23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Potensi Pendekatan Bioteknologi bagi Rawatan Plastik dalam Air Sisa Domestik

Potensi Pendekatan Bioteknologi di dalam Rawatan Plastik Air Sisa Domestik

Editor by Editor
17/02/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Dr. Ahmad Razi Othman
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Plastik merupakan bahan polimer organik yang dihasilkan dari sumber tidak boleh diperbaharui seperti gas asli, arang dan minyak mentah. Plastik memiliki ciri seperti mudah dibentuk menyebabkan ianya amat sesuai digunakan di dalam pelbagai sektor pembuatan. Secara umumnya, plastik terbahagi kepada dua kategori, iaitu “thermoplastic” dan “thermosets”. Seperti yang diketahui umum, kadar penggunaan plastik meningkat saban tahun bukan sahaja di negara ini, malah di seluruh dunia. Data dari tahun 2008 hingga 2018 menunjukan peningkatan industri penghasilan plastik meningkat dari 254 juta kepada 359 juta tan. Nilai ini dijangka akan meningkat sebanyak 3 kali ganda menjelang tahun 2050. Perkara ini amat membimbangkan kerana sifat plastik yang amat stabil, sukar diurai secara semulajadi di persekitaran. Melalui kajian saintifik yang dijalankan, plastik memerlukan masa dari 10 tahun hingga 50 tahun untuk diuraikan bergantung kepada jenis plastik dan juga jenis rawatan yang dilakukan. Lebih membimbangkan, kehadiran plastik di persekitaran akan menyumbang kepada pelbagai bentuk pencemaran termasuklah pencemaran sekunder yang lebih merbahaya. Penguraian sisa plastik secara semulajadi di persekitaran akan menyumbang kepada pembentukan mikroplastik dn juga nanoplastik yang lebih merbahaya, ini kerana mikroplastik dan nanoplastik memiliki saiz yang lebih kecil dan mudah diserap oleh organisma hidup. Selain itu, mikroplastik dan nanoplastik merupakan ejen pembawa kepada pelbagai bahan pencemaran lain seperti logam berat dan sisa farmasutikal yang menyumbang kepada penyakit kronik pada manusia seperti kanser dan sebagainya.

Kempen

Pelbagai kempen dan pendekatan telah dilaksanakan bagi membendung pencemaran plastik secara global dan juga di dalam negara ini. Antaranya pelbagai kempen kesedaran oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan melalui kementerian, NGO dan juga komuniti setempat. Kempen ini termasuklah dari aspek kitar dan guna semula sisa plastik dan pengurangan atau penggunaan sifar plastik terutamanya plastik sekali guna. Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan, namun, impak pencemaran plastik masih membimbangkan. Selain dari aspek penggunaan, pihak berwajib perlu melihat dari aspek rawatan juga. Ini kerana majoriti sisa plastik yang berada di persekitaran akan berkahir di dalam sistem rawatan air sisa domestik. Sisa plastik yang telah lama berada di persekitaran terutamanya di dalam sistem rawatan air sisa di negara ini perlulah dirawat bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.

Teknologi

Sistem rawatan air sisa domestik di negara ini secara umunya menggunakan gabungan teknologi berasaskan kimia dan juga biologi, dimana air sisa di loji rawatan akan dirawat secara biologi bagi menguraikan sumber organik yang hadir di dalam air sisa. Kaedah ini menggunakan kehadiran konsortium bakteria yang bertindak sebagai pengurai bahan organik. Setelah itu, sisa uraian ini akan dimendakkan samada menggunakan pendekatan mekanikal ataupun kimia. Bahan kimia seperti Alum dan PEG akan digunakan bagi menggumpal dan mengental sisa tersebut menjadi sisa pepejal dan akan diasingkan dan dilupuskan ke tapak pelupusan.

Kaedah ini mempunyai beberapa kekurangan, antaranya sisa pepejal yang dihasilkan mengandungi bahan kimia yang mempunyai impak negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, sisa plastik yang dimendakkan tidak diurai semasa proses rawatan, sekaligus sisa plastik ini kembali ke alam sekitar. Berbeza dengan kaedah biologi sepenuhnya, bahan penggumpal dan pengental dari sumber biologi dilihat mampu memberikan kesan yang sama dengan bahan berasaskan kimia termasuklah kemampuan di dalam mengasingkan sisa plastik dari sistem rawatan air. Selain itu, bahan penggumpal dan pengental biologi adalah selamat kepada persekitaran kerana sumber ini datang dari sumber asli seperti tumbuhan, kulat dan bakteria. Tambahan pula, sisa hiliran dari proses penggumpalan dan pengentalan ini selamat dan sesuai untuk digunakan di dalam proses seterusnya seperti proses penguraian plastik.

Pendekatan bioteknologi

Setakat ini, belum ada lagi kaedah dan langkah khusus bagi rawatan plastik di dalam sistem rawatan air sisa domestik. Oleh itu, pendekatan teknologi berasaskan biologi atau lebih dikenali sebagai bioteknologi bagi merawat sisa plastik dari rawatan air domestik merupakan bidang yang memiliki potensi besar untuk diterokai oleh penyelidik dari dalam negara. Ini kerana negara Malaysia kaya dengan sumber asli dan seringkali sumber ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Negara ini memiliki sumber alam yang boleh diteroka oleh penyelidik di dalam pembangunan bioteknologi secara umumnya dan rawatan plastik secara khususnya.

Kajian berkaitan potensi teknologi berasaskan biologi (bioteknologi) di dalam merawat sisa plastik di dalam sistem rawatan air sisa telah digerakan di negara-negara maju sejak beberapa tahun yang lalu. Ini termasuklah penggunaan biopengental, bakteria, kulat dan juga enzim untuk menguraikan sisa plastik ini. Pendekatan bioteknologi ini mendapat perhatian negara-negara maju di dalam rawatan plastik kerana kos yang murah berbanding dengan rawtan berasaskan kimia. Selain itu, sumber biologi terkenal dengan ciri-ciri yang lebih selamat dan mesra alam. Sumber biologi juga merupakan sumber lestari yang mudah untuk didapati dari persekitaran. Terdapat juga sumber biologi ini terhasil dari sisa domestik seperti sisa pertanian dan juga sisa makanan harian. Kajian berkaitan potensi bioteknologi di dalam rawatan plasik turut dijalankan oleh penyelidik tempatan, namun usaha penyelidikan ini kelihatan hanya separa matang. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat seperti kementerian dan juga penyelidik tempatan perlu merebut peluang ini segera dan bersaing dengan negara maju di dalam mendahului bidang teknologi rawatan plastik yang berasaskan sumber biologi.

Kredit foto: phys.org

ARTIKEL LAIN BERKAITAN
Mikroplastik ditemui dalam Najis Manusia
Pencemaran Mikroplastik: Bagaimana Kajiannya di Malaysia
Mesin Basuh: Punca Pencemaran Mikroplastik dari Rumah?
Pencemaran Mikroplastik telah dikesan dalam Darah Manusia
Polimer Bio-Urai: Peluang Menutup Pencemaran Plastik
Kitar Semula Plastik: Kurangkan Sisa, Selamatkan Dunia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Mikroplastikpencemaran mikroplastikpencemaran plastikteknologi pembersihan sisa air buangan
ShareTweetShare
Previous Post

Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

Next Post

Sindrom Metabolik, Pandemik yang Senyap

Editor

Editor

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

1 day ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

1 day ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

4 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

7 days ago
Next Post
Sindrom Metabolik, Pandemik yang Senyap

Sindrom Metabolik, Pandemik yang Senyap

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In