Monday, November 30, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sumpahan Dimensi dalam Data

Sumpahan Dimensi dalam Data

Editor by Editor
29/11/2026
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Penulis:  Prof. Madya Dr. Nurulkamal Masseran
Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia

Misalkan anda ialah seorang agen hartanah. Pelanggan meminta anda untuk mendapatkan sebuah rumah di kawasan Selangor. Jika pelanggan hanya memberikan satu maklumat sahaja, iaitu ianya mestilah rumah teres. Maklumat ini terlalu umum dan terhad. Ianya pasti akan menyukarkan anda untuk mencari rumah teres yang benar-benar akan memenuhi kehendak pelanggan tersebut. Namun, jika anda diberi dua maklumat, iaitu ianya mestilah rumah teres dan berharga kurang dari RM 500,000, pencarian akan menjadi sedikit lebih mudah, namun mungkin masih agak umum. Dan jika pelanggan memberikan kita empat maklumat iaitu dia berminat dengan i) rumah teres, ii) berharga kurang dari RM 500,000, iii) mempunyai tiga bilik tidur, dan iv) terletak di kawangan Bangi. Maka, pencarian kita akan jadi lebih mudah dan tepat, serta berpotensi tinggi untuk memenuhi kehendak sebenar pelanggan tersebut. Namun, bayangkan jika pelanggan tersebut memberikan 50 ciri-ciri maklumat berkaitan rumah yang dia kehendaki. Sebagai contoh, rumah tersebut perlulah, i) rumah teres, ii) berharga kurang dari RM 500,000, iii) mempunyai tiga bilik tidur, iv) terletak di kawangan Bangi, v) saiz rumah 1,400 kaki persegi, vi) warna rumah ialah biru, vii) jenis bumbung genting seramik, viii) jarak ke sekolah < 2km, ix) jarak ke hospital < 3km, x) kejiranan mestilah majoriti golongan < 35 tahun, dan puluhan ciri-ciri yang lain. Keadaan ini pasti akan menjadikan anda sangat sukar untuk mendapatkan rumah yang sesuai dengan kehendak pelanggan tersebut. Senario ini memberi gambaran mudah bahawa, jika kita mempunyai terlalu sedikit ciri-ciri maklumat, pasti sukar untuk kita memahami dan menyelesaikan suatu permasalahan. Namun, dari sisi lain pula, jika kita mempertimbangkan terlalu banyak ciri-ciri maklumat, ianya juga boleh menyebabkan permasalahan yang kita hadapi menjadi lebih rumit dan kompleks. Senario ini hanyalah satu analogi untuk menggambarkan masalah dalam data berdimensi tinggi yang dikenali sebagai fenomena sumpahan dimensi (Curse of Dimensionality).

Apakah itu Fenomena Sumpahan Dimensi?

Fenomena sumpahan dimensi dalam data ini merupakan salah satu konsep dan isu penting yang banyak dibincangkan dalam disiplin ilmu bidang statistik, pembelajaran mesin, dan perlombongan data. Fenomena ini merujuk kepada pelbagai masalah yang timbul apabila bilangan pemboleh ubah atau dimensi dalam sesuatu set data meningkat dengan banyak, sebaliknya jumlah cerapan tidak meningkat pada kadar yang sama. Ini kerana, apabila dimensi data semakin tinggi, ianya akan meningkatkan tahap kesukaran untuk menganalisis, mengenal pasti corak, mengukur jarak, menganggarkan taburan kebarangkalian dan juga untuk membina model ramalan yang tepat. Malah, beberapa konsep matematik seperti ukuran jarak yang umumnya sangat efisien terhadap data berdimensi rendah juga boleh menjadi sangat tidak efisien apabila berhadapan dengan data berdimensi tinggi. Ini sekaligus menyebabkan kaedah-kaedah yang dibangunkan berasakan ukuran jarak seperti K-jiran terdekat (KNN), pengkelompokan K-Min, kaedah berasaskan kernel, dan lain-lain menjadi tidak releven untuk digunakan terhadap data berdimensi tinggi.

Istilah sumpahan dimensi ini mula dipopularkan oleh ahli matematik Amerika iaitu Richard Bellman pada sekitar tahun 1950 dalam kajian beliau berkaitan pengaturcaraan dinamik yang melibatkan permasalahan banyak pemboleh ubah keadaan (state variables). Secara ringkasnya, beliau mendapati jika setiap pemboleh ubah keadaan mempunyai m kemungkinan nilai dan terdapat p pemboleh ubah, maka bilangan kombinasi keadaan yang wujud ialah N=mp. Oleh itu, apabila bilangan dimensi p meningkat, maka bilangan kombinasi yang wujud juga akan meningkat secara eksponen. Malah, sifat data juga akan menjadi lebih jarang (sparse) dalam dimensi tinggi (lihat Rajah 1). Keadaan ini sekaligus akan menyebabkan kaedah pengiraan yang umumnya mudah untuk diaplikasikan dalam masalah berdimensi rendah, menjadi terlalu sukar untuk digunakan terhadap data berdimensi tinggi (Bellman, 1957).

Rajah 1. Illustrasi sifat data menjadi lebih jarang dalam dimensi tinggi.
Nota: Imej ini dijana menggunakan Google Gemini

Seterusnya, pada era 1960-an, isu berkaitan dimensi tinggi ini mendapat perhatian dalam bidang pengecaman corak yang melibatkan masalah pengelasan objek. Saintis Amerika iaitu Gordon Hughes mendapati bahawa apabila lebih banyak ciri-ciri data digunakan untuk meningkatkan maklumat model peramal, ianya akan membawa implikasi kepada keperluan terhadap peningkatan bilangan cerapan yang lebih banyak (Hughes, 1968). Beliau juga mendapati bahawa walaupun prestasi model peramal pengelasan boleh meningkat apabila ciri-ciri data ditambah pada peringkat awal, namun selepas satu tahap tertentu, prestasi model akan menurun apabila saiz sampel tidak mencukupi untuk menganggar parameter dengan tepat (lihat Rajah 2).

Rajah 2. Illustrasi masalah sumpahan dimensi dalam prestasi model peramal.
Nota: Imej ini dijana menggunakan Google Gemini

Sumpahan Dimensi dalam Era Data Raya dan AI

Isu data berdimensi tinggi ini telah berkembang dalam pelbagai pengkususan ilmu seperti statistik multivariat, analisis regresi, analisis geometri ruang berdimensi tinggi, dan lain-lain. Malah, dalam era lambakan data pada masa kini, isu sumpahan dimensi ini lebih mudah untuk wujud dalam kebanyakan jenis data seperti data genomik, data ekonomi berbilang pemboleh ubah, data imej digital, data sensor, data satelit, data tak berstruktur, data reruang, dan lain-lain.

Bagi mendepani masalah ini, pelbagai teknik telah diusulkan oleh penyelidik-penyelidik diseluruh dunia sama ada untuk menurunkan dimensi data (Khoei & Singh, 2025), ataupun untuk memahami struktur pendam dalam data (Fleig & Nemenman, 2025). Antara teknik-teknik yang popular ialah analisis komponen utama (PCA), teknik pemilihan fitur, regularization (LASSO, Ridge, Elastic Net), autoencoders, teknik-teknik pensampelan, pemodelan jarang (sparse modeling), pembelajaran manifold (manifold learning), UMAP, kaedah penderiaan termampat (compressed sensing), analisis data bertopologi, dan banyak lagi. Malah, selari dengan kemajuan teknologi perkomputeran dan sistem AI pada masa kini, masalah sumpahan dimensi data ini bukanlah menjadi suatu isu yang terlalu sukar untuk diuruskan lagi. Ini kerana, sebahagian proses penurunan data tersebut boleh diautomasikan menggunakan teknologi AI. Namun, apa yang menjadi cabaran ialah apabila semakin kompleks analisis yang kita jalankan ataupun model yang kita bina, adalah semakin penting untuk kita memahami, bagaimana data yang dianalisis benar-benar dapat diungkapkan dengan baik? dan apakah struktur yang sebenarnya dipelajari oleh model kita?. AI hanyalah alat untuk membantu memudahkan urusan, ianya tidak sepatutnya menumpulkan minda kita. Ibarat ungkapan “semakin tinggi menara dibina, semakin dalam pasaknya perlu ditanam”.

[ARTIKEL LAIN PENULIS- Prinsip Koheren: Asas Menangani Maklumat Palsu]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Kepelbagaian Hubungan Korelasi dalam Data]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – EVA: Kerangka Statistik untuk Fenomena Luar jangka]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Legasi Rantai Markov: Dari Perbalahan Akademik ke Teknologi AI]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Penaakulan Sebab-Musabab: Enjin Teknologi Pintar Masa Hadapan]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Peranan Jarak Dalam Memahami Tingkahlaku Data]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Dilema Data Pencil]
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Mengapa Taburan Normal Begitu Popular?]
[ARTIKEL LAIN PENULIS- Taburan hukum-kuasa: Ketakseimbangan yang Teratur]
[ARTIKEL LAIN  PENULIS – Simulasi Monte Carlo: Merungkai Kerumitan menerusi Kerawakan]
[ARTIKEL LAIN PENULIS- Prinsip Parsimoni: Seni “bersederhana” untuk Mencapai Hasil Optimum]

Rujukan:

Bellman, R. E. (1957). Dynamic programming. Princeton University Press.

Fleig, P., & Nemenman, I. (2025). Hidden data structures and statistics of natural images. PRX Life, 3(2), 023014.

Hughes, G. (1968). On the mean accuracy of statistical pattern recognizers. IEEE Transactions on Information Theory, 14(1), 55-63.

Khoei, T. T., & Singh, A. (2025). Data reduction in big data: a survey of methods, challenges and future directions. International Journal of Data Science and Analytics, 20(3), 1643-1682.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AICurse of Dimensionalitydata rayaProf. Madya Dr. Nurulkamal MasseranSains DataStatistikSumpahan Dimensi
Previous Post

Bila Kejayaan Terasa Sekadar Nasib: Memahami Fenomena Impostor dan Membina Daya Tahan

Editor

Editor

Related Posts

Bila Kejayaan Terasa Sekadar Nasib: Memahami Fenomena Impostor dan Membina Daya Tahan
Berita & Peristiwa

Bila Kejayaan Terasa Sekadar Nasib: Memahami Fenomena Impostor dan Membina Daya Tahan

4 hours ago
Bahaya Amalan Mengorek Telinga: Dari Lidi Kelapa hingga Putik Kapas
Berita & Peristiwa

Bahaya Amalan Mengorek Telinga: Dari Lidi Kelapa hingga Putik Kapas

4 hours ago
Avokado Tinggi Lemak, Jadi Mengapa Ia Dianggap Sihat?
Alam Semulajadi

Avokado Tinggi Lemak, Jadi Mengapa Ia Dianggap Sihat?

4 hours ago
Fisiologi Kecergasan Harian: Empat Tonggak Utama Melawan Keletihan dan Mengoptimumkan Fungsi Tubuh
Berita & Peristiwa

Fisiologi Kecergasan Harian: Empat Tonggak Utama Melawan Keletihan dan Mengoptimumkan Fungsi Tubuh

4 hours ago

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In