23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, March 6, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Masalah Yang Menimpa Para Pengembara Masa: Bahagian Dua

Taza Aznam by Taza Aznam
28/05/2018
in Fiksyen, Buku & Filem
0 0
0

Oleh: Admin Fiziklah!

Tanpa berceloteh panjang, ayuh sambung dengan bahagian kedua dalam Dilema Pengembara Masa. Bahagian 1 ada di sini! Jenis kedua kaedah/peraturan pengembaraan masa (time travel) adalah seperti berikut:

The Big Bang Theory / Warner Bros. Pictures

2) Garis masa tetap (fixed timeline) – bayangkan situasi berikut. Anda, pada waktu semasa, sedang berbaring-baring di atas katil kamar tidur anda sambil melayan drama Melayu di tonton.com. Tidak lama selepas itu, pada saat 10:31:23pm, kedengaran dentuman yang agak kuat dari arah dapur, diikuti dengan riuh-rendah periuk belanga yang jatuh ke lantai. Dek kerana anda seorang yang penakut dan tak berani untuk melihat apa yang baharu sahaja berlaku, anda menyorok di bawah katil.

The Walking Dead / Entertainment One

Sambil terketar-ketar menanti ajal, kedengaran seseorang sedang berlari di ruang tamu, membuka pintu utama dan meninggalkan rumah anda. Tatkala menghela nafas lega, anda terpandang sebuah peti di bawah katil, dan di dalamnya terdapat sebuat beg bimbit biola (seperti dalam filem Predestination). Di atas beg bimbit itu, terdapat sebuah pendail berformat DD:MM:YY & hh:mm:ss. Dengan perasaan ingin tahu yang mampu membunuh kucing, anda mendail tarikh hari ini iaitu 27:12:2016 dan diikuti dengan waktu 10:31:23pm. Pusaran angin melanda dan anda lenyap dari pandangan.

Predestination / Pinnacle Films

Poof! Anda telah kembali ke tarikh dan waktu yang didail! Tatkala masih tidak dapat mencerna apa yang baharu sahaja terjadi, sifat gopoh anda menyebabkan anda terlanggar periuk belanga segala. Panik! Anda melarikan diri dan keluar dari rumah. 10 minit selepas itu, terasa seperti dihempap batu kesedaran, baharu anda fahami apa yang baharu saja berlaku!

Predestination / Pinnacle Films

 

Fuh panjang betul cerpen yang saya karang! Isi utamanya di sini adalah untuk menerangkan konsep pengembaraan masa jenis garis masa tetap; iaitu apa yang akan berlaku, telah pun berlaku! Itu sahaja, mudah sahaja sebenarnya, dan saya tak perlu pun karang cerpen panjang-panjang, tapi itu lah.  Berbeza dengan jenis garis masa dinamik yang membenarkan pengembara masa untuk mengubah sejarah, jenis garis masa tetap telah menetapkan sejarah dan mentakdirkan bahawa akan ada pengembara masa dari masa hadapan yang kembali ke masa lampau. Kesan kehadiran pengembara tersebut telah pun ditinggalkannya di masa lampau.

Berbalik kepada cerita fantasi anda tadi, andai kata selepas anda lenyap dan muncul semula di dapur lalu terus menyedari apa yang terjadi, maka anda (masa hadapan) membuat keputusan untuk berjumpa dengan anda (masa lampau) dan memberitahunya untuk tidak menggunakan mesin masa itu, jika dijumpainya nanti. Namun, disebabkan anda (masa lampau) tidak mempunyai memori berjumpa dengan anda (masa hadapan), maka rancangan anda (masa hadapan) itu tidak mungkin dan tidak akan berlaku!

Anda tidak boleh melawan takdir atau mengubah sejarah! Ia telah ditakdirkan (predestined). Itulah yang dicadangkan oleh pengembaraan masa jenis ini. Filem yang mungkin anda pernah tonton yang menggunakan konsep ini adalah Harry Potter & The Prisoner of Azkaban. Semua yang dilalui Harry, Hermione dan Ron sebelum Harry dan Hermione menggunakan Time’s Turner untuk kembali beberapa jam sebelum itu telah pun berlaku, dan mereka hanya kembali ke masa lampau untuk melengkapkan lingkaran masa tersebut.

Harry Potter and The Prisoner of Azkaban / Warner Bros. Pictures

Meskipun konsep pengembaraan masa seperti ini kedengaran lebih menarik berbanding jenis pertama, namun ia juga mempunyai kelemahannya. Situasi di mana anda tidak dibenarkan (atau tidak akan berjaya) mengubah sejarah dan masa hadapan mewujudkan Paradoks Ketiadaan Pilihan (No Choice Paradox). Paradoks ini bertentangan dengan kebolehan semulajadi manusia untuk membuat pilihan (free will); dan ia juga bertentangan dengan tujuan pengembaraan masa itu sendiri!

Disebabkan paradoks ini juga, para saintis berpendapat bahawa pengembaraan masa jenis garis masa tetap adalah mustahil!

Nantikan entri seterusnya!

*Meskipun kemungkinannya tidak dibenarkan di dunia realiti, di layar perak, jenis pengembaraan masa seperti ini adalah yang paling mengujakan (pada pandangan saya)! Tonton filem Predestination jika anda belum berbuat demikian, mungkin otak anda akan sedikit berdenyut selepas menontonnya 🙂

Kongsikan artikel ini!
Dipetik dari laman Fiziklah! dengan izin penulis.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Masalah Yang Menimpa Para Pengembara Masa: Bahagian Pertama

Next Post

Selamat Tinggal Majlis Profesor Negara - Pengajaran & Iktibar

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

2 years ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

2 years ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 years ago
Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

3 years ago
Next Post
Selamat Tinggal Majlis Profesor Negara – Pengajaran & Iktibar

Selamat Tinggal Majlis Profesor Negara - Pengajaran & Iktibar

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In