23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, June 19, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

2017 Inaugural Merdeka Meeting

Editor by Editor
16/12/2017
in Berita & Peristiwa
0 0
0

SKUDAI – Akademi Sains Malaysia bersama Sekretariat Anugerah Merdeka, Akademi Sains Malaysia Bahagian Selatan, Young Scientist Network-Akademi Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan program ‘Merdeka Meeting’ pada 16 Disember 2017 (Sabtu) bertempat di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia Johor.

Program yang bertemakan ‘Science in Humanity, Humanity in Science ‘ ini yang juga merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan di Malaysia yang  menemukan pemenang Anugerah Merdeka bersama bakat muda negara bagi memastikan pemindahan ilmu, kepakaran, pengalaman dan kecemerlangan tokoh akademik dan penyelidikan negara dapat terus di lestarikan.

Anugerah Merdeka merupakan anugerah berprestij negara yang diberikan kepada tokoh yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang serta telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada negara dalam lima kategori iaitu kesihatan, sains dan teknologi, pendidikan dan komuniti, alam sekitar, kesarjanaan serta sumbangan kepada masyarakat Malaysia.

Program ini juga menjayakan aspirasi negara untuk melahirkan penerima Anugerah Nobel terutamanya dalam bidang sains. Mengikut rekod, seruan tersebut secara rasminya diumumkan sejak tahun 1998 lagi. Berikutan daripada itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan terutamanya melalui Akademi Sains Malaysia bagi memastikan negara berada pada laluan yang tepat bagi meraih pencapaian tertinggi tersebut. Antaranya adalah melalui penglibatan saintis muda negara di ‘Lindau Meeting’ pada setiap tahun yang menghimpunkan pemenang Anugerah Nobel bersama bakat muda sedunia. Berikutan itu, model program yang sama dicadangkan di peringkat kebangsaan tetapi menggunakan platform Anugerah Merdeka sepertimana Anugerah Nobel.

Pada tahun 2017, seramai 6 orang penerima Anugerah Merdeka ‘Merdeka Laureate’ akan menyertai program ‘Merdeka Meeting’ ini iaitu:

  1. Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor (Alam Sekitar- 2016).
  2. Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail (Kesarjanaan-2014).
  3. Profesor Datuk Dr Halimaton Hamdan (Kesihatan, Sains dan Teknologi-2009).
  4. Profesor Ulung Datuk Dr Harith Ahmad (Kesarjanaan-2010).
  5. Profesor Datin Paduka Dr Khatijah Mohamad Yusoff (Kesihatan, Sains dan Teknologi-2015).
  6. Profesor Dato’ Ir Dr Wan Ramli Wan Daud (Kesarjanaan-2016).

Peserta program pula terdiri daripada bakat muda cemerlang negara yang merupakan Alumni ‘Lindau Meeting’, ahli Young Scientist Network-Akademi Sains Malaysia serta wakil daripada institusi akademik dan penyelidikan negara.

Program tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, Pengerusi Akademi Sains Bahagian Selatan diikuti ucapan sekretariat Anugerah Merdeka oleh Puan Maria Zainal. Seterusnya majlis dirasmikan dengan ucapan Presiden Akademi Sains Malaysia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Program tersebut turut melibatkan penganjuran aktiviti Ucaptama Merdeka oleh Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor, Penerima Anugerah Merdeka 2016 dalam kategori Alam Sekitar berjudul ‘Science for Humanity’,  Dialog MejaBulat Merdeka (Judul-Elevating Malaysia to Greater Heights through the Science, Technology & Innovation), Syarahan Merdeka oleh Profesor Datuk Dr. Halimaton Hamdan berjudul ‘Insight & Foresight of Science for Humanity’ dan Kelas Merdeka bersama pemenang Anugerah Merdeka. Secara umumnya, program ‘Merdeka Meeting 2017’ membincangkan tema sains untuk kemanusiaan serta agenda meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan negara menerusi sains, teknologi dan inovasi.

Pada akhirnya, program ‘Merdeka Meeting’ ini diharapkan dapat menyediakan platform mentor-mentee bagi saintis dan bakat muda negara untuk bersama-sama pemenang Anugerah Merdeka bagi berbincang dan berkongsi maklumat, idea, pengalaman serta hasil penyelidikan bagi memartabatkan aspirasi kecemerlangan penyelidikan dan agenda Nobel negara.

Gambar dan video program

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Cahaya Matahari Atasi Masalah Kemurungan

Next Post

Sains untuk Keamanan – Peranan Saintis Muda

Editor

Editor

Related Posts

Kawalan Biologi bagi Ganoderma boninense, Kulat Perosak Tanaman Kelapa Sawit
Alam Semulajadi

Kawalan Biologi bagi Ganoderma boninense, Kulat Perosak Tanaman Kelapa Sawit

22 hours ago
Gabungan Sensor IoT dan Kod QR Mampu Menguruskan Ladang Tanaman Cili dengan Lebih Cekap
Alam Semulajadi

Gabungan Sensor IoT dan Kod QR Mampu Menguruskan Ladang Tanaman Cili dengan Lebih Cekap

3 days ago
Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir
Alam Semulajadi

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

4 days ago
Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir
Alam Semulajadi

Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir

4 days ago
Next Post
Sains untuk Keamanan – Peranan Saintis Muda

Sains untuk Keamanan – Peranan Saintis Muda

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In