23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, December 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bengkel ASEAN Workshop on Frontiers of Physics dengan kerjasama CERN

Editor by Editor
11/09/2017
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Mohd Faizal Aziz, yang menyertai delegasi Malaysia ke mesyuarat Asean Federation of Physics Societies di Singapura baru-baru ini

 

Sehari selepas mesyuarat penubuhan Asean Federation of Physics Societies (AFPS), pada tarikh 30 Ogos 2017, bengkel ASEAN Workshop on Frontiers of Physics 2017 in Partnership with CERN turut diadakan di IAS-NTU.

Bengkel diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman penyelidikan dan eksperimen fizik termaju berskala mega di Eropah dan Asia Timur yang boleh dimanfaatkan oleh negara-negara ASEAN.

Seperti yang dibincangkan di dalam mesyuarat penubuhan AFPS sehari sebelumnya, negara-negara ASEAN masih di peringkat membangunkan agenda penyelidikan fizik tenaga tinggi seperti fizik zarah, astrofizik & kosmologi, biofizik, sains angkasa dan yang seangkatan dengannya.

Pada masa ini, aktiviti tahunan CERN melalui CERN Schools telah dijalankan di beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand. Negara-negara ASEAN juga kini mempunyai hubungan keanggotaan dengan CERN di pelbagai peringkat. Malaysia dan Thailand merupakan rakan kolaborasi CMS (Compact Muon Solenoid) manakala Filipina dan Singapura mempunyai keanggotaan lansung dengan CMS. Indonesia pula terlibat dalam kolaborasi ALICE (A Large Ion Collider Experiment) dan negara-negara anggota ASEAN saban tahun menghantar pelajar dalam program musim panas di CERN (CERN Summer Student Programme).

Dalam ucapan pembukaan, Prof. Emmanuel Tsesmelis berkongsi idea bagaimana CERN boleh menyumbang kepada pembangunan penyelidikan fizik di ASEAN melalui sumbangan pelayan komputer dan juga penubuhan perpustakaan digital. Dalam pembentangan seterusnya, beliau lebih lanjut berkongsi tentang perkembangan pembangunan pemecut zarah (accelerator) di masa hadapan. Paling utama menurut beliau ialah kolaborasi pakar-pakar dari seluruh dunia bersama CERN terutamanya pelajar-pelajar ijazah lanjutan yang menyumbang idea dan tenaga bagi melancarkan proses penyelidikan dan penemuan penting yang dilakukan dalam penyelidikan di CERN.

Seorang lagi pakar fizik dari CERN, Prof Albert De Roeck dalam pembentangan beliau menyatakan tentang keperluan kolaborasi pakar-pakar seluruh dunia termasuk dari ASEAN dalam usaha menganalisi data-data yang besar terhasil dari eksperimen yang dijalankan di sana.

Ahli fizik zarah terkemuka CERN, yang juga pemenang hadiah Paul Dirac Award & Prize (2005) Prof John Ellis semasa sesi beliau menegaskan bahawa masih terlalu banyak misteri-misteri alam semesta yang perlu diselesaikan melalui penyelidikan fundamental termaju. Beliau menyenaraikan beberapa isu fundamental antaranya ialah pencarian jirim gelap (dark matter), neutrino, kuantum graviti dan supersimetri yang akan membuka dimensi baru penyelidikan fizik di masa hadapan.

Turut berkongsi pengalaman penyelidikan termaju fizik di negara mereka, Prof Yifang Wang dari Institute of High Energy Physics, China membentangkan topik ‘Particle and Astroparticle Physics in China. Dalam pembentangan, beliau berkongsi pengalaman China membangunkan makmal terbesar kajian fundamental. Menurut beliau, dalam pencarian jirim gelap, sebuah makmal bawah tanah berkedalaman 2400 meter turut dibina di selatan daerah Sichuan yang dikenalai sebagai China Jinping Underground Laboratory (CPJL). Ia mula beroperasi pada tahun 2010 dan ia kini memasuki fasa kedua pembinaan.
Sementara itu, The High Energy Radiation Detector (HERD) akan menyertai Dark Matter Particle Explorer (DAMPE) yang akan dilancarkan pada tahun 2020/2021. Selain itu, makmal Higher Energy Photon Source akan turut dibangunkan pada tahun 2018.

Prof. Di Li penyelidik utama dari National Astronomical Observatories, Chinese Academy of Sciences membentangkan topik ‘The Waking Giant and its Potential in Astrophysics‘. Dalam pembentangan, Prof Di Li berkongsi bagaimana radio teleksop terbesar di dunia yang siap dibina pada tahun 2016 yang dinamakan sebagai Five-hundred meter Aperture Spherical radio Telescope (FAST). Teleskop gergasi tersebut digunakan dalam penyelidikan mencari isyarat-isyarat dari angkasalepas bagi mengesahkan kewujudan entiti-entiti kosmologi yang menjadi buruan saintis.

Prof Shangjr Gwo, Pengarah National Syncrotron Radiation Research Center (NSRRC), Taiwan melalui pembentangan beliau berjudul ‘Taiwan Photon Source (TPS); Status and Research Opportunities’. Fasiliti TPS digunakan untuk penyelidikan multidisiplin dalam kejuruteraan, bioperubatan, kimia, fizik dan sebagainya. Menutup sesi beliau, Prof Shangjr Gwo mengalu-alukan semua delegasi ASEAN untuk berkongsi menggunakan fasiliti tersebut dalam penyelidikan mereka.

Kesemua pembentang sependapat bahawa fasiliti yang lengkap dan terbesar di dunia dari negara Eropah dan Asia kini perlu dimanfaatkan oleh saintis-saintis dari ASEAN.

Bengkel diadakan bertujuan memperhebatkan kegiatan penyelidikan bidang fundamental dan memberi idea serta cita-cita yang besar bagi ahli-ahli negara anggota ASEAN. Ia dapat memupuk semangat ASEAN untuk bekerjasama dengan negara-negara maju di peringkat antarabangsa terutama di Asia dan Eropah.

Foto sekitar bengkel

Pembentangan Prof Albert De Roeck
Prof. Emmanuel Tsesmelis
Prof. John Ellis
Prof. John Ellis
Prof. Yifang Wang
Pembentangan Prof. Di Li
Prof. John Ellis
Aktiviti di CERN

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: IMEN-UKMKomunikasi sainsKomunikasi Sains MalaysiaLaporan Berita SainsmajalahsainsMohd Faizal Azizpegawai sainsPenulisan Sains PopularRencana Sains PopularSains PopularUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Mesyuarat Bersejarah Penubuhan ASEAN Federation of Physics Societies (AFPS) di Singapura

Next Post

Saintis Temui Lohong Hitam Baru di Galaksi Bima Sakti

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

4 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

4 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

1 week ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

1 week ago
Next Post
Saintis Temui Lohong Hitam Baru di  Galaksi Bima Sakti

Saintis Temui Lohong Hitam Baru di Galaksi Bima Sakti

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In