23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 25, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sains Aktuari: Sejarah dan Kepentingan di Malaysia

Pengenalan Sains Aktuari

Editor by Editor
27/07/2023
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh: Dr. Nur Firyal Roslan
Jabatan Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia

Definisi Aktuari

Aktuari adalah suatu pekerjaan yang berurusan dengan risiko seperti kematian, kecederaan, hilang upaya dan harta benda. Seorang ahli aktuari akan bekerja di syarikat insurans, firma perunding, agensi kerajaan atau institusi kewangan untuk memberi pandangan berkaitan penilaian risiko, permodalan kewangan, strategi pelaburan dan perancangan pencen. Aktuari sering menggunakan kepakaran dan ilmu mereka untuk mereka bentuk polisi insurans, mengira kadar premium sesuatu insurans, menganggarkan liabiliti masa hadapan sesuatu organisasi dan membangunkan strategi pelaburan. Secara keseluruhan, aktuari memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko dan membuat keputusan kewangan yang baik.

Sejarah Aktuari di Malaysia

Sains aktuari mula menjadi salah satu disiplin matematik pada akhir adab ke-17 ketika permintaan terhadap pelindungan insurans hayat meningkat. William Morgan (1750-1833) yang merupakan seorang pakar perubatan, ahli fizik dan statistik dianggap sebagai bapa sains aktuari moden. Walaupun kerja-kerja awal berkaitan dengan aktuari seperti kebarangkalian, anuiti, rizab dan dana pencen telah diperkenalkan sebelum itu lagi, William Morgan telah menerbitkan kaedah dan teori asas sains aktuari dalam buku bertajuk ‘The Doctrine of Annuities and Assurances’ bersama Richard Price pada tahun 1779 untuk mengkaji kesan kadar kematian dan kadar faedah dalam pengiraan premium.

Pada tahun 1792, James Dodson pula mengkaji insurans jangka panjang telah membawa kepada pembentukan ‘Equitable Life’ di London. Dengan penambahbaikan teknologi, aktuari dapat membangunkan teknik yang lebih kompleks untuk mengkaji kesan ketidakpastian dalam menentukan harga premium insurans. Terkini, aktuari telah beralih kepada pembelajaran mesin supaya dapat meramal risiko dengan lebih tepat. Pengenalan dan pembangunan komputer akan terus merevolusikan profesion aktuari.

Di Malaysia, British telah memperkenalkan konsep insurans pada abad ke-18. Pada masa ini, syarikat insurans asing seperti Sime Darby, Harrison & Crossfield menguasai pasaran insurans Malaysia sehingga 1955. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, industri insurans telah dikemaskini dan pada awal tahun 1960, beberapa syarikat insurans tempatan telah ditubuhkan. Pengendalian yang tidak cekap dan kekurangan ahli yang mempunyai latar belakang teknikal menyebabkan syarikat insurans tempatan terpaksa ditutup. Selain badan kawal selia yang ketat, ahli aktuari yang berpengalaman diperlukan untuk mengukur risiko dan menganggar tuntutan masa hadapan untuk memastikan syarikat insurans mampu membayar tuntutan akan datang. Dengan penambahan ilmu berkaitan insurans, Malaysia mengambil peluang menghantar pelajar untuk memahami isu-isu ini supaya syarikat insurans tempatan dapat diperkenalkan semula. Sekarang, banyak syarikat insurans telah bertapak di Malaysia dan rakyat Malaysia semakin peka dengan kepentingan mendapatkan insurans menyebabkan industri ini semakin berkembang.

Kepentingan Aktuari di Malaysia

Di Malaysia, industri seperti insurans, perkhidmatan kewangan adalah antara industri yang berkembang pesat. Faktor-faktor seperti pertumbuhan penduduk, peningkatan jangka hayat dan risiko yang tidak terkawal seperti risiko siber, perubahan iklim dan peningkatan kos penjagaan kesihatan menyumbang kepada peningkatan keperluan aktuari secara global. Aktuari sering diperlukan kerana keupayaan mereka dalam memahami dan mengukur risiko dapat membantu menyediakan penyelesaian masalah risiko. Walaupun permintaan pekerjaan bergantung kepada beberapa faktor seperti arah industri, keadaan ekonomi dan geografi, bidang aktuari sering menghadapi kekurangan individu yang berkelayakan kerana tidak ramai yang berjaya mendapat pengiktirafan oleh badan profesional. Proses menjadi seorang profesional aktuari adalah sangat ketat dan memerlukan pembelajaran berterusan menyebabkan ramai pelajar sains aktuari tidak mendapat kelayakan yang diperlukan.

Aktuari memainkan peranan penting dalam pelbagai industri kerana mereka adalah pakar dalam menilai dan menguruskan risiko menggunakan model matematik dan statistik untuk menilai kesan kewangan. Dalam industri insurans, aktuari dapat menyumbang kepada kestabilan kewangan dalam mereka bentuk polisi insurans, menetapkan kadar premium dan menentukan tahap rizab yang sesuai supaya organisasi dapat terus berkembang. Selain itu, aktuari dapat membantu individu dan organisasi membuat perancangan kewangan masa depan dengan menganggar keperluan kewangan dan mengoptimumkan peruntukan model. Aktuari mempunyai kesan meluas dalam kestabilan ekonomi dan kesejahteraan sosial dalam membantu melindungi risiko kewangan dan memastikan keselamatan kewangan berpanjangan. Aktuari juga mempunyai kemahiran yang boleh merentas sempadan dan memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko, analisis data atau perancangan strategik menjadikan kerjaya ini sering mendapat perhatian pihak industri.

Menjadi ahli aktuari yang diiktiraf oleh badan profesional adalah penting kerana ini menandakan mereka telah berjaya lulus dalam peperiksaan profesional aktuari yang ketat, menambahkan kredibiliti kepada profil profesional dan mengesahkan kecekapan sebagai seorang aktuari. Kebanyakan majikan akan menghargai kelayakan ini dan memberi kenaikan pangkat selain dapat meningkatkan prospek pekerjaan, pendapatan dan skop pekerjaan. Aktuari akan mengendalikan projek yang lebih kompleks dan menyumbang kepada pembuatan keputusan strategik. Untuk menjadi seorang aktuari yang diiktiraf memerlukan komitmen yang tinggi dalam pembelajaran berterusan untuk mendapat kemahiran teknikal, kebolehan analisis dan pengetahuan industri yang kukuh. Secara keseluruhannya, menjadi seorang aktuari yang diiktiraf oleh badan profesional menunjukkan kepakaran, meningkatkan prospek kerjaya dan membuka kepada pertumbuhan profesional.

Pengiktirafan Ahli Aktuari

Untuk menjadi seorang aktuari yang diiktiraf perlu melalui beberapa siri peperiksaan profesional yang mengambil masa yang panjang dan dedikasi yang tinggi. Pembelajaran berterusan perlu dilakukan untuk mengikut trend, peraturan dan teknik yang terkini supaya dapat memberi hasil yang lebih memberangsangkan. Seorang aktuari juga perlu berkomunikasi secara berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada mereka yang bukan teknikal. Aktuari selalunya mengendalikan beberapa projek yang kompleks dalam tempoh masa yang terhad. Walaubagaimanapun, kestabilan kerja dan gaji yang lumayan menyebabkan ramai pelajar berminat untuk menceburi bidang ini.

Di universiti, program sains aktuari adalah satu bidang pengajian yang menggunakan kaedah matematik dan statistik dalam mengurus risiko insurans dan kewangan. Untuk menjadi seorang aktuari, seseorang perlu mahir dalam matematik, statistik, kewangan, ekonomi, dan sains komputer. Ilmu yang diperolehi oleh seorang pelajar sains aktuari membuka peluang kepada pelbagai pilihan kerjaya. Mereka boleh melibatkan diri dalam melaksanakan analisis data, menjalankan penilaian risiko dan membantu dalam pembangunan model dan laporan aktuari sebelum menjadi aktuari yang diiktiraf. Sekiranya ahli aktuari berjaya, mereka akan  terlibat dalam projek yang lebih kompleks seperti menetapkan harga polisi insurans, dan menganalisis data kewangan. Sekiranya mereka tidak berminat untuk menjadi aktuari, mereka boleh melibatkan diri  dalam pengurusan risiko dalam sektor lain, penganalisis pelaburan menggunakan model kewangan atau mendapat peluang mendapat pekerjaan sebagai saintis data. Peluang pekerjaan adalah berbeza mengikut industri tetapi setiap organisasi memerlukan kepakaran mereka dalam penilaian risiko dan perancangan kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN – Kerjaya Dalam Bidang Sains Aktuari

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Bidang Sains Aktuarijabatan matematik UKMMatematikNur Firyal Roslansains aktuariStatistik
ShareTweetShare
Previous Post

Menjejaki bibit-bibit Pemikiran Euler

Next Post

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

Editor

Editor

Related Posts

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar
Berita & Peristiwa

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

1 day ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

2 weeks ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

3 weeks ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Next Post
Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In