23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 7, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Catat Rekod Hafal 753 Digit Pi

Editor by Editor
01/05/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

KANGAR: Dalam satu Pertandingan Menghafal Digit Pi yang julung kali diadakan di Malaysia baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan empat Seah Jin Hong dari SMK.Tuanku Lailatul Shahreen Perlis telah berjaya menghafal 753 digit Pi dalam masa 10 minit.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil hari ini berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan tersebut.

Secara ringkas, angka Pi merupakan angka tak terhingga yang unik tanpa pengakhiran yang tepat dan ia tidak memiliki pola atau pengulangan pada angka perpuluhannya. Walaupun tidak dijelaskan secara tepat dalam bentuk pecahan, nilai yang paling dekat dan dipersetujui adalah 22/7.

Hafalan yang melebihi 20 digit Pi akan melayakkan peserta untuk disenaraikan namanya di dalam Pi World Ranking List, satu laman sesawang yang mengumpul senarai individu di dunia yang mampu menghafal digit Pi sekurang-kurangnya 20 digit (Rekod dunia hafalan Pi yang mampu dilakukan oleh manusia adalah sebanyak 70,030 digit dan bilangan digit yang mampu dihitung menggunakan komputer khas adalah sekitar 22 trillion digit).

Sebelum ini, seorang murid tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Perlis,  Iskandar Mohamad Nazri, telah menjadi rakyat Malaysia pertama tersenarai dalam Pi World Ranking yang menghafal 60 digit Pi dalam tempoh 21 saat pada November tahun 2017.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu adalah hasil inisiatif Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) Unimap melalui Kelab Pascasiswazah IMK Unimap yang diketuai oleh Dr. Mohamad Nazri Halif yang juga pensyarah di institut tersebut. Program ini merupakan pertandingan menghafal digit Pi yang pertama kalinya diadakan di negeri Perlis melibatkan 19 buah sekolah menengah dengan penyertaan seramai 360 orang pelajar.Dr Nazri turut dikenali sebagai pengasas laman ‘The Beauty of Physics & Math‘, sebuah gerakan mengalakkan bidang matematik dan fizik di kalangan pelajar di peringkat sekolah menengah.

Menurut Dr. Mohamad Nazri selaku Pengarah Projek Pertandingan Menghafal Digit Pi ini, walaupun pelbagai persepsi masyarakat yang melihat apakah faedah di sebalik hafalan Pi yang beratus dan beribu digit ini, namun kebolehan individu untuk memetakan bentuk digit Pi yang susunannya tak rasional dan infiniti ini dalam minda mereka adalah antara signifikannya, di samping memupuk para pelajar agar lebih menghargai simbol-simbol Matematik yang jika diteliti dengan lebih mendalam, wujud kepelbagaian keindahan dan keunikannya.

Tambah beliau, lebih banyak bilangan tempat perpuluhan Pi, ianya akan lebih persis kejituaan pengiraan sesuatu yang melibatkan masalah bulatan seperti dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Kejuruteraan dan Teknologi.

Menurutnya lagi, sangat teruja dengan pertandingan ini yang pada awalnya hanyalah idea biasa sahaja yang telah saya promosikan dalam setiap siri ceramah The Beauty of Physics & Mathematics semenjak tahun 2016. Segala yang dirancang nampaknya menjadi kenyataan, dan, diharapkan dengan usaha ini, dan sokongan dari beberapa syarikat dalam menaja program ini, serta sokongan dari rakan staf akademik dan bukan akademik UniMAP, ianya akan menjadi satu pencetus baharu dalam mempopularkan Keindahan Matematik kepada masyarakat Malaysia.

Pertandingan itu turut mendapat sokongan dari Sekretariat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Unimap, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta Jabatan Pendidikan negeri (JPN).

Berikut adalah senarai nama pemenang


Video dan gambar-gambar pertandingan

Sedikit pembetulan dalam video. Di minit 0.19 ‘Pi adalah nombor bukan nisbah’ (Bukan nombor tak rasional)
 
Di minit 0.51 ‘Rekod dunia menghafal Pi ialah 70,030 angka dalam masa 17 jam 14 minit’ (Bukan 70,053 seperti dalam video)

Sumber Utusan Online-TUANKU Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama para pemenang Pertandingan Menghafal Nombor Pi di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Ulu Pauh di Arau, Perlis, hari ini. – UTUSAN ONLINE


Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Malaysia Menang Pingat Emas Pertandingan Olimpiad Nanoteknologi Antarabangsa di Iran

Next Post

Penemuan Baharu Rawatan Kanser oleh Saintis Wanita Muda Memenangi Anugerah Antarabangsa & Tempatan

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

7 days ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

1 week ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

1 week ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

1 week ago
Next Post
Penemuan Baharu Rawatan Kanser oleh Saintis Wanita Muda Memenangi Anugerah Antarabangsa & Tempatan

Penemuan Baharu Rawatan Kanser oleh Saintis Wanita Muda Memenangi Anugerah Antarabangsa & Tempatan

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In