23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, May 2, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Uluran Atau Angin Pasang Pada Kanak-Kanak

Info Perubatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
17/07/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Ms Dr Afizah Salleh
Pakar Perunding Pembedahan Am, Hospital Pakar An-Nur

 

Uluran (angin pasang) atau bahasa perubatannya hernia bukan hanya terjadi pada orang dewasa tetapi juga kanak-kanak dan bayi. Berbanding dengan orang dewasa, hernia pada kanak-kanak adalah kongenital yang mana penyebabnya adalah berbeza berbanding dengan orang dewasa yang biasanya disebabkan oleh otot yang lemah . Hernia berlaku sekitar 1-5 % dan biasanya berlaku pada kanak-kanak lelaki ( 4-8 : 1 ). 60% hernia berlaku di sebelah kanan. Insiden hernia meningkat pada bayi pramatang sebanyak 7-30% dan risiko untuk hernia mengalami komplikasi meningkat kepada 60% untuk bayi paramatang. Ada banyak jenis hernia bergantung pada kedudukan anatominya, namun apa yang akan dibincangkan disini adalah inguainal hernia.

Hernia bermaksud terdapat organ atau bahagian yang terjulur keluar melalui dinding yang merangkuminya. Jika di bahagian abdomen unjuran ini akan membawa bersamanya lapisan peritoneum yang akan menjadi kantung bagi hernia tersebut. Hernia dapat dilihat apabila tekanan tinggi berlaku pada kawasan abdomen dan kembali pada keadaan asal semasa tekanan kembali normal.

Semasa perkembangan fetus di dalam rahim ibunya, testis ( buah zakar ) yang terbentuk di bahagian abdomen akan bergerak turun dan menolak peritoneum serta dinding abdomen untuk berada pada kedudukan sekarang iatu di bahagian skrotum ( kantung buah zakar ). Ini adalah proses penurunan yang penting supaya testis berada di luar abdomen dengan suhu yang rendah. Laluan yang terhasil dinamakan processus vaginalis ,akan tertutup dengan semula jadi semasa bayi dilahirkan. Namun ada bayi terutamanya bayi yang lahir tidak cukup bulan, penutupan tidak berlaku ( patent processus vaginalis ) menyebabkan cecair dari abdomen ( jika laluan kecil ) atau organ di dalam abdomen terutamanya usus kecil akan masuk ke dalam laluan ini dan menyebabkan terjadinya hernia.

Cecair yang masuk ke dalam skrotum dinamakan hydrocele dan boleh dibiarkan hingga tertutup sendiri. Jika penutupan ini tidak berlaku atau saiz hydrocele tidak berkurangan sehingga kanak-kanak mencecah 2 tahun, pembedahan perlu dilakukan.

Gejala yang biasa diadukan oleh ibu bapa ialah terdapat benjolan di atas skotrum , kawasan yang dinamakan inguainal region ataupun saiz skrotum kelihatan besar daripada biasa. Keadaan ini berlaku apabila bayi atau kanak-kanak menangis dan melompat dan akan surut atau mengecil semula apabila mereka berada dalam keadaan rehat. Banyak juga kes yang mana gejala tidak ketara menyebabkan kanak-kanak lewat dibawa berjumpa doktor. Kerap kali juga gejala ini  tidak dapat dikesan semasa berjumpa dengan doktor. Apabila keadaan ini berlaku dan pemantauan oleh ibu bapa di rumah masih mengesan benjolan semasa kanak-kanak menangis, pembedahan tetap akan dilakukan.

Ilustrasi Hydrocele

Apabila diagnosis inguainal hernia dicapai pembedahan hendaklah segera dilakukan untuk mengelakkan komplikasi. Namun jika saiz bayi terlalu kecil dan kurang daripada 5 kilogram, pembedahan mungkin menjadi sukar dan hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah kanak-kanak. Jika leher saluran inguianal cukup besar usus boleh masuk ke dalamnya dan terperangkap di situ menyebabkan acute intestinal obstruction ( usus tersumbat ). Akan terdapat benjolan pada kawasan inguinal yang tidak mengecil dan kanak-kanak akan mengadu sakit. Bagi bayi pula akan menangis tidak berhenti-henti sambil mengangkat kedua-dua kakinya.

Jika kantung hernia tidak dikembalikan semula ke dalam abdomen dengan segera dengan cara pembedahan, usus boleh mati ( gangrene ) satu keadaan yang dinamakan strangulated hernia. Kedua-dua komplikasi ini adalah kes kecemasan yang perlukan resusitasi dan pembedahan segera jika tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk seperti usus bocor dan jangkitan kuman seluruh abdomen yang akhirnya boleh menyebabkan  kematian. Dalam keadaan ini kanak-kanak akan kelihatan sangat lemah, kekurangan air dan nadinya menjadi sangat laju.

Terdapat satu lagi keadaan yang mana saiz benjolan hernia tidak berkurangan secara kronik dan kanak-kanak tidak sakit. Keadaan ini dinamakan incarcerated hernia di mana leher kantung hernia agak besar dan tidak menyebabkan usus tersumbat ataupun hanya lapisan lemak abdomen ( omentum ) sahaja. Apabila keadaan baru sahaja berlaku, mengangkat tinggi kaki kanak-kanak dan ubat tahan sakit atau ubat penenang boleh menyebabkan benjolan hilang dan pembedahan tidak perlu dilakukan secara kecemasan.

 

Artikel Berkaitan :  Batu Hempedu : Komplikasi & Rawatan

 

Hernia hanya boleh dirawat dengan cara pembedahan. Bagi hernia dikalangan kanak-kanak pembedahan yang dilakukan dinamakan herniotomy. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari kantung hernia yang terletak di kawasan inguainal di bawah lapisan otot dan mengikat kantung ini berdekatan dengan lapisan peritoneum sambil memastikan kantung tidak berisi usus atau apa-apa struktur dalam abdomen. Berbanding dengan hernia dewasa, inguinal canal pada orang dewasa sudah terbentuk dan kawasan ini perlu diperkuatkan semasa pembedahan dengan meletakkan jaring ( mesh ) atau dijahit. Pembedahan boleh juga dilakukan dengan cara laparoskopik.

Komplikasi pembedahan adalah termasuk cedera pada vas deferens ( tiub yang menyambungkan testis ke bahagian salur kencing dan penting untuk pembiakan lelaki ), cedera arteri kepada testis, pendarahan dan hernia berulang.

Melihat struktur badan manusia semasa melakukan pembedahan juga boleh menginsafkan kita. Betapa rapi dan pelbagai bentuk serta fungsi setiap ciptaan Allah. Jika rosak sedikit atau gagal berfungsi manusia sudah tidak mampu berbuat  apa-apa. Jika boleh dibetulkan tidaklah sesempurna apa yang Allah ciptakan.

Firman Allah dalam surah Yunus : 31 “ Katakanlah (Muhammad): Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa ( menciptakan ) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan ? Maka mereka akan menjawab, Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa kepadaNya.”

 

 

Kredit Foto :
healthline
childrenshospital

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Angin PasangHospital Pakar An-NurInfo PerubatanMs Dr Afizah Salleh
ShareTweetShare
Previous Post

Peramalan Model Matematik COVID-19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

Next Post

Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

2 days ago
Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

3 days ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

5 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

6 days ago
Next Post
Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

Kayu Sugi Masih Menjadi Pilihan

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In