23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, May 2, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Membaca Matematik

Editor by Editor
01/10/2009
in Fiksyen, Buku & Filem
0 0
0

Oleh : Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim

Pernah mempelajari matematik? Tentu, dan pada sesetengah daripada kita mendapati matematik adalah subjek yang membosan dan merunsingkan. Apatah lagi kepada para pelajar yang mengambil matapelajaran Matematik Tambahan.

Namun begitu, tanpa matematik agak sukar pula bagi remaja kita untuk meloloskan diri ke menara gading. Akibatnya, belajar matematik membebankan tetapi perlu pula sekurang-kurangnya lulus di dalam peperiksaan untuk ke hadapan. Umum mengetahui kepentingan matematik kepada seseorang. Malah kepentingan matematik yang telah berakar umbi di dalam tamadun manusia.

Tetapi, usaha seorang Professor Matematik kelahiran Rio de Janeiro telah mengubah persepsi orang ramai terhadap matematik. Beliau telah memperkenalkan satu sistem pendidikan baru di dalam menerangkan konsep-konsep di dalam matematik, iaitu dengan menggunakan pendekatan sejarah melalui hikayat yang amat menarik.

Maka lahirlah salah-satu karyanya yang hebat bertajuk The Man Who Counted. Yang lebih menarik, penulisnya sendiri yang melahirkan pengarang buku tersebut yang lebih terkenal daripada namanya sendiri, yang dikenali sebagai Malba Tahan.  Beliau tidak menggunakan nama sebenarnya, iaitu Júlio Cesar de Mello, seorang Profesor Matematik di Rio de Janeiro Education Institute, sebaliknya nama Malba Tahan lebih menonjol.

Hikayat ini berkisar pada zaman kegemilangan Islam iaitu pada zaman pemerintahan khalifah Islam. Yang menariknya, si penulis, Júlio Cesar, tidak pernah melangkah kakinya ke negara-negara Arab. Namun begitu, hasil daripada tulisannya itu, umum akan mengetahui betapa dalam cintanya kepada ilmu dan peradaban Islam zaman silam.

BACA : Grigory ‘Grisha’ Perelman, Matematikawan Yang Aneh

Jalan ceritanya yang bermula dengan pengembaraan Beremiz Samir, yang telah menggunakan kepandaiannya di dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan matematik. Sepanjang perjalanan beliau bersama seorang sahabat, Hanak Tade Maia, telah menyelesaikan beberapa masalah yang menimpa penduduk setempat. Misalnya, masalah perebutan unta sebanyak 35 ekor yang perlu dibahagikan kepada 3 orang adik-beradik yang mengikut wasiat ayahnya, separuh daripada unta itu perlu diberikan kepada abang yang sulung, 1/3 kepada adik keduanya dan 1/9 diberikan kepada yang bongsu. Jika diikutkan logik fikir, ia langsung tidak dapat dibahagikan secara adil. Jika separuh daripada 35 ekor ialah 17 ½, maka apatah lagi jika dibahagikan kepada 1/3 dan 1/9 yang mustahil untuk didapatkan nombor yang tunggal. Maka di sinilah kebijaksanaan penulisnya. Si hero, Beremiz telah menambah seekor lagi unta, iaitu tunggangannya, menjadikan jumlah 36 ekor. Dan dari jumlah 36 ekor itu, ½ daripadanya diberikan kepada yang sulung iaitu sejumlah 18 ekor. Yang keduanya, 1/3 daripada 36 ekor, 12 ekor unta diberikan kepadanya, dan si bongsu mendapat habuannya 1/9 daripada 36, iaitu 4 ekor. Apabila ditambahkan semua jumlah itu (18 + 12 + 4) menjadikan ia sejumlah 34 ekor unta. Terlebih 2 ekor unta! Dan si Beremiz mendapat habuan seekor lagi unta tunggangannya.

Di sinilah letaknya kehebatan penulis yang menyelesaikan masalah matematik dengan logik ‘benar’, dan bukan sekadar ‘logik matematik’. Buku ini menarik untuk dibaca sebagai salah-satu kaedah menyelesaikan masalah masyarakat, yang rata-ratanya berkisar kepada masalah wang, kepuasan hidup, keadilan dan sebagainya. Tidak mustahil kepada seseorang ahli matematik yang melihat situasi ini sebagai satu cabaran bagi beliau untuk cuba menyelesaikan permasalah itu dengan ‘logik benar’ matematik.

Matematik telah lama terbukti sebagai salah-satu penyelesai masalah manusia. Komputer sendiri adalah hasil daripada keajaiban matematik itu. Cuma, masyarakat kita kurang ‘menggemari’ matematik, mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran yang kaku dan membosankan. Matematik perlu diajar dan dibaca sepertimana seseorang gemar membaca novel cinta. Júlio Cesar telah membuktikan bahawa kaedahnya adalah antara yang terbaik dan terbukti kepada 3 generasi selepasnya, bahawa matematik juga adalah satu seni dan perlu dibaca!

 

Penulis merupakan Setiausaha Komuniti BukuOnline dan juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, UIA. Blog beliau boleh dilawati di http://kembarapencintabuku.blogspot.com Nota Editor://Artikel ini pernah tersiar di Utusan Malaysia pada 15/10/2007

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: budaya saintifikMatematik
ShareTweetShare
Previous Post

Mat Rofa Ismail: Sains Islam Tidak Memisahkan Kualitatif dan Kuantitatif

Next Post

Evolusi Bangunan Pencakar Langit

Editor

Editor

Related Posts

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

2 years ago
Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 years ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 years ago
Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Theory of (Not Quite) Everything

3 years ago
Next Post
Evolusi Bangunan Pencakar Langit

Evolusi Bangunan Pencakar Langit

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In