23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pakar Kebarangkalian Dinobatkan Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2020

Info Matematik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
31/03/2020
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh : Lukhman Bin Abdul Taib
Jabatan Sains Perkomputeran & Teoritikal, Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

 

Dari kiri: Hillel Furstenberg dan Gregory Margulis. Kredit: Dan Rezetti

 

Hillel Furstenberg, profesor emeritus di Hebrew University of Jerusalem, dan Gregory Margulis, profesor matematik di Yale University, telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Abel bagi tahun 2020. Akademi Persuratan dan Sains Norway berkata di dalam sebuah kenyataan rasmi, hadiah yang berprestij di dalam matematik itu dianugerahkan kepada Furstenberg dan Margulis “kerana merintis penggunaan kaedah-kaedah dari teori kebarangkalian dan teori sistem dinamik ke dalam teori kumpulan, teori nombor dan kombinatorik.”

 

Suatu cabang utama di dalam teori kebarangkalian ialah kajian perjalanan rawak, misalnya jalan yang diambil oleh seorang pelancong untuk meneroka sebuah bandar yang tidak diketahui dengan membaling duit syiling untuk membelok kanan atau kiri di setiap persilangan jalan. Di sini, Furstenberg dan Margulis telah mengadaptasi perjalanan rawak dan memperkenalkan teknik-teknik menyerupainya untuk menyiasat struktur kumpulan linear, contohnya set matriks yang tertutup di bawah hasil darab dan songsang. Dengan mengambil hasil darab matriks-matriks yang telah dipilih secara rawak, kita dapat menggambarkan bagaimana hasilnya berkembang dan apa perkembangan tersebut menceritakan struktur kumpulan linear tersebut.

 

Pada tahun 1967, Hillel Furstenberg memperkenalkan idea ketakcantuman (disjointness), suatu idea di dalam teori ergodik yang menyerupai konsep integer perdana bersama (coprime integer). Idea beliau ini ternyata memberikan aplikasi di dalam bidang-bidang lain seperti teori nombor, pemprosesan isyarat dan kejuruteraan elektrik. Sepuluh tahun kemudian, Frustenberg telah menggunakan kaedah dari teori ergodik untuk membuktikan teorem Szemerédi di dalam makalahnya yang tertajuk Ergodic behavior of diagonal measures and a theorem of Szemerédi on arithmetic progressions. Teorem tersebut menyatakan mana-mana subset integer dengan positif ketumpatan atas mengandungi janjang aritmetik yang besar secara rawak. Pembuktian Furstenberg telah membawa kepada beberapa hasil penemuan yang mustahak, antaranya pembuktian Ben Green, Terence Tao dan Tamar Ziegler berkenaan jujukan nombor perdana dan konjektur Hardy-Littlewood.

 

Sementara itu, Gregory Margulis telah melakukan revolusi di dalam kajian berkenaan kekisi kumpulan separa mudah. Kekisi di dalam suatu kumpulan ialah subkumpulan diskret di mana hasil bahaginya mempunyai isipadu terhingga. Untuk kumpulan separa mudah, Margulis telah mengelaskan kekisi tersebut di dalam teorem-teorem kesuper-tegaran (superrigidity) dan kearitmetikan (arithmeticity) pada pertengahan 1970-an. Beliau telah membuktikan kesemua kekisi pada taraf 2 atau ke atas muncul dari pembinaan aritmetik, sebagaimana yang telah dikonjekturkan oleh Atle Selberg. Pada tahun 1978, Margulis telah mendedahkan struktur kekisi tersebut menerusi teorem subkumpulan normal. Teknik yang beliau gunakan telah diadaptasi dari kaedah di dalam teori kebarangkalian seperti perjalanan rawak, teorem Oseledets dan sempadan Furstenberg, serta sifat Kazhdan (T).

 

Hans Munthe-Kass, pengerusi urusetia Hadiah Abel menyatakan, “Mereka telah menunjukkan kaedah-kaedah teori kebarangkalian itu sentiasa ada dan keberkesanan merentas sempadan di antara disiplin-disiplin matematik yang berbeza, seperti pembahagian di antara matematik tulen dengan matematik gunaan.” Beliau menambah, “Furstenberg dan Margulis telah menggamamkan dunia matematik dengan kecerdikan mereka menggunakan kaedah kebarangkalian dan perjalanan rawak untuk menyelesaiakan masalah yang mendalam di dalam berbagai cabang matematik. Usaha mereka telah membuka kepada kekayaan hasil penemuan baharu, seperti kewujudan janjang nombor perdana aritmetik yang panjang, kefahaman mengenai struktur kekisi di dalam kumpulan Lie, serta pembinaan graf pengembangan bersama dengan aplikasi kepada teknologi komunkasi dan sains komputer, misalnya.”

 

Hillel Furstenberg dilahirkan di Berlin, Jerman, pada tahun 1935 di dalam sebuah keluarga Yahudi. Beberapa bulan sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat dan beliau membesar di sana. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana muda dan sarjana di Yeshiva University, kemudiannya memperoleh ijazah kedoktoran di University of Princeton di bawah seliaan Salomon Bochner. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penolong profesor di University of Minnesota pada tahun 1961. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke profesor sepenuhnya tetapi beliau meninggalkan Amerika Syarikat pada tahun 1965 untuk bekerja di Hebrew University of Jerusalem. Beliau mengambil keputusan tersebut untuk membantu negaranya, Israel, sebagai pusat matematik dunia, terutama dalam bidang teori ergodik. Furstenberg pernah menerima Hadiah Israel dan Hadiah Harvey pada tahun 1993, serta Hadiah Wolf pada 2006.

 

Gregory (Grisha) Margulis pula dilahirkan di Moscow, Rusia, pada tahun 1946. Pada usia yang muda seawal 16 tahun, beliau telah memperoleh pingat perak di dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa. Beliau melanjutkan pelajarannya di Moscow State University, dan memperoleh ijazah kedoktoran pada tahun 1970 di bawah seliaan Yakov Sinai. Margulis mempunyai kesukaran untuk memperoleh kerjaya pada mulanya disebabkan diskriminasi terhadap statusnya sebagai seorang Yahudi. Beliau memulakan kerjayanya di Institute for Problems in Information Transmission, sebuah institut yang tidak begitu terkemuka. Pada tahun 1991, beliau menerima tawaran jawatan profesor di Yale University dan berpindah ke sana. Margulis juga pernah menerima anugerah Pingat Fields pada tahun 1978, Hadiah Lobachevsky pada 1996 dan Hadiah Wolf pada 2005.

 

Nama bagi Hadiah Abel diambil bersempena dengan nama seorang ahli matematik Norway iaitu Niels Henrik Abel, di mana beliau masyhur dengan pembuktiannya berkenaan ketiadaan penyelesaian bagi persamaan kuintik. Semenjak 2003, Hadiah Abel dianugerahkan secara tahunan untuk menonjolkan kemajuan-kemajuan penting di dalam matematik dan dianggap sebagai ‘Hadiah Nobel bagi komuniti matematik’. Kerajaan Norway membiayai Hadiah Abel, di mana penerima hadiah akan menerima wang sejumlah NOK 7.5 juta (USD 834,00). Majlis Penganugerahan Hadiah Abel pada mulanya dijadualkan pada 19 Mei 2020, tetapi majlis tersebut dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19. Tarikh bagi majlis penghormatan penerima Hadiah Abel akan diumumkan kelak.

 

RUJUKAN

https://www.abelprize.no/c76018/binfil/download.php?tid=76102

https://www.abelprize.no/c76018/binfil/download.php?tid=76077

https://www.abelprize.no/c76018/binfil/download.php?tid=76027

https://www.abelprize.no/c76018/binfil/download.php?tid=76026

Kredit Foto : ABELPRIZE

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Gregory MargulisHillel FurstenbergInfo MatematikJabatan Sains Perkomputeran & TeoritikalKulliyyah SainsLukhman Bin Abdul TaibPemenang Hadiah Abel 2020Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Kanser Mulut

Next Post

Kenapakah Kita Bersin?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

10 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Kenapakah Kita Bersin?

Kenapakah Kita Bersin?

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In