23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengukur Pencemaran Air Melalui BOD dan COD

Mengukur Pencemaran Air

Editor by Editor
18/02/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Rizafizah Othaman
Jabatan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

 

Kita sering mendengar berita tentang pencemaran air. Sungai di Malaysia dikatakan 53% sahaja bersih tetapi yang selebihnya berada dalam kategori sungai tercemar.  Malah kita dikejutkan dengan pencemaran teruk Sungai Kim-Kim pada 7 Mac 2019 sehingga beberapa orang murid dimasukkan ke hospital kerana terhidu wap kimia yang dibebaskan. Di Selangor pula, sering berlaku gangguan air kerana loji rawatan terpaksa dihentikan kerana isu pencemaran ini.

Bagaimanakah pencemaran air diukur?

Pencemaran air diukur melalui Indeks Kualiti Air (IKA) seperti yang digariskan oleh Standard Kualiti Air Negara (ANNEX). Keperluan Oksigen Biokimia (Biochemical oxygen demand, BOD) dan Keperluan Oksigen Kimia (Chemical Oxygen Demand, COD) adalah dua daripada parameter terpenting untuk mengukur tahap pencemaran air.

BOD ialah jumlah oksigen (O2) yang digunakan oleh mikroorganisma untuk memecahkan bahan organik. Ini biasanya bakteria (aerobik atau anaerobik), yis dan plankton yang terkandung di dalam air. Ia adalah ukuran tahap pencemaran dan dinyatakan dalam mgO2/L. Ia diukur melalui proses biologi yang terperinci dan memakan masa, dan bergantung pada suhu. Pengukuran standard dilakukan pada suhu 20 °C selama 5 hari dan dipanggil BOD5. Tempoh 5 hari dipilih, kerana ini adalah purata masa yang diperlukan oleh sungai di Britain untuk sampai ke laut.

Secara umum, semakin besar pencemaran, semakin tinggi BOD. Ia memberikan ukuran kasar dan beberapa nilai rujukan untuk jenis air tertentu adalah seperti berikut:

Tulen: 2 – 20 mg/L
Sedikit tercemar: 20 – 100 mg/L
Sederhana tercemar: 100 – 500 mg/L
Sangat tercemar: 500 – 3,000 mg/L
Amat tercemar: 3,000 – 15,000 mg/L

 

COD, permintaan kimia untuk oksigen sumber air, ialah jumlah oksigen yang diperlukan untuk memecahkan bahan organik secara kimia dan menukarkannya kepada CO2 dan H2O. Ia juga dinyatakan dalam mgO2/L, dan semakin tinggi COD, semakin tercemar air tersebut. Walau bagaimanapun, ujian ini hanya mengambil masa kira-kira 3 jam, jadi hanya sedikit masa yang diperlukan untuk mendapatkan keputusan berbanding ujian BOD.

COD dalam air sisa industri biasanya pada tahap 50 – 2,000 mgO2/L, walaupun boleh mencapai lebih daripada itu bergantung kepada jenis industri.

Kenapakah kandungan oksigen yang diukur?

Oksigen merupakan gas yang banyak di udara dan air selain daripada gas nitrogen. Oksigen diperlukan untuk memecahkan atau menghuraikan bahan. Lebih banyak bahan untuk dipecahkan, lebih banyak oksigen yang diperlukan.

Ekosistem yang normal dan seimbang secara semula jadi akan mempunyai sejumlah oksigen. Di dalam air, haiwan dan organisma akuatik memerlukan oksigen untuk bernafas.  Oksigen berada dalam keseimbangan kerana dihasilkan oleh flora akuatik dan alam sekitar. Ikan, alga dan bahan yang mereput semuanya akan mendapatkan jumlah oksigen yang normal sekiranya berlaku secara normal.

Sekarang bayangkan apabila terdapat terlalu banyak bahan organik yang terurai. Atau organisma akuatik membiak pada kadar yang membimbangkan kerana bahan pencemar merupakan makanan kepada organisma akuatik tersebut. Semestinya, kandungan oksigen akan menjadi tidak seimbang. Sebab itulah kandungan oksigen diukur untuk mengetahui pencemaran air.

Perbezaan utama BOD dan COD?

Perbezaan utama antara BOD dan COD ialah COD mengukur semua bahan organik melalui tindakbalas pengoksidaan kimia menggunakan reagen, manakala BOD hanya mengukur bahan organik yang boleh atau terdegradasi secara biologi. Oleh itu, untuk sampel air tertentu, COD sentiasa menunjukkan nilai lebih tinggi daripada BOD.

Dengan memberikan lebih banyak maklumat dan lebih cepat diperoleh, COD sering menjadi standard rujukan di lapangan. Selain daripada BOD dan COD,  parameter oksigen terlarut (DO),  ammonia nitrogen (NH3-N), pepejal terampai (SS) dan pH juga diukur untuk melihat tahap pencemaran air.

 

Ilustrasi BOD
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FST UKM airindeks pencemaran airpengukuran pencemaran
ShareTweetShare
Previous Post

Kepentingan Resistograph dalam Penilaian dan Penyelenggaran Dirian Pokok

Next Post

Migrasi Burung Raptor ke Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

3 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

7 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

7 days ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Migrasi Burung Raptor ke Malaysia

Migrasi Burung Raptor ke Malaysia

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In