23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, April 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penganjuran Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan oleh Agensi Nuklear Malaysia

Editor by Editor
03/04/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Minggu Sains Negara 2018 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah bermula di seluruh negara mulai 1 sehingga 7 April 2018 di Pusat Sains Negara. Program ini turut diadakan sepanjang minggu tersebut di seluruh negara

Minggu Sains Negara dengan temanya iaitu ‘Negaraku Berinovasi’ bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang di antara sains dan masyarakat. Ia turut menampilkan pelbagai program berasaskan sains dan inovasi yang menarik dan interaktif sepanjang ianya berlansung.

Penganjuran program ini adalah selari dengan sambutan ‘World Science Day’ yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

Di peringkat Negeri Sembilan, Minggu Sains Negara dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah bertempat di hypermarket Mydin Mall, Seremban2.

Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa keperluan pelajar aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah sangat mendesak. Ini kerana pasaran kerja pada masa akan datang adalah berasaskan bidang ini. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang STEM perlu direbut oleh pelajar.

Beliau turut menyatakan bahawa, masyarakat pada hari ini juga sedar bahawa sains adalah sebahagian daripada kehidupan dan anak-anak harus didedahkan di peringkat awal dalam bidang ini. Minggu Sains Negara yang diadakan sepanjang minggu pertama April bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains dalam kehidupan dan pembangunan negara.

“Secara tidak lansung, usaha menjayakan Minggu Sains Negara dapat membantu inisiatif kerajaan dalam menghasilkan tenaga mahir pekerjaan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang amat diperlukan pada masa akan datang,” ujar beliau.

Menjawab soalan wartawan di sidang media, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah menjelaskan bahawa pihaknya telah mengenalpasti 73 jenis pekerjaan baru berasaskan sains yang bakal wujud pada masa hadapan.

“Para pelajar perlu mengambil peluang ini. Pekerjaan dalam bidang sains ini terjamin kerana inovasi sentiasa bergerak pantas dan teknologi akan menjadi sumber pekerjaan pada masa kini dan akan datang,” kata beliau.

Sambutan Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan turut menyaksikan majlis pelancaran Majalah Sains pertama versi cetak hasil kerjasama sidang editorial portal Majalahsains.Com dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). MajalahSains.Com merupakan sebuah portal pertama di Malaysia yang mengutarakan isu-isu semasa sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu.

Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sembilan dikelolakan oleh Agensi Nuklear Malaysia. Pelbagai aktiviti dan pameran menarik tentang teknologi dan sains nuklear telah diadakan. Ia bertujuan untuk menarik minat masyarakat terhadap sains dan teknologi berasaskan nuklear.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah Datuk Dr. Mohd Asshar Khalid dan Pengarah Pendidikan Negeri, Tuan Pkharuddin Hj. Ghazali.

Gambar-gambar sekitar perasmian

ShareTweetShare
Previous Post

Merakyatkan Inovasi untuk Kekayaan Negara

Next Post

5 Teknologi Akan Datang Yang Akan Mengubah Gaya Hidup

Editor

Editor

Related Posts

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?
Alam Semulajadi

Adakah Ikan Sangkar Bebas Logam Berat?

10 hours ago
Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

1 day ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

2 days ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

4 days ago
Next Post
5 Teknologi Akan Datang Yang Akan Mengubah Gaya Hidup

5 Teknologi Akan Datang Yang Akan Mengubah Gaya Hidup

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In