23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kem Musim Panas Malaysia 2023: Peluang Terokai Bidang Kesihatan Persekitaran di Institusi Pengajian Tinggi dan Pengamal Kesihatan Persekitaran Sedunia

Kem Musim Panas Malaysia 2023:Peluang Terokai Bidang Kesihatan Persekitaran

Editor by Editor
11/08/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Prof Madya Dr. Farah Ayuni Shafie
Centre of Environmental Health and Safety
Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kem Musim Panas Malaysia 2023 dengan tema “Memahami Ancaman Kesihatan” telah berjaya dijalankan sebagai program pendidikan antarabangsa yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Kem ini berlangsung dari 3 hingga 15 Julai 2023, selama dua minggu dan melibatkan 23 pelajar “Bachelor in Health Sciences” dari Australian National University (ANU) bersama dengan dua orang pensyarah pengiring, Dr. Andrew Mathieson dan Dr Nicole Vargas.

Penganjuran program ini dirasakan begitu bererti kerana ANU merupakan salah satu universiti terkemuka dunia. Mereka berada di tangga ke 34 QS World University Ranking dan tangga kedua Times Higher Education untuk universiti di Australia dan mereka sangat berbesar hati untuk belajar penyampaian kesihatan dari Malaysia. Menurut penyelaras program, Profesor Madya Dr. Farah Ayuni Shafie, objektif utama kem musim panas ini adalah untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang pelbagai ancaman kesihatan kepada pelajar dan pengamal yang berminat dalam bidang kesihatan awam dan kesihatan persekitaran di Malaysia. Program ini melibatkan fasilitator berpengalaman yang pakar dalam bidang kesihatan persekitaran dan kesihatan awam, serta kelestarian alam. Peserta diberi penerangan mendalam tentang kepentingan kesihatan persekitaran dalam memelihara kesihatan dan keselamatan manusia sejagat. Mereka juga diharap memperoleh kemahiran dan pengetahuan berharga yang dapat diterapkan dalam pengajian akademik dan kerjaya mereka. Kem ini merangkumi pelbagai aspek kesihatan persekitaran, termasuk kualiti udara dan air, kawalan penyakit, pengurusan sisa, perubahan iklim, dan impak pencemaran terhadap kesihatan manusia. Salah satu ciri unik program ini adalah penekanan pada aktiviti praktikal dan pengalaman pembelajaran interaktif, yang menggalakkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan peserta.

Kem musim panas ini bermula di UiTM Puncak Alam dengan penganjuran “International Environmental Health and Safety Mini Colloquium”. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar ANU dan UiTM. Aktiviti-aktiviti semasa kolokium termasuk pembentangan poster Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), sesi perkongsian tentang Kesihatan Persekitaran dan Kelestarian di Australia oleh Dr. Andrew Mathieson, dan lawatan ke Projek Perintis Lalat Tentera Hitam untuk menyaksikan pengolahan sisa makanan menjadi makanan ternakan di dalam kampus. “Buddy system” antara pelajar ANU dan UiTM membolehkan berinteraksi semasa lawatan kampus dan aktiviti ini mendapat maklum balas yang positif dari pelajar dan pengiring ANU. Pelajar ANU menyatakan penghargaan mereka di atas perkongsian ilmu, kemahiran berkomunikasi dan kesantunan warga Malaysia yang mesra sepanjang mereka berada di UiTM.

Kem musim panas diteruskan dengan pengalaman di sebuah kampung tradisional di Sungai Haji Dorani. Pelajar ANU terlibat dalam pelbagai aktiviti budaya, seperti mencanting batik, menebar roti canai, menangkap ikan di sawah padi, menyaksikan kelip-kelip, dan menyertai pertunjukan kuda kepang. Kemuncak kem ini adalah lawatan ke Taman Negeri Royal Belum di atas bot sungai, di mana pelajar didedahkan tentang sistem penyampaian kesihatan di kawasan luar bandar, termasuk bekalan air dan sanitasi, serta kawalan malaria. Taklimat dan demonstrasi kawalan malaria dikendalikan oleh Tuan Haji Azlan Abdullah, mantan Pegawai Kesihatan Persekitaran. Interaksi dengan masyarakat orang asli juga memberikan kesan mendalam kepada pelajar ANU, begitu juga penerokaan kepelbagaian biodiversiti hutan hujan di Malaysia. Hari-hari berikutnya di kem musim panas dijalankan di kawasan bandar, dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan inisiatif kitar semula komuniti, lawatan ke klinik kesihatan, dan pengambilan sampel bio-ekologi untuk kawasan rekreasi. Peserta kem sangat kagum dengan sistem penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai berpatutan dan mesra pengguna.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada penganjur bersama Kem Musim Panas Malaysia 2023, termasuk Persatuan Kesihatan Enviromen Malaysia (MAEH), Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, dan Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri UKM, atas komitmen dalam menjayakan kem yang menyeronokkan bagi pelajar tempatan dan antarabangsa. Selepas penganjuran berjaya “16th International Federation of Environmental Health (IFEH) World Congress on Environmental Health” di World Trade Centre Kuala Lumpur oleh Persatuan Kesihatan Enviromen Malaysia, pihak penganjur mengalu-alukan kerjasama untuk kem musim panas di Malaysia pada masa hadapan yang melibatkan universiti antarabangsa dan para pengamal kesihatan persekitaran dari seluruh dunia.

Gambar-gambar Sepanjang Program

Gambar1: Menyediakan slaid darah untuk analisa ‘Blood Film Malaria Parasite’ (BFMP)
Gambar2: Demonstrasi pemburuan di dalam hutan
Gambar3: Bersama ketua kampung orang asli Kampung Klewang untuk aktiviti masyarakat dan kawalan Malaria
Gambar4: Kenangan di atas rumah bot di Taman Negeri Royal Belum
Gambar5: Mengendalikan penyembur residu kawalan malaria


Video Aktiviti Kem Musim Panas Malaysia 2023

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kem Musim Panas Malaysia 2023UITM
ShareTweetShare
Previous Post

Ilmu dan Teknologi Berasaskan Omik Memacu Bidang Bioteknologi

Next Post

Fasa Generalisasi: Oh… Itukah Cara Rupanya Euler Berkomunisasi dan Berkongsi Pemikiran Matematiknya?

Editor

Editor

Related Posts

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan
Berita & Peristiwa

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

7 days ago
Next Post
Fasa Generalisasi: Oh… Itukah Cara Rupanya Euler Berkomunisasi dan Berkongsi Pemikiran Matematiknya?

Fasa Generalisasi: Oh… Itukah Cara Rupanya Euler Berkomunisasi dan Berkongsi Pemikiran Matematiknya?

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In