23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Keistimewaan Yogurt Susu Kambing: Khasiat Hebat dalam Setiap Suapan

Keistimewaan Yogurt Susu Kambing: Khasiat Hebat dalam Setiap Suapan

Editor by Editor
10/08/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Azlina binti Mansor¹ & Kong Yen Shuen²

¹Pegawai penyelidik , Program Teknologi Enzim dan Fermentasi, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI
²Mahasiswa, Bachelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia

Tahukah anda bahawa yogurt bukan sekadar makanan yang lazat, malah merupakan antara makanan berfungsi yang memberi manfaat kepada kesihatan usus? Kini, yogurt susu kambing semakin mendapat perhatian ramai kerana gabungan khasiat semula jadi susu kambing di samping manfaat fermentasi oleh bakteria baik. Hasilnya ialah produk tenusu yang bukan sahaja enak dinikmati, kaya dengan nutrien, probiotik dan pelbagai sebatian bioaktif yang menyokong kesihatan tubuh. Tidak hairanlah pasaran yogurt dunia dijangka terus berkembang dan melebihi USD167 bilion menjelang tahun 2033.

Kaya dengan Nutrisi dan Sebatian Bioaktif

Yogurt susu kambing boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi kerana mengandungi gabungan nutrien penting, probiotik dan sebatian bioaktif untuk manfaat kasihatan. Ia dihasilkan melalui proses fermentasi kultur simbiotik Streptococcus thermophilus dan Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus. Proses ini bukan sekadar memberikan rasa masam yang unik serta memanjangkan jangka hayat produk, malah ia membebaskan sebatian bioaktif yang menyokong kesihatan tulang, sistem imun, dan keseimbangan mikrobiota usus. Ia secara semula jadi padat dengan kalsium, fosforus, magnesium, serta vitamin A, D, riboflavin, dan vitamin kumpulan B. Menariknya, penyelidikan moden mendapati yogurt ini memiliki pelbagai sifat fisiologi yang hebat termasuklah potensi antioksidan, anti-radang, antidiabetik, antihipertensi, dan antikanser.

Mesra Penghadaman Berbanding Susu Lembu

Ramai yang beralih daripada susu lembu kepada yogurt susu kambing atas faktor keselesaan usus. Berbanding susu lembu, susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah (kurang sekitar 10-13%) dan saiz globul lemak yang jauh lebih kecil, serta pembentukan dadih yang lebih lembut di dalam perut, menjadikannya sangat mudah dihadam terutamanya bagi mereka yang mengalami intoleransi laktosa ringan.

Lebih menakjubkan, susu kambing didominasi oleh protein β-kasein A2 dan mempunyai tahap αs1-kasein yang sangat rendah. Tahap αs1-casein yang tinggi dalam susu lembu sering menjadi punca alahan dan menyebabkan kembung perut (dadih yang lebih keras), manakala komposisi protein susu kambing membentuk dadih yang jauh lebih lembut dan selesa untuk perut. Usus anda juga pasti selesa kerana yogurt susu kambing mengandungi kandungan oligosakarida prebiotik yang lebih tinggi yang bertindak menyokong pembiakan bakteria baik berbanding yogurt susu lembu.

Rahsia Pembekalan Tenaga Pantas dan Penjagaan Kolesterol

Selain rupa fizikalnya yang kelihatan lebih putih (kerana β-Carotene daripada diet kambing ditukarkan sepenuhnya kepada vitamin A).  Keunikan yogurt ini turut terserlah pada profil asid lemaknya. Ia kaya dengan asid lemak rantaian sederhana (MCT) dan rantaian pendek seperti asid kaproik, kaprilik dan kaprik yang memberikan aroma tersendiri yang unik pada susu kambing. Namun, MCT ini mempunyai kelebihan kerana sangat cepat diserap oleh badan dan segera ditukar menjadi tenaga. Kandungan MCT ini berpotensi besar dalam membantu menguruskan berat badan, memperbaiki profil lipid, dan mengurangkan kolesterol darah.

Kaedah Penghasilan Secawan Yogurt

Bagi menghasilkan yogurt susu kambing yang berkualiti, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

1-Homogenisasi

Susu kambing dihomogenkan bagi memecahkan globul lemak kepada saiz yang lebih kecil. Proses ini membantu menghasilkan tekstur yogurt yang lebih halus dan berkrim, di samping mengurangkan sineresis atau pemisahan whey.

2-Penyediaan Campuran

Susu kambing yang telah dihomogenkan dicampurkan dengan 6% susu skim dan 10% gula. Oleh sebab kandungan kasein dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu, yogurt yang terhasil mempunyai tekstur yang lebih lembut serta kurang mengental secara semulajadi. Justeru, bahan pemekat seperti pektin, gam xantan atau gam gellan boleh ditambah bagi meningkatkan kelikatan dan kestabilan tekstur.

3- Pempasteuran dan Fermentasi

Campuran tersebut dipasteur pada suhu 85°C selama 25 minit untuk memastikan keselamatan daripada mikroorganisma lain, di samping membina asas pembentukan dadih. Selepas disejukkan ke suhu bilik, adunan dicampurkan dengan 5% inokulum (kultur pemula) dan dibiarkan melalui proses pemeraman (fermentasi) selama 24 jam sehingga menghasilkan rasa masam lembut yang diidamkan.

Rajah 1: Carta alir umum pemprosesan yogurt (penghomogenan, penambahan bahan pemekat, pempasteuran, penyejukan ke pada suhu bilik, inokulasi kultur pemula dan fermentasi).

Pilihan Bijak untuk Kesejahteraan Diri

Walaupun terdapat segelintir pengguna yang mungkin masih ragu-ragu dengan aroma bau hamis kambing yang kuat, inovasi dalam teknik pemprosesan moden berjaya mengatasi cabaran tekstur dan aroma ini, menjadikannya lebih menyelerakan. Dengan gabungan nutrisi semula jadi, bakteria probiotik dan teknologi fermentasi moden, yogurt susu kambing muncul sebagai alternatif tenusu yang bukan sahaja enak malah berpotensi menyokong kesihatan usus, tulang dan kesejahteraan tubuh secara menyeluruh. Sama ada dinikmati sebagai sarapan, snek atau pencuci mulut, setiap suapan menawarkan gabungan rasa, nutrisi dan manfaat kesihatan yang menjadikan yogurt susu kambing pilihan bijak untuk seisi keluarga.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Azlina binti MansorMARDIPegawai Penyelidikpembuatan dadihprobiotikProgram Teknologi Enzim dan FermentasiPusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanansistem pencernaanYoghurt Susu Kambingyogurt
ShareTweetShare
Previous Post

Khazanah Hijau di Sebalik Kampus: Mengapa Hutan Universiti Perlu Dipelihara?

Next Post

Perubahan Iklim dan Cabarannya terhadap Kehidupan Golongan Orang Kelainan Upaya

Editor

Editor

Related Posts

Peluang Terbaik Matematikawan Menjadi Solopreneur
Berita & Peristiwa

Peluang Terbaik Matematikawan Menjadi Solopreneur

1 week ago
Air Liur: Perisai Semula Jadi yang Melindungi Gigi
Berita & Peristiwa

Air Liur: Perisai Semula Jadi yang Melindungi Gigi

2 weeks ago
Debu Gunung Berapi Anak Krakatau: Dari Udara ke Paru-Paru, Dari Letusan ke Kesan Domino
Alam Semulajadi

Debu Gunung Berapi Anak Krakatau: Dari Udara ke Paru-Paru, Dari Letusan ke Kesan Domino

2 weeks ago
Bagaimana Matematik Membina Masa Depan Perniagaan?
Berita & Peristiwa

Bagaimana Matematik Membina Masa Depan Perniagaan?

2 weeks ago
Next Post
Perubahan Iklim dan Cabarannya terhadap Kehidupan Golongan Orang Kelainan Upaya

Perubahan Iklim dan Cabarannya terhadap Kehidupan Golongan Orang Kelainan Upaya

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In