23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

Editor by Editor
24/03/2023
in Berita & Peristiwa, Fizik, Matematik
0 0
0

Penulis: Lukhman Abdul Taib
Jabatan Sains Teoritikal dan Perkomputeran,
Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

Luis Angel Caffarelli, seorang profesor matematik berasal dari Argentina di Universiti Texas di Austin, telah diisytiharkan sebagai penerima Hadiah Abel bagi tahun 2023. Pengiystiharan tersebut telah dibuat menerusi pancaran siaran langsung di saluran YouTube The Abel Prize pada 22 Mac 2023 pukul 7 petang (waktu Malaysia) dan ia disampaikan oleh Lise Øvreås selaku Presiden Norwegian Academy of Science and Letters.

Beliau telah dipilih “di atas sumbangan beliau yang sangat besar pengaruhnya berkenaan teori kenalaran (regularity theory) di dalam bidang persamaan pembezaan separa tak linear, termasuklah masalah sempadan bebas (free-boundary problems) dan persamaan Monge-Ampère”. Beliau diberi jolokan ‘Messi Matematik’ oleh media disebabkan penganugerahan hadiah yang berprestij ini berlaku beberapa bulan setelah Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Argentina di dalam Piala Dunia 2022.

Luis Caffarelli merupakan pakar terkemuka di dalam bidang persamaan pembezaan separa, iaitu bidang yang berasaskan kaedah menggambarkan kadar perubahan sesuatu benda secara berterusan yang dipelopori oleh Isaac Newton dan Gottfried Leibniz pada abad ke-17. Banyak fenomena fizikal dan tingkahlaku sosial digambarkan menerusi persamaan pembezaan separa seperti aliran bendalir dan pertumbuhan populasi.

ARTIKEL BERKAITAN – Karen Uhlenbeck Wanita Pertama Menerima Hadiah Abel
ARTIKEL BERKAITAN – Pakar Kebarangkalian Dinobatkan Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2020
ARTIKEL BERKAITAN – Robert Langlands Diumum Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2018

Meskipun demikian, masih banyak persoalan utama berkenaan persamaan pembezaan separa yang belum terjawab sehingga kini misalnya kestabilan dan keunikan penyelesaian, serta kemunculan dan jenis-jenis kenalaran yang wujud di dalam sesetengah persamaan.

Hasil kerja Luis Caffarelli telah memberikan sumbangan dalam mencirikan kenalaran ini, yang kemudiannya berkembang membentuk teori kenalaran. Kata-kata pujian dari pihak jawatankuasa Hadiah Abel menyifatkan hasil kerja beliau “telah mempengaruhi kefahaman ahli matematik berkenaan kelas-kelas persamaan pembezaan separa tak linear dengan gunaan yang meluas”.

Luis Caffarelli mengkaji ketekalan persamaan-persamaan ini secara bermatematik, cuba untuk melihat adakah ianya mewakili alam realiti atau tidak. Pengerusi jawatankuasa Hadiah Abel, Helge Holden, mengatakan, “Matematik adalah seperti pisau tentera Swiss: alat yang sama boleh digunakan pada masalah yang berbeza. Alat yang telah Caffarelli perkenalkan telah digunapakai ke atas masalah yang pelbagai, bermula persamaan yang menggambarkan alam semulajadi sehinggalah matematik kewangan.”

Luis Angel Caffarelli dilahirkan pada 8 Disember 1948 di Buenos Aries, Argentina, dan membesar di sana. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Sains pada tahun 1968 dan Doktor Falsafah pada tahun 1972 dari Universiti Buenos Aries. Beliau membuat kajian PhD yang bertajuk Sobre conjugación y sumabilidad de series de Jacobi (Berkenaan konjugasi dan kebolehjumlahan siri Jacobi) di bawah seliaan Calixto Caledron.

Sebelum ini, beliau telah menjadi profesor di Universiti Minnesota, Universiti Chicago dan Institut Sains Matematik Courant di Universiti New York. Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Kajian Lanjutan di Princeton dari tahun 1986 sehingga 1996. Kini, beliau merupakan pemegang Kerusi Sid Richardson di Universiti Texas di Austin.

Hadiah Abel dinamakan sebagai bentuk penghormatan kepada Niels Henrik Abel, seorang ahli matematik Norway pada abad ke-19, yang telah membuat sumbangan besar dalam beberapa bidang matematik meskipun dalam jangka masa hidup yang singkat. Beliau meninggal dunia pada usia 26 tahun disebabkan penyakit batuk kering. Hadiah yang berprestij ini mula dianugerahkan secara tahunan bermula tahun 2003.

ARTIKEL BERKAITAN – Ahli Matematik Itali dan Ahli Astronomi US terima Hadiah Crafoord 2020
ARTIKEL BERKAITAN –
Terence Tao Penerima Pertama Hadiah Riemann

ARTIKEL BERKAITAN – Penerima Anugerah 2020 Breakthrough Prize in Mathematics

Sumber:

1-https://abelprize.no/abel-prize-laureates/2023
2-https://abelprize.no/biography/luis-caffarelli-biography
3-https://abelprize.no/citation/citation-luis-caffarelli
4-https://www.theguardian.com/science/2023/mar/22/the-messi-of-maths-argentinian-luis-caffarelli-wins-abel-prize

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Abel PrizeHadiah Abel. Matematik
ShareTweetShare
Previous Post

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

Next Post

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

22 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In