23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengukuran, Evolusi dan Pandangan Islam

Info Fizik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
12/02/2021
in Berita & Peristiwa, Fizik, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Dr Siti Suriani Othman
Program Komunikasi,  Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia

 

Pengukuran adalah perkara yang sangat penting dan dititikberatkan dalam Islam. Ukuran yang tidak adil dicela dalam Islam dan jika dilihat dari perspektif perniagaan, mencacatkan kredibiliti peniaga di mata pengguna. Allah telah mengingatkan peniaga untuk jangan sesekali mengurangkan timbangan seperti ditegaskan dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

 

Surah al-Mutaffifin Ayat 1-3

 

Ada ayat-ayat lain yang mengingatkan umat Islam hal yang sama. Antaranya firman ALLAH dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). Peringatan turut diberikan dalam surah al-Rahman ayat 9, ALLAH SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Keperluan untuk berhati-hati dengan timbangan dan menekankan keadilan timbangan adalah asas penting dalam Islam, malah dijanjikan ALLAH ganjaran yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang menyempurnakannya.

 

Dalam kehidupan seharian, kita menyebut “berat” sesuatu objek sebagai indikasi timbangan. Misalnya, tepung dipek dalam bungkusan seberat satu kilogram sepaket dan harga diletakkan berdasarkan berat tersebut untuk dijual kepada pengguna. Namun, dalam bidang sains, “berat” wujud dalam dua unit iaitu disebut sebagai “berat” atau weight dan “jisim” atau mass. Jisim tidak berubah walau di mana ia ditimbang manakala berat dipengaruhi tekanan graviti. Maksudnya, jika satu objek ditimbang dengan berat satu kilogram di Bumi, berat objek yang sama lebih ringan di planet lain yang mempunyai tekanan graviti lebih rendah. Namun, jumlah jisimnya adalah sama di mana juga objek tersebut ditimbang.

 

Baru-baru ini, saintis di Barat mendefinisikan semula “berat” dalam erti kata saintifik. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam satu ceramah Siri Syarahan Sains Islam baru-baru ini yang bertajuk “The Kilogram, The Planck’s Constant and Digital Twins” berkongsi perubahan ini yang turut mendapat liputan media antarabangsa. Satu kilogram berat sesuatu bahan sebelum ini ditentukan di Paris dengan unit jisim dikenali sebagai International System of Units (SI). Ia ditentukan menerusi satu artifak berbentuk silinder yang diperbuat daripada platinum dan iridium, lantas “berat” inilah yang digunakan pakai di seluruh dunia serta dikenali sebagai International Prototype of the Kilogram atau IPK.

 

K4 Salinan Artifak International Prototype of the Kilogram di National Institutes of Standards and Technology (NIST)

 

Selepas 100 tahun, dunia akan dapat memahami “berat” menerusi timbangan masing-masing dan tidak perlu lagi “bergantung” kepada IPK yang ditentukan di Paris. Hasil kajian Dr. Bryan Kibble seorang ahli fizik dari United Kingdom dan Dr. George Briggs, ahli metrologi dari makmal Kebangsaan Australia, timbangan Kibble dengan secara rasmi diumumkan sebagai alat yang menghasilkan definisi baharu bagi ukuran “berat” pada 20 Mei 2019 ketika sambutan Hari Metrologi Sedunia. “Mesin Penentu Berat” ini disimpan di National Institutes of Standards and Technology (NIST) di Maryland, Amerika Syarikat yang mengubah definisi berat berdasarkan berat artifak kepada berat konstan yang dikenali sebagai pemalar Planck.

 

Formula Kibble Balance

 

Perubahan ini penting kerana jika kaedah menentukan berat sedia ada diteruskan, risikonya ialah artifak penentu berat sedia boleh berkurang dari segi beratnya dan telah merosot beratnya sebanyak 50 mikrogram iaitu sama dengan jisim sehelai bulu mata sejak ia dicipta. Walaupun berlaku kemerosotan itu, dari segi berat timbangannya, ia tetap sama. Ketidaktepatan inilah yang dirisaukan para saintis. Selain itu, jika artifak ini hilang, maka pastinya seluruh dunia akan berada dalam kekalutan kerana tidak dapat menentukan berat dengan sistematik lagi.

 

Maka, perubahan kaedah penentuan berat dunia dilakukan dengan mengaplikasikan konsep pemalar Planck iaitu satu konsep mekanik kuantum yang tidak akan pernah berubah di Bumi atau di mana-mana tempat di angkasa raya ini. Dengan ini, penentuan berat tidak lagi mengalami risiko ketidaktepatan dan ia diiktiraf sebagai alat pengukur berat dengan sangat tepat pada zaman ini. Dengan kecanggihan penemuan sains dan teknologi pada hari ini, pastinya tiada sebab manusia boleh memberi alasan alpa atau memberi janji dusta dalam timbangan seharian lagi. Kefahaman tentang perkembangan sains dan pengamalan etika Islam dalam kehidupan seharian pastinya menjanjikan keharmonian kehidupan manusia bukan hanya dari segi material tetapi ketenangan mental dan ganjaran abadi di akhirat kelak. Ini bukan janji palsu, ini janji ALLAH.

 

Kredit Foto : vox

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: BeratDr Siti Suriani OthmanFakulti Kepimpinan dan PengurusanInfo FIzikJisimPengukuranProgram KomunikasiUniversiti Sains Islam Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Serangga : Teman Sejati Si Bunga

Next Post

Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi
Berita & Peristiwa

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi

10 hours ago
Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

1 week ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

2 weeks ago
Next Post
Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu

Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In