23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Impak Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Ke Atas Teknologi Acuan

Info Teknologi Kejuruteraan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
26/08/2019
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Raja Azlan Bin Raja Abdullah
Koordinator Program (Teknologi Acuan)
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, German-Malaysian Institute

BAGAIMANA TEKNOLOGI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 MEMBANTU DI DALAM PENGHASILAN DATA MAKLUMAT YANG TEPAT, TELUS DAN BERNILAI UNTUK PEMBUATAN PRODUK PLASTIK BERASASKAN PEMPROSESAN ACUAN SUNTIKAN PLASTIK.

 

Secara amnya di dalam industri pemprosesan acuan suntikan plastik akan bekerja untuk 24 jam melalui giliran syif bekerja. Terdapat pengilang yang melakukannya secara 3 syif untuk 8 jam setiap syif, dan juga ada pengilang yang melakukannya secara 2 syif untuk 12 jam setiap syif. Setiap perubahan syif memerlukan banyak penghasilan data pembuatan serta pemprosesan yang penting untuk disampaikan kepada pihak pengurusan di dalam syarikat pengilangan tersebut. Antara data yang mesti dicerap oleh jurutera pembuatan , juruteknik pembuatan dan juga operator pembuatan bagi setiap syif kerja untuk setiap mesin acuan suntikan plastik adalah:

  1. Jumlah produk plastik baik yang dikeluarkan bagi setiap mesin. (output)
  2. Jumlah produk plastik rosak yang dikeluarkan bagi setiap mesin. (Produk plastik rosak merujuk kepada produk plastik yang dihasilkan tidak memenuhi piawai pelanggan). (reject)
  • Kadar masa berhenti mesin setiap mesin. (downtime)
  1. Kadar kecekapan (efficiency) bagi setiap mesin.
  2. Peratusan kerosakan produk plastik berbanding jumlah penghasilan. (reject %)
  3. Dan sebagainya yang berkaitan.

 

Data seperti diatas sangat penting bagi pihak pengurusan pengilangan adalah kerana, dengan data inilah mereka akan menganalisa untuk di bandingkan dengan sasaran syarikat dan menjurus secara secara langsung kepada pencapaian syarikat itu. Ianya juga sebagai penunjuk terhadap pencapaian bagi setiap pekerja yang terlibat dengan mesin dan syif tersebut. Sebagai contoh, setiap mesin mesti mencapai kadar kecekapan sekurangnya 90% bagi setiap syif. Kemungkinan ada syarikat yang meletakkan sasaran yang lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada polisi dan jenis produk plastik yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Ironinya data ini diambil dan dicerap secara manual oleh individu yang terlibat didalam bahagian pembuatan untuk industri ini. Segala informasi diambil secara manual dari setiap mesin serta di analisis menggunakan teknik pengiraan di kertas check sheet ataupun dimasukkan di dalam Microsoft Excel. Jumlah kerosakan plastik juga bergantung kepada pengiraan manual oleh operator. Disebabkan ianya banyak dilakukan secara manual, maka banyak ketirisan data  di situ. Maka data yang dianalisa tidak menunjukkan ketepatan dan akhirnya merugikan syarikat. Sebagai contoh, terdapat operator yang tidak bertanggungjawab mengira jumlah kerosakan plastik dengan jumlah yang lebih sedikit berbanding jumlah yang sebenar hanya kerana tidak mahu dimarahi oleh pihak pengurusan. Akhirnya data analisa yang diterima oleh pihak pengurusan adalah data analisa tidak tepat dan juga berlaku ketirisan maklumat sebenar.

Memandangkan banyak syarikat berasaskan acuan suntikan plastik telah pun menyedari perkara ini, terdapat beberapa pihak telah mewujudkan suatu sistem yang menjurus kepada teknologi revolusi industri 4.0 di dalam penghasilan data maklumat yang tepat, telus dan bernilai khusus buat industri acuan suntikan plastik ini. Sistem ini lebih dikenali sebagai “Sistem Pembuatan Pintar” atau juga dikenali sebagai “Smart Manufacturing System”.

Tetapan Sistem Pembuatan Pintar
Skrin Sistem Pembuatan Pintar

 

Bagaimana Sistem Pembuatan Pintar ini beroperasi adalah melalui turutan proses dan kerja berikut:

  1. Mesin acuan suntikan plastik akan menghantar data kepada alat yang dikenali sebagai “operators tools” secara langsung. Secara langsung bermakna data diperolehi adalah yang sebenar dan sahih tanpa ada pengubahsuaian oleh individu yang terlibat dengan alat tersebut (Hanya pihak pengurusan yang boleh membuat pengubahsuaian).
  2. “Operator Tools” inilah yang akan menganalisa segala data diperolehi kepada pengiraan yang diperlukan seperti dinyatakan untuk perkara i) hingga vi) diatas, melalui perisian yang tersedia didalam “Operators Tools” ini.
  3. Segala cerapan pengiraan ini akan dikongsi secara automatik dan dihantar kepada “Server Cloud” melalui bantuan Wifi berhalaju tinggi ke “Info Screen” serta “Office Tools”.
  4. “Info Screen” ini boleh dipasang merata di kawasan industri kilang tersebut termasuk di dalam bilik mesyuarat asalkan ianya mempunyai talian Wifi dikawasan itu. Maka pihak pengurusan dapat memantau prestasi syif, mesin dan pekerja melalui “Info Screen” ini secara terus tanpa perlu menunggu sehingga habis syif.
  5. Kelebihan “Sistem Pembuatan Pintar” ini adalah melalui kebolehan “Office Tools” yang terdiri samada komputer riba, tablet ataupun telefon pintar asalkan ianya telah dipasangkan dengan perisian tertentu. “Office Tools” ini bukan sahaja boleh diakses di kawasan industri kilang tersebut,juga 24 jam di serata dunia dengan syarat terdapat sambungan internet. Data maklumat ini diambil dari “Server Cloud” yang menyimpan segala maklumat diperlukan. Jadi pengurusan kilang sentiasa dapat memantau data maklumat diperlukan walau dimana – mana sahaja dan pada waktu bila – bila. Terbaiknya data – data maklumat ini secara langsung yang tepat dan telus tanpa ada peluang pihak tertentu mengubahsuaikan data untuk kepentingan individu. (Dapat mengelakkan penipuan data).
  6. Dengan teknologi seperti ini dapat mengurangkan pergantungan kepada kertas (check sheet), dan dapat mengurang masa untuk mendapat data analisa yang diperlukan untuk dibawa ke meja rundingan.

 

Mengapakah penulis mengatakan data – data yang tepat dan telus ini bernilai? Kerana dengan data – data inilah pihak pengurusan dapat membuat tindakan yang terbaik untuk pembaikan terhadap mesin – mesin yang bermasalah daripada terus membuat kerugian kepada syarikat. Pihak pengurusan juga dapat memantau prestasi setiap pekerja kerana di rekodkan siapa terlibat bagi setiap syif dan mesin itu. Dengan tindakan susulan yang baik dari pihak pengurusan bagi mengelakkan   kerugian terus, maka penulis anggap data – data yang tepat dan telus ini memang amat bernilai bagi syarikat tersebut.

 

Mesin Acuan SuntikanPlastik
Skrin Masa Nyata Sistem Pembuatan Pintar

Walaubagaimanapun Sistem Pembuatan Pintar ini memang masih di dalam peringkat pembangunan. Hanya beberapa syarikat industri acuan suntikan plastik di Malaysia yang menggunakan teknologi yang berunsur ke arah Revolusi Industri 4.0 ini. Penulis juga berpeluang melihat sendiri sistem ini telah dipraktikkan di beberapa syarikat di Malaysia. Di luar negara seperti di China dan German telah banyak syarikat menggunakan teknologi seperti ini. Bagi Institusi pengajian di Malaysia juga terdapat Institut yang mengunakan teknologi ini sebagai persediaan ke arah Revolusi Industri 4.0 khas untuk memantapkan pelajar – pelajar mereka menghadapi zaman teknologi yang semakin berkembang. Salah satunya adalah German-Malaysian Institute dimana bengkel pemprosesan plastik bagi pelajarnya telah pun dilengkapi dengan sistem yang maju ini.  Walaupun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaharui bagi sistem ini, sekurangnya ia adalah inisiatif yang positif untuk akan datang khususnya bagi menyahut saranan kerajaan Malaysia dalam persediaan menuju Revolusi Industri 4.0 .

Kredit Foto : Shutterstock

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: German-Malaysian InstituteJabatan Kejuruteraan MekanikalRaja Azlan Bin Raja AbdullahRevolusi Perindustrian Keempat (4IR)Sistem Pembuatan PintarTeknologi Acuan
ShareTweetShare
Previous Post

Vape Membunuh Mangsa Pertama di Amerika Syarikat

Next Post

Penyelidik UKM Catat Sejarah terbitkan Hasil Kajian dalam Jurnal Terkemuka Dunia

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Penyelidik UKM Catat Sejarah terbitkan Hasil Kajian dalam Jurnal Terkemuka Dunia

Penyelidik UKM Catat Sejarah terbitkan Hasil Kajian dalam Jurnal Terkemuka Dunia

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In