dicapai. Dengan yang demikian, kisah dalam cerita-cerita lipur lara mestilah dibaca dengan lapis makna yang harus diselongkar setiap satunya, khususnya dalam aspek sains. Cerita-cerita demikian bukan sekadar dongeng atau fantasi kosong. Ia tidak hanya mengungkapkan tentang peningkatan mobiliti sosial (berkahwin dengan putera raja) atau penyataan kehebatan putera raja (menyelamatkan tuan puteri). Dalamnya terkandung suatu amanat dan mesej yang amat berat yang boleh dirungkai apabila kita menafsir semula simbol-simbol yang digunakan dan memberikan makna yang khusus. Di sinilah lahirnya, pendekatan fiksyen sains Melayu yang awal iaitu fiksyen sains-proto Melayu.

Membaca Leksikon Ledang karya Nor Azida Ishak dan Fadli Al-Akiti menemukan aplikasi kepada pendekatan yang dinyatakan di atas. Simbol-simbol yang terdapat di dalam karya tradisional diterjemahkan menjadi kod-kod yang harus dirungkai. Untuk menjadikan novel ini lebih khusus, Azida dan Fadli memilih peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang yang disebutkan di dalam Cetera Yang Kedua Puluh Tujuh Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Menggabungkan sebuah episod daripada karya tradisional dengan fiksyen sains kedengaran seperti gandingan yang tidak serasi. Namun, Azida dan Fadli bergerak atas premis bahawa syarat-syarat peminangan itu bukan sahaja tidak boleh dibaca secara literal, malah wajar dirungkai menggunakan kaedah saintifik. Bukanlah sesebuah karya itu karya fiksyen sains, sekiranya ia tidak mengandungi keanehan.

Menurut Darko Suvin di dalam bukunya Metamorphoses of Science Fiction (1979),penganehan (estrangement) karya fiksyen sains mestilah mengandungi novum. Dengan kata lain, novum ialah penganehan yang mesti wujud dan menjadi satu daripada ciri karya fiksyen sains. Penganehan ialah suatu objek atau peristiwa yang tidak mustahil dan boleh diterangkan dari sudut sains. Misalnya, ‘kereta terbang’ atau ‘mesin rentas masa’. Novum menjadi garis penentu yang memisahkan antara karya fiksyen sains dan fantasi. Di dalam tulisannya Things Made Strange: On The Concept of Estrangement in Science Fiction (2008), Simon Spiegel pula membahagikan penganehan itu kepada tiga konsep yang lebih kecil iaitu naturalization, defamiliarization dan diegetic estrangement. Azida dan Fadli memilih teknik naturalization dalam kebanyakan naratif novel ini.

Naturalization bermaksud menjadikan sesuatu yang aneh itu biasa atau normal. Terdapat beberapa peristiwa di dalam novel Leksikon Ledang, yang menggunakan teknik ini. Sebagai novel yang mengangkat tema biogenetik, peristiwa penggabungan kod-kod DNA antara haiwan-haiwan di dalam makmal sehingga melahirkan makhluk-makhluk aneh dan tidak bernama menjadi perkara biasa kepada para saintis seperti Dr. Ching Huat dan Dayang. Watak Zack sebagai saintis muda yang turut menggulati bidang yang sama akan menjadi lebih berkesan jika dia tidak dibayangkan ‘terkejut’ apabila mendepani eksperimen-eksperimen aneh itu. Nyamuk di dalam resin tumbuhan (cecair yang boleh mengeras dan menyimpan sebarang partikel yang terperangkap di dalamnya), juga dikenali sebagai amber (resin tumbuhan yang telah menjadi fosil) mungkin mengingatkan kita kepada novel Jurassic Park (Micheal Crichton) yang telah dijadikan filem. Crichton ‘menghidupkan’ dinosaur-dinasaur melalui DNAnya di dalam seekor nyamuk (yang terperangkap di dalam resin). Manakala Azida dan Fadli,melalui seekor nyamuk di dalam amber, memecah kod-kod yang terkandung dalam syarat peminangan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Syah di dalam Sulalatus Salatin.

Para penulis membantu pembaca luar bidang sains genetik memahami subbidang sains ini dengan baik pada separuh pertama novel Leksikon Ledang. Kisahnya semakin menarik apabila penafsiran saintifik manuskrip lama dan tujuh syarat peminangan Puteri Gunung Ledang dilakukan. Di beberapa tempat, pembaca terasa seperti menelaah artikel tentang genetik tetapi pemahaman itu perlu bagi menggalas plot-plot yang berikutnya. Idea penggabungan karya tradisional yang harus ditafsirkan semula melalui kaedah fiksyen sains-proto Melayu ini amat wajar diraikan. Fiksyen sains Melayu moden memerlukan nuansa Melayu dalam kerangkanya yang tersendiri. Ucapan “Alhamdulillah”, memberi salam atau watak-watak muslim dan muslimah semata-mata, tidak cukup untuk menjadikan sesebuah karya fiksyen sains itu ‘Melayu/Islam’. Leksikon Ledang ialah contoh percubaan karya fiksyen sains Melayu yang lari dari acuan Barat. Disiplin sains, seperti tradisinya, memerlukan struktur dan kerangka yang ampuh. Penulisan sains fiksyen Melayu, yang telah bermula sejak zaman kegemilangan tradisi lisan ini, mampu dihasilkan oleh penulis yang berjati diri Melayu/Islam serta menguasai disiplin sains dan kesasteraan (literariness) dengan baik.

Nota – Nisah Haron merupakan seorang pengarang sepenuh masa yang telah menghasilkan pelbagai genre karya. Blog beliau boleh dikunjungi di http://annyss.blogspot.com

Sumber – Utusan Malaysia, Sumber Foto – Kubu Buku

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Buku fiksyen melayuCerita lipur-laraKarya Fadli Al-AkitiKarya Nor Azida IshakLeksikon LedangNovel fiksyen sains melayuNovel sains
ShareTweetShare
Previous Post

Sindrom 'Old Hag' - Bukan Berpunca Ditindih Hantu Semasa Tidur

Next Post

Pedophiles : Apa kata Pakar ?

Editor

Editor

Related Posts

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

2 years ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

2 years ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

2 years ago
Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

2 years ago
Next Post
Pedophiles : Apa kata Pakar ?

Pedophiles : Apa kata Pakar ?

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In