“Apprentice Innovation Research Exhibition” (AIREx) merupakan satu landasan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada projek-projek inovasi dan penyelidikan yang telah direalisasikan oleh warga universiti, kolej, sekolah dan warga industri. AIREx mula diperkenalkan pada tahun 2013 dengan nama “Marine Application & Technology Conference” (MATC) dengan bertemakan “Marine Innovator of the Future”. Pada ketika itu, skop penyelidikan dan inovasi hanya tertumpu pada bidang marin dan terbuka untuk warga Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute Marine Engineering Technology (UniKL – MIMET) sahaja.
Pada tahun 2015, skop MATC ini kemudiannya dibuka kepada lebih banyak bidang kategori penyertaan. Bermula MATC ke-5, ia dijenamakan kepada AIREx ke-5 bertemakan “Where Ideas Are Invented”. Produk inovasi yang dipamerkan adalah hasil idea persendirian, berkumpulan dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta serta sekolah menengah dan rendah. Selain dari mempamerkan hasil produk inovasi, AIREx juga menjadi platform untuk para peserta dan pengunjung bagi memperluaskan jaringan sosial dan memperkembangkan idea baru di masa hadapan. Pada AIREx ke-7, dua kategori baru diperkenalkan iaitu kategori rakan industri dan keluarga. Disamping itu, para peserta dan berpeluang untuk terus memohon untuk mempatenkan produk inovasi mereka dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
AIREx 2018 dikendalikan oleh UniKL MIMET dengan kerjasama beberapa rakan strategik antaranya Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Objektif penganjuran AIREx 2018 adalah seperti berikut:
- Mengetengahkan idea-idea rekacipta dikalangan penyelidik dari institut pengajian tinggi tempatan, sekolah-sekolah, warga industri serta komuniti setempat.
- Mewujudkan satu budaya dalam megkomersialkan idea dan produk dikalangan kumpulan penyelidik samada warga akademik atau bukan.
- Menggalakkan daya cipta dikalangan bakat-bakat muda menerusi pameran dan aktiviti inovasi.
- Memberi masyarakat pendedahan kepada projek-projek inovasi yang berdaya saing.
UniKL MIMET telah dipilih sebagai lokasi pertandingan ini kerana merupakan organiser selain memiliki kawasan yang luas kerana di samping pertandingan itu, UniKL MIMET juga ada menjalankan aktiviti lain seperti 4U Carnival, “Entrepreneurial Day” dan “Open Day” bagi memeriahkan aktiviti pada hari tersebut.