23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pencemaran Mikroplastik telah dikesan Dalam Darah Manusia

Pencemaran Mikroplastik telah dikesan Dalam Darah Manusia

Editor by Editor
29/03/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Nurul Najihah

Penemuan yang membimbangkan! Pencemaran mikroplastik telah dikesan dalam darah manusia buat kali pertama, apabila saintis menemui zarah-zarah kecil dalam hampir 80% orang yang diuji.

Penemuan menunjukkan zarah asing boleh bergerak di seluruh badan dan mungkin mendiami organ-organ dalam badan. Walaupun kesan terhadap kesihatan masih belum diketahui sepenuhnya, namun penyelidik bimbang kerana mikroplastik boleh menyebabkan kerosakan pada sel manusia.

Sejumlah besar sisa plastik dibuang ke alam sekitar dan mikroplastik kini mencemari seluruh planet bumi, dari puncak Gunung Everest hingga lautan yang paling dalam. Sesuatu yang mengejutkan apabila ramai orang telah diketahui memakan zarah-zarah kecil mikroplastik melalui makanan dan minuman, dan ia telah ditemui dalam najis bayi dan orang dewasa.

Sekumpulan saintis menganalisis sampel darah daripada 22 penderma dewasa sihat yang dirahsiakan identiti mereka dan telah menemui zarah mikroplastik dalam 17 orang. Separuh sampel mengandungi plastik PET, yang biasa digunakan dalam botol minuman, manakala satu pertiga mengandungi polistirena, digunakan untuk membungkus makanan dan produk lain. Satu perempat daripada sampel darah mengandungi polietilena daripada beg plastik.

“Kajian kami adalah petunjuk pertama bahawa zarah polimer telah memasuki saluran darah manusia,” kata Prof Dick Vethaak, ahli ekotoksikologi di Vrije Universiteit Amsterdam di Belanda. “Tetapi kita perlu melanjutkan penyelidikan dan meningkatkan saiz sampel, bilangan polimer yang dinilai serta bebrapa kajian lanjutan lain”.

“Penemuan ini adalah sesuatu yang membimbangkan,” kata Vethaak kepada pihak media. “Zarah-zarah tersebut wujud dan diangkut ke seluruh badan.” Beliau berkata kajian sebelum ini menunjukkan bahawa mikroplastik adalah 10 kali lebih tinggi dalam najis bayi berbanding orang dewasa dan bayi yang diberi botol plastik menelan berjuta-juta zarah mikroplastik sehari.

“Kami juga tahu secara umum bahawa bayi dan kanak-kanak kecil lebih terdedah kepada pendedahan kimia dan zarah,” katanya. “Itu sangat membimbangkan saya.”

Penyelidikan baharu itu diterbitkan dalam jurnal Environment International dan menyesuaikan teknik sedia ada untuk mengesan dan menganalisis zarah sekecil 0.0007mm. Beberapa sampel darah dikesan mengandungi dua atau tiga jenis plastik. Pasukan itu menggunakan jarum picagari keluli dan tiub kaca untuk mengelakkan pencemaran, dan menguji tahap latar belakang mikroplastik menggunakan sampel kosong.

Vethaak mengakui bahawa jumlah dan jenis plastik berbeza-beza antara sampel darah. “Tetapi ini adalah kajian perintis,” katanya, dengan lebih banyak kajian lanjut kini diperlukan. Beliau berkata perbezaan itu mungkin mencerminkan pendedahan jangka pendek sebelum sampel darah diambil, seperti minum daripada cawan kopi berlapik plastik, atau memakai topeng muka plastik.

“Persoalan besar ialah apa yang berlaku dalam badan kita?” Vethaak berkata. “Adakah zarah-zarah itu berada kekal di dalam badan? Adakah mereka diangkut ke organ tertentu, seperti melepasi penghalang darah-otak?” Dan adakah tahap ini cukup tinggi untuk mencetuskan penyakit? Kami dengan segera perlu membiayai penyelidikan lanjut supaya kami dapat mengetahuinya.”

Penyelidikan baharu itu dibiayai oleh Dutch National Organisation for Health Research and Development and Common Seas, sebuah perusahaan sosial yang berusaha mengurangkan pencemaran plastik.

“Pengeluaran plastik dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040,” kata Jo Royle, pengasas badan amal Common Seas. “Kami mempunyai hak untuk mengetahui apa yang semua plastik ini lakukan kepada badan kami.” Common Seas, bersama-sama dengan lebih daripada 80 NGO, saintis dan Ahli Parlimen, meminta kerajaan UK memperuntukkan £15 juta untuk menyelidik kesan kesihatan manusia daripada plastik. EU sudah pun membiayai penyelidikan tentang kesan mikroplastik pada janin dan bayi, dan pada sistem imun.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa mikroplastik boleh melekat pada membran luar sel darah merah dan mungkin mengehadkan keupayaannya untuk mengangkut oksigen. Zarah-zarah itu juga telah ditemui dalam plasenta wanita hamil, dan pada tikus hamil mereka melalui paru-paru dengan cepat ke dalam jantung, otak dan organ lain janin.

Kertas kajian baru yang diterbitkan, yang dikarang bersama oleh Vethaak, menilai risiko kanser dan membuat kesimpulan: “Penyelidikan yang lebih terperinci tentang bagaimana plastik mikro dan nano mempengaruhi struktur dan proses tubuh manusia, dan bagaimana ia boleh mengubah sel serta mendorong karsinogenesis, amat diperlukan, terutamanya memandangkan peningkatan eksponen dalam pengeluaran plastik. Masalah ini menjadi semakin mendesak hari demi hari.”

Sumber-TheGuardian

ARTIKEL BERKENAAN
Mesin Basuh Punca Pencemaran Mikroplastik
Pencemaran Mikroplastik; Bagaimana Kajiannya di Malaysia
Mikroplastik ditemui dalam Najis Manusia
Polimer Biourai: Mampu Atasi Pencemaran Plastik
Satu Uncang Teh mampu Keluarkan berbilion Zarah Mikroplastik

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Mikroplastikpencemaran plastikPlastik Mikro
ShareTweetShare
Previous Post

Apabila Pelajar Tadika Diminta Membezakan Antara Buah dan Sayur

Next Post

Ketam Bakau: Jurutera Ekosistem Paya Bakau

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

2 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

3 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

6 days ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

6 days ago
Next Post
Ketam Bakau: Jurutera Ekosistem Paya Bakau

Ketam Bakau: Jurutera Ekosistem Paya Bakau

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In