23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 22, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gusi Berdarah Bukan Normal: Petanda Awal Penyakit Periodontal

Gusi Berdarah Bukan Normal: Petanda Awal Penyakit Periodontal

Editor by Editor
22/04/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Ikhwan Hakimi Bin Mohamad
Pensyarah dan Pakar Pergigian Periodontik
Unit Periodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian,
Kampus Kesihatan , Universiti Sains Malaysia

Pernahkah anda mengalami situasi gusi mudah berdarah sewaktu berehat atau ketika memberus gigi? Jika jawapannya “ya”, anda mungkin sedang mengalami masalah gusi yang serius. Pada awalnya, kebanyakan daripada kita mungkin akan meyakinkan diri dengan anggapan seperti, “Alah, ini perkara biasa sahaja,” atau, “Ini sedikit sahaja, tiada apa yang serius.”

Namun, sedar atau tidak, jika dibiarkan tanpa rawatan, keadaan tersebut bakal menjadi lebih parah pada masa hadapan. Tahukah anda bahawa hampir kesemua pesakit yang berkunjung ke klinik dengan aduan gusi berdarah akhirnya didiagnosis dengan penyakit yang sama, iaitu keradangan gusi? Lebih membimbangkan, kebanyakan pesakit ini sudah pun berada dalam keadaan kronik yang memerlukan rawatan yang lebih lama. Dalam coretan ini, kita akan menelusuri dengan lebih lanjut berkenaan gusi berdarah, kaitannya dengan penyakit gusi, dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.

Plak Gigi

Sebelum kita mempelajari lebih lanjut mengenai gusi berdarah dan penyakit gusi dengan lebih mendalam, ayuh kita fahami penyebab utama masalah ini. Plak gigi, atau dalam istilah saintifiknya dental plaque, merupakan lapisan melekit yang terbentuk pada permukaan gigi. Struktur ini menjadi tapak pengumpulan bakteria, sisa makanan, dan sebagainya.

Kebiasaannya, dengan penjagaan kebersihan mulut yang optimum, plak bakteria ini dapat disingkirkan dengan mudah. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi tidak normal apabila seseorang tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik; contohnya, tidak memberus gigi, menggunakan teknik memberus yang salah, atau gagal membersihkan kawasan di celah-celah gigi. Hasilnya, plak gigi yang tertinggal akan menebal dan mengeras sehingga membentuk karang gigi (tartar). Jika keadaan ini berlaku, karang gigi tersebut tidak lagi dapat disingkirkan melalui pembersihan biasa.

‘Gingivitis’ dan ‘Periodontitis’

Secara asasnya, penyakit gusi boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama dikenali sebagai ‘gingivitis’ atau keradangan gusi. Hal ini bermula disebabkan oleh pengumpulan plak bakteria pada permukaan gigi yang tidak dibersihkan dengan betul. Plak bakteria tidak hanya melekat pada permukaan gigi, malah mula masuk ke kawasan gusi yang berhampiran. Setelah berada di situ, bakteria ini akan merembeskan bahan kimia yang akan merosakkan tisu di dalam gusi tersebut.

Sebagai tindak balas, badan akan mula mengaktifkan sistem pertahanan untuk melawan bakteria yang terkumpul di dalam sulkus ini. Antara tindak balas badan termasuklah peningkatan bilangan dan ketelapan salur darah bagi tujuan menghantar sel-sel pertahanan serta bahan kimia berkaitan ke tempat yang terlibat untuk melawan bakteria dan keradangan. Kesannya, gusi akan menjadi bengkak dan sangat mudah berdarah apabila disentuh. Inilah penyebab pesakit sering mengalami gusi berdarah ketika memberus gigi. Pada tahap ini, gusi masih boleh kembali sihat jika plak dan kalkulus berjaya dibuang di tempat keradangan tersebut.

Rajah1: Gusi Sihat (kiri) dan keradangan Gusi (kanan)
(Kredit ilustrasi: Gemini AI)

Jika tidak dirawat segera, gingivitis boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius kepada struktur lain yang menyokong gigi. Pada tahap ini, pesakit telah menghidap penyakit yang dikenali sebagai ‘periodontitis’. Secara ringkasnya, seseorang itu dianggap telah menghidap periodontitis jika kerosakan sudah merebak ke kawasan sokongan gigi. Struktur yang terlibat termasuklah ligamen periodontal dan tulang alveolar.

Pesakit biasanya akan datang ke klinik dengan aduan seperti, “Gigi saya longgar,” ataupun, “Gigi saya bergerak-gerak.” Maklumat ini sudah memadai untuk mengetahui bahawa seseorang itu telah pun kehilangan struktur penyokong gigi disebabkan masalah tersebut. Pepatah “biar lambat, asal selamat” mungkin tidak dapat diaplikasikan dalam konteks masalah gusi kerana jika lambat, tiada gigi yang akan selamat.

Langkah-langkah Mencegah dan Merawat Penyakit Gusi

Pepatah menyebut, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.” Begitulah juga dengan penyakit gusi; jika tidak dicegah dan dirawat dari awal, ia akan membawa kesan yang amat buruk pada masa hadapan. Dalam konteks pencegahan, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.

Pertama, setiap individu perlu sedar bahawa kesihatan gusi adalah sama penting dengan kesihatan anggota tubuh badan yang lain. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan ceramah berkaitan. Selain itu, pastikan anda peka akan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti gusi bengkak, berdarah, bernanah, dan sebagainya.

Kedua, pastikan anda segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas. Jika berasa sukar untuk merancang, mulakan dengan melakukan pemeriksaan berkala setiap enam bulan meskipun berasa sihat.

Ketiga, tinggalkan tabiat yang boleh membahayakan kesihatan gusi termasuklah merokok dan mengambil makanan atau minuman bergula secara berlebihan. Kajian saintifik berkaitan kesan buruk tabiat merokok dan diabetes terhadap penyakit gusi telah pun dibuktikan dalam pelbagai kajian di seluruh dunia. Malah, merokok dan diabetes telah dimasukkan sebagai antara elemen terpenting dalam mengklasifikasikan tahap penyakit gusi seseorang. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan penyakit gusi boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, rawatan gusi tanpa pembedahan. Rawatan ini merangkumi taklimat ringkas berkenaan penyakit gusi dan teknik memberus gigi yang betul. Selain itu, prosedur seperti penskelan (scaling) dan pembersihan akar (root debridement) akan dilakukan pada peringkat ini bagi mengganggu biofilm bakteria agar tidak terus berkembang. Dalam pada itu, peringkat ini merupakan peluang terbaik untuk mengawal faktor risiko lain seperti amalan merokok dan diabetes. Melalui rawatan ini, pesakit diharapkan mampu membersihkan plak secara berkesan agar penyakit tidak berulang. Bagi pesakit gingivitis, kebiasaannya simptom keradangan akan mula pulih selepas peringkat ini.

Bagi kes yang lebih serius seperti periodontitis, keradangan gusi mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya dengan rawatan tanpa pembedahan sahaja. Hal ini disebabkan kebanyakan pesakit pada tahap ini mempunyai masalah yang bukan sekadar keradangan gusi. Sulkus gusi yang terlalu dalam (melebihi 5 mm), kehilangan tulang, dan kerosakan teruk ligamen periodontal menjadikan sesetengah kes sukar ditangani tanpa pembedahan. Oleh itu, rawatan pembedahan seperti ‘flap akses’ dan regenerasi periodontal mungkin ditawarkan bagi kes yang sesuai. Tujuan prosedur ini adalah untuk memberikan akses dan visual yang lebih jelas bagi memastikan penskelan dan pembersihan akar dapat dilakukan dengan lebih efektif. Selain itu, bagi kes kerosakan tulang, sesetengah pesakit akan dirawat melalui regenerasi tulang. Sumber tulang biasanya diperoleh daripada tubuh pesakit sendiri, penderma lain, sumber haiwan, atau bahan sintetik. Kadar kejayaan rawatan ini bergantung pada banyak faktor termasuklah tahap kerosakan tisu, penjagaan kebersihan mulut, dan sistem imun pesakit.

Akhirnya, setelah stabil, semua pesakit akan ditempatkan di peringkat rawatan sokongan periodontal (supportive periodontal care). Pada peringkat ini, pemeriksaan berkala akan dilakukan di samping pembersihan profesional di kawasan yang diperlukan.

Kesimpulannya, masalah gusi berdarah bukanlah sesuatu yang harus dipandang mudah. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah yang tampak kecil ini bakal membawa penyesalan pada kemudian hari. Bagi mereka yang sudah berada pada tahap yang serius, pintu rawatan sentiasa terbuka bagi memastikan penyakit semasa dapat dikawal agar tidak melarat sehingga membawa kepada kehilangan gigi. Jika kita terbiasa dengan pepatah “kerana mulut, badan binasa”, mungkin kita boleh menyesuaikan diri dengan kata-kata “kerana gusi, gigi binasa”.

Kredit foto utama-familydentist

Rujukan:

  1. Sanz, M., Herrera, D., Kebschull, M., Chapple, I., Jepsen, S., Berglundh, T., Sculean, A., & Tonetti, M. S. (2020). Treatment of stage I–III periodontitis—The EFP S3 level clinical practice guideline. Journal of Clinical Periodontology, 47(S22), 4-60. https://doi.org/10.1111/jcpe.13290
  2. Tonetti, M. S., Greenwell, H., & Kornman, K. S. (2018). Staging and grading of periodontitis: Framework and proposal of a new classification and case definition. Journal of Periodontology, 89(S1), S159–S172. https://doi.org/10.1002/JPER.18-0006
  3. Chapple, I. L., Mealey, B. L., et al. (2018). Periodontal health and gingival diseases and conditions on an intact and a reduced periodontium: Consensus report of workgroup 1 of the 2018 World Workshop on the Classification of Periodontal and Peri‐Implant Diseases and Conditions. Journal of Clinical Periodontology, 45(S20), S68–S77. https://doi.org/10.1111/jcpe.12941
  4. Papapanou, P. N., Sanz, M., et al. (2018). Periodontitis: Consensus report of workgroup 2 of the 2017 World Workshop on the Classification of Periodontal and Peri‐Implant Diseases and Conditions. Journal of Clinical Periodontology, 45(S20), S162–S170. https://doi.org/10.1111/jcpe.12946
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: gingivitisgusi berdarahIkhwan Hakimi Bin MohamadKampus Kesihatankeradangan gusimemberus gigiPenyakit Periodontalperiodontitisplak gigiPusat Pengajian Sains PergigianUnit PeriodontikUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Kanser Tiroid: Penyakit Senyap yang Perlu difahami

Editor

Editor

Related Posts

Kanser Tiroid: Penyakit Senyap yang Perlu difahami
Berita & Peristiwa

Kanser Tiroid: Penyakit Senyap yang Perlu difahami

30 minutes ago
Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”
Berita & Peristiwa

Paradoks Simpson: Maklumat boleh “Menipu”

3 days ago
Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini
Alam Semulajadi

Dari Sisa Buangan ke Produk Kecantikan: Inovasi Kosmetik Hijau Masa Kini

3 days ago
Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia
Berita & Peristiwa

Rahsia Penuaan Sihat: Peranan Tumbuhan Perubatan dalam Kajian Faktor Penuaan Manusia

3 days ago

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In